Accessibility Tools

call my faq my feedback my sitemap my

Maklumat Lanjut Sebutharga / Tender

Back to the list
Id:786
No. Sebutharga / Tender:HTA.200-4/2/18 (1)
Nama Sebutharga / Tender:TAWARAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DAN KAWALAN LALU LINTAS DI HOSPITAL TUNKU AZIZAH BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN
Syarat: Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang yang berkaitan serta masih sah tempoh pendaftarannya untuk menyertai tawaran perkhidmatan berikut: Tajuk: PERKHIDMATAN PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DAN KAWALAN LALU LINTAS DI HOSPITAL TUNKU AZIZAH BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN Kod Bidang MOF: 221510  Lokasi Projek: Hospital Tunku Azizah 1. TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK (DIWAJIBKAN) Syarikat yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri sesi taklimat & lawatan tapak mengikut ketetapan berikut: Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu) Waktu Pendaftaran : 9.00 pagi – 10.00 pagi Waktu Taklimat: 10.00 pagi  Tempat Berkumpul: Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Pejabat Pentadbiran, Hospital Tunku Azizah (Nota Penting: Hanya penama di dalam sijil MOF/SSM atau wakil syarikat yang sah sahaja dibenarkan menghadiri lawatan tapak. Sila bawa bersama Cap Syarikat, Sijil Asal serta Salinan MOF & SSM semasa pendaftaran) 2. DOKUMEN TAWARAN a) Dokumen Tawaran Tender hanya akan dihantar kepada syarikat yang hadir dan mendaftar semasa sesi taklimat & lawatan tapak sahaja.   b) Dokumen tersebut akan dihantar dalam format digital menerusi e-mel ke alamat e-mel rasmi syarikat yang telah didaftarkan semasa sesi taklimat. 3. PENYERAHAN DOKUMEN a) Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah disimpan ke dalam peranti storan digital (Pendrive / Thumbdrive) dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dengan menulis No. Tawaran dan Tajuk Tawaran di penjuru atas sebelah kiri sampul.   b) Sampul tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender  atau diserahkan kepada petugas kaunter di alamat: Pejabat Pentadbiran, Aras 6, Hospital Tunku Azizah.   c) Semua dokumen dan peranti storan yang telah diserahkan tidak akan dikembalikan.   d) Pihak Hospital Tunku Azizah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos yang ditanggung oleh syarikat sepanjang proses tender ini.   4. TARIKH TUTUP IKLAN Tarikh Tutup: 6 Ogos 2026 (Khamis) Masa: 12.00 Tengah Hari  Dokumen tender yang diterima selepas jam 12.00 tengah hari atas apa jua alasan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.   5. PERTANYAAN  Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai tender ini, sila hubungi pegawai-pegawai berikut: i. En. Shawaluddin – 011-32149397 / shawaluddinjohar@moh.gov.my ii. En. Firsairol – 019-9256957    6. DISCLAIMER:  Pihak Hospital Tunku Azizah tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau mana-mana tawaran.  
Tarikh Mula:16.07.2026
Tarikh Akhir:06.08.2026
HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 7.00 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Monday 10 August 2026.