Pengenalan
Unit Perkembangan Profesion Pakar dan Pegawai Perubatan, yang dahulunya dikenali sebagai Unit Pascasiswazah, telah ditubuhkan pada tahun 2010 bagi menyelaras pengurusan latihan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di Hospital Kuala Lumpur. Pada Oktober 2019, unit ini telah dijenamakan semula sebagai Unit Pengurusan Pegawai Perubatan (UPPP) dengan mengambil alih fungsi serta skop tugas Unit Pascasiswazah, di samping memperluaskan peranannya meliputi pengurusan penempatan Pegawai Perubatan mengikut keperluan perkhidmatan hospital.
Berkuat kuasa pada 20 Ogos 2025, unit ini telah dinamakan semula sebagai Unit Perkembangan Profesion Pakar dan Pegawai Perubatan. Selaras dengan penjenamaan tersebut, skop perkhidmatan unit telah diperluaskan bagi merangkumi pengurusan Credentialing and Privileging (C&P) hospital untuk semua pegawai klinikal di Hospital Kuala Lumpur.
Pewujudan unit ini bertujuan memperkukuh tadbir urus pembangunan profesional pegawai klinikal melalui penyelarasan latihan siswazah, kebajikan dan pembangunan profesional Pegawai Perubatan Siswazah, penyelarasan penempatan Pegawai Perubatan berdasarkan keperluan perkhidmatan dan kapasiti latihan jabatan, serta pengurusan Credentialing and Privileging (C&P) yang sistematik. Inisiatif ini memastikan setiap pegawai klinikal mempunyai kelayakan, kompetensi dan privileging yang sah bagi menyokong penyampaian perkhidmatan yang selamat, berkualiti serta mematuhi piawaian Hospital Kuala Lumpur dan MSQH.
VisiÂ
Menjadi peneraju dalam pembangunan profesional pegawai klinikal melalui tadbir urus latihan, penempatan dan privileging yang cemerlang ke arah perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti.
- Menyelaras pelaksanaan Program Latihan Pegawai Perubatan Siswazah selaras dengan dasar, garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Malaysian Medical Council.
- Membangunkan Pegawai Perubatan Siswazah yang kompeten, profesional dan beretika melalui sistem latihan yang berkualiti.
- Mengoptimumkan penempatan Pegawai Perubatan berdasarkan keperluan perkhidmatan, kapasiti latihan dan sumber manusia hospital.
- Mengurus pelaksanaan privileging bagi memastikan amalan klinikal yang selamat, berkualiti dan berintegriti.
- Memperkasa pembangunan profesional, kebajikan dan penyeliaan Pegawai Perubatan bagi menyokong kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kesihatan
Carta Organisasi

1.0 Mengkoordinasi Program Latihan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS)
-
- Membuat perancangan program orientasi.
- Membuat tempahan fasiliti mengikut tarikh program orientasi yang telah dirancang.
- Mengenalpasti penceramah yang terlibat.
- Memberi taklimat ringkas kepada Pegawai Perubatan Siswazah yang baru melapor diri di Hospital Kuala Lumpur mengenai hal-hal yang berkaitan dengan latihan siswazah yang akan dijalani sepanjang tempoh 2 tahun.
- Memastikan setiap Pegawai Perubatan Siswazah yang hadir melapor diri membawa dokumen lapor diri seperti yang telah ditetapkan oleh Unit Pengurusan Pegawai Perubatan.
- Mengendalikan program orientasi selama 5 hari berserta kursus Patient Safety, kursus Basic Life Support, bengkel Best Practice in General Procedure, Bengkel Buku Log Digital, dan taklimat lain yang berkaitan kepada Pegawai Perubatan Siswazah lantikan baru.
- Mengemaskini data di dalam Database PPS dan juga di dalam Sistem e-Houseman mengenai Pegawai Perubatan Siswazah yang baru melapor diri.
-
- Memastikan Modul Kursus Kesedaran Keselamatan Pesakit untuk PPS dilaksanakan mengikut arahan KKM.
- Menyediakan kertas peperiksaan mengikut skema soalan yang telah ditetapkan oleh Unit Keselamatan Pesakit, KKM.
- Mewajibkan semua PPS lantikan baru menjawab peperiksaan Keselamatan Pesakit.
- Menanda kertas jawapan PPS.
