- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Klinik
- Piagam Pelanggan
- Informasi Berkaitan
Pengenalan
Jabatan Pembedahan Am kini merupakan antara jabatan yang terbesar di Hospital Kuala Lumpur. Ia memberikan pelbagai perkhidmatan Pembedahan Subkepakaran di samping perkhidmatan Pembedahan Am. Ia merupakan pusat rujukan utama bagi subkepakaran, Pembedahan Endokrin dan Payudara, Pembedahan Kolorektal, Pembedahan Torasik dan Pembedahan Vaskular. Disamping itu, ia juga menyediakan perkhidmatan penjagaan luka dan stoma serta perkhidmatan sokongan bagi pesakit kanser payudara. Jabatan ini mengendalikan kes-kes pembedahan Am dari sekitar Lembah Kelang serta kes-kes rujukan subkepakaran dari dalam dan luar Lembah Kelang.
Visi
Jabatan Pembedahan Am HKL akan menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Pembedahan Am dan Subkepakaran baik dari segi perkhidmatan kepada pesakit mahupun pendidikan, latihan dan penyelidikan.
Misi
- Mengembang dan memajukan perkhidmatan kepakaran Pembedahan Am dan Pembedahan Subkepakaran ke taraf serantau dan antarabangsa.
- Membangunkan latihan kepakaran dan subkepakaran kepada setiap peringkat pengamal perubatan termasuk pakar, pegawai perubatan sarjana, pegawai perubatan, pegawai perubatan siswazah serta kumpulan paramedik.
- Mewujudkan jaringan perhubungan dengan pusat-pusat kecemerlangan di dalam dan luar negara.
- Menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan selamat kepada pesakit mengikut piawaian yang ditetapkan.
Objektif
Menyediakan khidmat rawatan yang komprehensif, efisien, terkini dan selamat dalam bidang Pembedahan Am dan Pembedahan Subkepakaran.
- Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan rawatan berkualiti tinggi dalam pembedahan umum, pembedahan kolorektal, pembedahan torasik, pembedahan vaskular dan pembedahan payudara & endokrin.
- Melatih pengamal perubatan pelbagai peringkat dalam bidang kepakaran Pembedahan Am dan Subkepakaran Vaskular, Endokrin dan Payudara, Kolorektal dan Torasik.
- Meningkatkan pengetahuan dan pendedahan mengenai penyakit dan rawatan yang disediakan melalui program Pendidikan Kesihatan seperti seminar, kursus dan konferens.
- Meningkatkan kemahiran pakar dan pegawai perubatan melalui penganjuran kursus dan bengkel secara berkala.
Carta Organisasi

Perkhidmatan
PERKHIDMATAN KLINIKAL
Perkhidmatan klinikal dilaksanakan secara pesakit luar, pesakit dalam dan rawatan harian.
- Perkhidmatan pesakit luar termasuk penilaian kes kes rujukan, kes kes ulangan, penjagaan luka, penjagaan stoma serta perawatan pesakit payudara.
- Perkhidmatan rawatan harian merangkumi perkhidmatan pembedahan kecil dan sederhana, pemeriksaan endoskopi dan pemeriksaan makmal Vaskular non invasive.
- Perkhidmatan pesakit dalam menyediakan perkhidmatan Kepakaran Pembedahan am dan Subkepakaran.
- Pembedahan merangkumi Pembedahan elektif mengikut jadual yang ditetapkan dan kecemasan mengikut keperluan.
- Pembedahan dilakukan secara konvensional dan juga akses minima.
Vaskular dan Endovaskular
Merawat penyakit aorta, salur darah periferi, varicose vein, akses Vaskular untuk hemodialisis dan kecederaan vaskular.
- Pembedahan aneurism aorta secara konvensional atau endovaskular (EVAR/TEVAR)
- Pembedahan salur darah periferi secara pintasan (bypass) atau endovaskular
- Pembedahan varicose veins secara konvensional atau
- Perawatan penyakit salur darah
- Pembedahan dan penyelenggaraan vascular access untuk hemodialisis.
- Perawatan kes-kes kecederaan vaskular
- Perkhidmatan makmal vaskular non-invasive.
Endokrin dan Payudara
Unit Endokrin dan Payudara memberikan rawatan yang menyeluruh bagi kes-kes kanser dan bukan kanser.
- Pembedahan rekonstruktif payudara yang termaju.
- Pembedahan tiroid, paratiroid dan adrenal secara konvensional dan minimally invasive.
- Pembedahan tiroid secara endoskopik tanpa parut bagi kes-kes yang bukan kanser.
- Menjadi pusat perkhidmatan setempat (one stop center) kepada pesakit kanser payudara dan ahli keluarga dari segi penjagaan emosi dan fizikal.
