- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Klinik
- Piagam Pelanggan
- Maklumat Berkaitan
Pengenalan
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan pada asalnya adalah perkhidmatan kebajikan yang telah diperkenalkan di hospital-hospital di Malaysia pada tahun 1952. Pada peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih berupa bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukan, justeru itu nama jawatan ini dikenali sebagai ‘Lady Almoner’. Sehingga tahun 1991 terdapat hanya 8 orang Pegawai Kebajikan Perubatan yang bertugas di Hospital Besar Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching. Selari dengan perkembangan skop perkhidmatan, nama jawatan Pegawai Kebajikan Perubatan telah ditukar kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan mengikut surat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam bil. JPA (S) 253/2/13 klt.85 (16) bertarikh 13 November 2002.
Hospital Kuala Lumpur merupakan perintis kepada kewujudan perkhidmatan ini, ia pernah diterajui oleh YBhg. Datuk Hajah Hasnah binti Haji Sulaiman selaku Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan selama 22 tahun mulai tahun 1994 sehingga persaraan beliau pada 15 Jun 2016. Setelah itu peranan Ketua Jabatan telah diambil alih oleh En. Zulhan bin Ambi mulai 16 Jun 2016 hingga sekarang dengan jumlah anggota seramai 26 orang iaitu 19 Pegawai Kerja Sosial Perubatan dan 3 Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat serta 4 staf sokongan.
Skop perkhidmatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan adalah untuk memberikan bantuan psikososial kepada pesakit dan/atau waris. Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit dan/atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan sebelum intervensi terapi sokongan dan bantuan praktik diberikan. Selain peranan hakiki, Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL juga bertanggungjawab sebagai Penyelaras Perkhidmatan Sukarelawan HKL, menguruskan Rumah Perantaraan HKL dan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia cawangan HKL di bawah Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia.
    Â
Visi
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.
Misi
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
Objektif
1. Penyampaian perkhidmatan Psikososial yang Berkualiti kepada Pesakit Fokus:
Responsif dan kesinambungan perawatan.
- Memastikan sekurang-kurangnya 95% rujukan kes dinilai dan diambil tindakan intervensi dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
- Memastikan sekurang-kurangnya 85% rujukan kes ke agensi pemberi bantuan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas intervensi Sosial selesai.
2. Kecemerlangan Tadbir urus & Keselamatan Pesakit
Fokus: Kepatuhan Pelaporan KPI, pengurusan risiko, dan penambahbaikan kualiti berterusan.
- Memastikan tahap kepatuhan IOC% terhadap penghantaran Laporan Penunjuk Prestasi Utama (KPI), Lapcran Tahunar dan Laporan Insiden mengikut garis masa yang ditetapkan Oleh pihak pengurusan hospital.
- Menjalankan sekurang-kurangya satu (1) audit performance improvement aktiviti seperti internal audit / Quality Ansurance (QA) / Quality Improvement (QI), Kajian Kepuasan Pelanggan dan lain-lain dalam tahun semasa.Â
3. Pembangunan Kompetensi
Fokus: Pembelajaran Secara berterusan melalui kursus/latihan, sesi pembelajaran dan pembelajaran kendiri
- Memastikan 100% pegawai mencapai sasaran 40 jam latihan setahun bagi memenuhi syarat pembelajaran secara berterusan.
- Memastikan 100% pegawai yang baharu melapor diri menjalani Program Orientasi Jabatan dalam tempoh 30 hari.
- Memastikan sekurang-kurangnya 80% pegawai menghadiri sesi Continuing Professional Development (CPD) / Continuous Medical Social Work Education (CMSWE) jabatan.
Carta Organisasi

Perkhidmatan
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar yang menerima rawatan di hospital. Perkhidmatan ini merangkumi :
1. Pengurusan Bantuan Praktik
- Penempatan Institusi
- Bantuan Kewangan (peralatan/ ubatan/ rawatan/ am)
- Mengesan Waris
2. Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan
- Khidmat Perundingan
- Sokongan Emosi
- Intervensi Krisis
3. Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes berikut, antaranya:
- Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak
- Ibu Tanpa Nikah
- Keganasan Rumahtangga
- Jenayah Seksual
- Pesakit Akut dan Kronik
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- HIV Positif/ AIDS
- Ketagihan Dadah/ Alkohol
Jadual Klinik
Â
|
HARI |
PAGI |
PETANG |
|
Isnin - Khamis |
8.00 pagi – 1.00 petang |
2.00 petang – 5.00 petang |
|
Jumaat |
8.00 pagi – 12.15 pagi |
2.45 petang – 4.30 petang |
|
Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am |
Tutup |
|
Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
- Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
- Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon.
Maklumat Berkaitan
1. Syarat kelayakan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) di HKL seperti berikut:
- Pesakit yang berdaftar dan sedang menerima rawatan di hospital atau klinik kerajaan berkaitan.
- Warganegara Malaysia
- Dirujuk oleh Pakar/ Pegawai Perubatan yang merawat pesakit kurang berkemampuan untuk membiayai kos rawatan, peralatan perubatan, ubat-ubatan atau memerlukan sokongan psikososial.
- Pesakit yang tidak mempunyai sumber pembiayaan daripada mana-mana pihak.
2. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, pesakit atau waris perlu menyediakan dokumen sokongan berikut:
- Borang Rujukan Pakar/ Pegawai Perubatan (daripada doktor yang merawat pesakit).
- Borang laporan pengesahan penyakit dan rawatan oleh pegawai/ pakar Perubatan yang merawat pesakit
- Sebut Harga (Quotation) bagi alatan/ubat yang diperlukan (dikeluarkan oleh pembekal yang disahkan oleh doktor).
- Salinan Kad Pengenalan pesakit dan ketua keluarga / pemohon / waris.
- Bukti Pendapatan
- Slip gaji terkini (pesakit dan suami/isteri/waris), atau Surat Pengesahan Pendapatan (daripada Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Kumpulan A jikalau bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Salinan Penyata Bank terkini (pesakit / pemohon).
- Salinan Bil Utiliti (air atau elektrik).
- Lain-lain dokumen yang diperlukan selepas sesi penilaian oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan.
3. Proses permohonan bantuan dijalankan seperti berikut:
- Rujukan Doktor: Doktor yang merawat akan membuat rujukan rasmi kepada JKSP berdasarkan keperluan pesakit.
- Temu Bual & Penilaian Sosioekonomi: Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan menemui pesakit/waris untuk menguji status sosioekonomi.
- Siasatan / Semakan Dokumen: Pegawai menilai kelayakan berdasarkan pendapatan isi rumah dan komitmen kewangan.
- Keputusan & Kelulusan:
-
- Pesakit yang layak akan dirujukkepada agensi pemberi bantuan yang kerkaitan seperti Tabung Bantuan Perubatan (TBP) KKM / Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia, atau
- ke agensi luar seperti agensi kerajaan atau agensi bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.
- Keputusan kelulusan akan dimaklumkan kepada Pakar/ Pegawai Perubatan yang merujuk kes dan pesakit/ waris.