- Memastikan pegawai yang gagal dalam peperiksaan mengulangi peperiksaan semula.
- Menghantar laporan keputusan peperiksaan kepada Unit Keselamatan Pesakit, Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), KKM.
-
- Menyelaras penempatan lima (5) jabatan wajib kepada PPS di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tunku Azizah mengikut giliran yang telah ditetapkan.
- Menyelaras penempatan PPS ke salah satu penempatan perkhidmatan elektif iaitu Jabatan Kecemasan, Jabatan Anestesiologi, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental atau Klinik Kesihatan.
- Menerima logbook pegawai dari jabatan.
-
- Memastikan setiap keputusan untuk pelanjutan posting dan penilaian terakhir dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Penyelaras Pegawai Perubatan Siswazah.
- Menyediakan dokumen yang diperlukan ke Cawangan Sumber Manusia (CSM), HKL dan Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), KKM.
-
- Penetapan Lantikan:
- Mengenalpasti PPS yang akan menamatkan latihan siswazah dengan menyemak dokumen:
- Borang UD2A
- Dokumen-dokumen sokongan
- Sijil Certificate of Completion of Housemanship Training (CCHT)
- Borang Permohonan Pegawai Perubatan Gred UD41 (Kontrak) selepas tamat latihan siswazah di Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Dokumen iringan termasuk salinan sijil nikah (jika berkaitan), surat pengesahan majikan pasangan dan surat pendaftaran program latihan kepakaran atau sijil kelulusan kursus kepakaran.
- Mengenalpasti PPS yang akan menamatkan latihan siswazah dengan menyemak dokumen:
- Output Latihan:
- Mengemaskini pangkalan data KKM serta membuat rumusan berkenaan output latihan.
- Penetapan Lantikan:
-
1.6 Mengurus Serta Memantau SKT dan LNPT PPS
- Memasukkan markah LNPT PPS pada setiap akhir posting di dalam pangkalan data SKT dan LNPT serta menjana markah purata tahunan.
- Memastikan PPS mengisi SKT dan LNPT di dalam HRMIS mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
- Mengesahkan SKT pegawai dan menjadi Pegawai Penilai Pertama untuk LNPT Pegawai Perubatan Siswazah.
Menguruskan pegawai yang menghadapi masalah untuk memastikan kepatuhan terhadap dasar organisasi hospital.
-
- Pelanjutan Latihan:
- Mengenalpasti PPS dari jabatan untuk pelanjutan latihan.
- Menerima keputusan pelanjutan latihan PPS dari Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Penyelaras Pegawai Perubatan Siswazah.
- Mengemaskini pangkalan data PPS mengenai keputusan pelanjutan pegawai dan mengemaskini fail pegawai berkaitan dokumen pelanjutan latihan.
- Penilaian Terakhir Latihan:
- Memaklumkan kepada jabatan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Penyelaras Pegawai Perubatan Siswazah.
- Menyemak borang penilaian terakhir dan laporan prestasi dari jabatan dan menghantar permohonan penilaian terakhir ke BPP, KKM.
- Peletakan Jawatan:
- Menerima pemakluman peletakan jawatan.
- Menerima dan melengkapkan Lampiran C-6 (ulasan Jabatan mengenai aspek prestasi, kompetensi dan peribadi pegawai yang meletak jawatan).
- Penamatan Kontrak:
- Menerima cadangan penamatan kontrak dari Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Penyelaras Pegawai Perubatan Siswazah.
- Memohon dokumen sokongan penamatan kontrak bagi kes berkaitan daripada jabatan.
- Menghantar dokumen sokongan beserta ulasan Ketua Jabatan (Lampiran C-6) ke Cawangan Sumber Manusia.
- Penilaian Panel Kajian Semula Perubatan (MRP):
- Mengenalpasti Pegawai Perubatan Siswazah yang perlu dirujuk / dinilai semula.
- Memohon dokumen dari jabatan yang berkenaan:
- Laporan Perubatan terkiniÂ
- Laporan Prestasi terkini dari semua jabatan
- Mengemukakan dokumen yang lengkap ke Majlis Perubatan Malaysia (MPM).
- Isu Tatatertib:
- Menerima laporan daripada jabatan tentang isu tatatertib:
- pemalsuan tandatangan buku log
- pemalsuan sijil cuti sakit
- lawatan ke luar negara tanpa kebenaran
- hal-hal lain berkaitan
- Membincangkan isu tatatertib di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Penyelaras Pegawai Perubatan Siswazah.