- Perkhidmatan pasca-pembedahan yang menyeluruh oleh pasukan jururawat yang terlatih khusus bagi pemulihan pesakit yang optimum.
- Melibatkan interaksi dengan Kumpulan NGO seperti BCWA, AMANITA, dan MAKNA.
Kolorektal
- Telah memeberikan perawatan bagi kes-kes kolorektal semenjak tahnu 2015
- Merupakan pusat rujukan utama peringkat tertiary bagi kes-kes kanser kolorektal yang kompleks yang memerlukan pembedahan pelvic exenteration
- Pembedahan melibatkan usus termasuk kes-kes kompleks yang melibatkan pelbagai disiplin
- Pembedahan dilakukan secara konvensional atau laparoskopik (minimally invasive) dengan perancangan untuk menyediakan perkhidmatan robotic surgery dimasa hadapan.
- Juga menyediakan perkhidmatan pembedahan retro-peritoneal tumour yang kompleks dan memerlukan gabungan unit / jabatan lain.
Torasik
- Pusat rujukan tertiary bagi pembedahan torasik.
- Memberikan perkhidmatan perawatan penyakit paru-paru, toraks, esofagus dan saluran pernafasan.
- Pembedahan dilakukan dengan kaedah konvensional dan minimally invasive.
- Menggunakan kaedah unik Uniportal VATS dalam pembedahan.
- Pembedahan dilakukan secara non-intubated bagi kebanyakan kes.
Endoskopi
- Perkhidmatan Endoskopi elektif dilaksanakan secara pesakit luar manakala kes kecemasan dilakukan secara pesakit dalam.
- Mengesan kanser perut dan usus dalam kes-kes pesakit yang mempunyai faktor risiko.
- Melibatkan kes-kes pendarahan gastrik dan usus, kes kanser dan pemantauan selepas pembedahan.
Penjagaan Luka
- Berfungsi sebagai unit rujukan terutamanya untuk pesakit di bawah jagaan Jabatan Pembedahan Am.
- Memberikan perkhidmatan penjagaan luka kepada pesakit luar dan dalam.
Penjagaan Stoma
- Pusat rujukan bagi perawatan stoma bagi semua wad di Jabatan Pembedahan Am.
- Menerima rujukan dari Jabatan lain bagi kes-kes yang kompleks.
PERKHIDMATAN LATIHAN
Â
Pusat Latihan Simulasi dan Kemahiran Datuk Zainal Ariffin, HKL
- Pusat latihan simulasi dan Kemahiran ini adalah dibawah seliaan Jabatan Pembedahan Am, HKL
- Menyediakan peralatan simulasi yang terkini bagi latihan kemahiran hands-on asas dan lanjutan bagi pelbagai peringkat dan disiplin pengamal perubatan.
- Menyediakan peluang latihan bagi warga HKL dan juga pengamal perubatan dari luar termasuk pihak universiti.
- Pautan : http://sstc.hkl.moh.gov.my/
Makmal Haiwan, Institut Penyelidikan Perubatan
- Makmal haiwan IMR adalah dibawah seliaan bersama IMR dan Jabatan Pembedahan Am, HKL
- Menyediakan ruang latihan menggunakan model bahagian anggota atau model hidup bagi latihan kemahiran hand-on.
| Hari | AM | PM |
|---|---|---|
| Isnin |
General Surgery Clinic Breast and Endocrine Clinic (Benign cases) |
General Surgery Clinic Thoracic Surgery Clinic |
| Selasa |
Breast and Endocrine Clinic (Malignant cases) |
Varicose Veins Clinic AVF Clinic Physiotherapy Review |
| Rabu |
General Surgery Clinic Colorectal Surgery Clinic Dietician Review |
AVF Clinic |
| Khamis |
Thyroid Clinic FNAC Duplex Scan (Vascular) Compression Stockings Supply |
General Surgery Clinic Colorectal Surgery Clinic |
| Jumaat |
Vascular Surgery Clinic Physiotherapy Review |
Clinic Management / Organisation |
Piagam Pelanggan
Sebagai pesakit anda berhak untuk:
- Menerima rawatan yang profesional dan penyayang
- Maklumat peribadi / perkara sulit akan dirahsiakan
- Dimaklumkan mengenai sifat penyakit, status penyakit, rancangan rawatan dan risiko
- Mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan bayaran yang dikenakan.
- Diberi peluang untuk memutuskan apa-apa kajian, rawatan, ubat sebelum anda bersetuju
- Menerima pendidikan mengenai perubatan
- Mengemukakan keluhan yang wajar kepada pihak pengurusan jabatan dengan mengambil tindakan segera dan adil
- Sebagai pesakit di Jabatan Pembedahan Am ini, anda dikehendaki mematuhi peraturan yang disediakan