- Menerima dokumen berkaitan seperti laporan kehadiran, sijil cuti sakit palsu, buku log berkaitan atau surat amaran kepada pegawai dari jabatan.
- Menyediakan cadangan / syor penamatan kontrak kepada Cawangan Sumber Manusia (CSM).
- Menerima laporan daripada jabatan tentang isu tatatertib:
- Pelanjutan Latihan:
Memastikan pematuhan terhadap jadual penghantaran Buku Log Digital serta penggunaan sistem yang berkesan bagi mengelakkan pelanjutan latihan yang tidak diperlukan akibat kegagalan memenuhi markah atau keperluan Buku Log Digital.
2.0 Bengkel dan Latihan Bagi PPS
-
- Menyediakan pelbagai aktiviti tahunan yang membantu PPS dalam melaksanakan latihan siswazah seperti Bengkel Budaya Kerja Korporat, program helping hands, dan lain-lain aktiviti untuk meningkatkan profesionalisme pegawai serta kemaslahatan kesihatan mental dalam kalangan PPS.
- Membuat kertas kerja untuk aktiviti sepanjang tahun menurut tarikh yang telah ditetapkan mengikut takwim tahunan unit.
- Melaksanakan program kumpulan sokongan kesihatan mental bagi PPS iaitu HEARTS.
3.0 Kualiti Pelaksanaan Latihan Siswazah
-
- Mengadakan mesyuarat pada setiap bulan bagi membincangkan isu yang dibawa oleh Penyelaras Jabatan.
- Menyuarakan isu yang berkaitan kepincangan garis panduan latihan siswazah di dalam mesyuarat dan Mesyuarat Ketua Jabatan.
- Menerima borang pelanjutan dari jabatan sekiranya terdapat Pegawai Perubatan Siswazah yang dicadangkan untuk pelanjutan tempoh latihan siswazah.
- Menyediakan takwim mesyuarat sepanjang tahun dan menempah lokasi mesyuarat berdasarkan takwim.
- Menyediakan surat panggilan mesyuarat kepada semua ahli mesyuarat.
- Mendapatkan maklum balas minit mesyuarat dan isu berkaitan latihan Pegawai Perubatan Siswazah.
- Memastikan setiap Pegawai Perubatan Siswazah yang dibincangkan telah dinilai terlebih dahulu oleh penyelaras di jabatan berkenaan dengan Borang Penilaian Prestasi Pegawai Perubatan Siswazah dan Borang Pelanjutan Tempoh Latihan Siswazah.
- Mengurus selia Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Penyelaras Pegawai Perubatan Siswazah.
- Mencatat, menyediakan, dan mengedarkan minit mesyuarat untuk tindakan semua ahli mesyuarat.
-
- Menerima aduan daripada PPS berkaitan isu kepincangan latihan siswazah secara bersemuka atau melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
- Menjalankan siasatan terhadap aduan dengan mengadakan pertemuan bersama pengadu, individu yang diadu, serta pegawai-pegawai berkaitan.
- Membawa aduan tersebut kepada pihak pengurusan tertinggi untuk tindakan lanjut, atau dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Penyelaras PPS.
Memastikan penyelaras PPS menjalani latihan pengurusan PPS di jabatan melalui penganjuran bengkel Pemantapan Pengurusan Latihan Siswazah secara tahunan untuk semua Ketua Jabatan, Penyelaras, dan Pembantu Tadbir.
4.0 Pembangunan Organisasi dan Penempatan
-
- Menyemak permohonan pendaftaran penuh di dalam sistem MERITS.
- Menyemak dokumen iringan seperti:
- Form A (posting kelima),Â
- Form A (posting kelima)
- Surat pelanjutan tempoh latihan (jika berkenaan)
- Sijil Cuti Sakit (Jika berkenaan)
- Laporan Perubatan (Jika berkenaan)
- Surat penjelasan dari pegawai bagi cuti melebihi cuti latihan (jika berkenaan)
- Salinan kelulusan cuti bersalin (Jika berkenaan)
- Melengkapkan Form 8.
- Mendapatkan perakuan Timbalan Pengarah Perubatan II bagi Form 8 dan surat iringan.
- Melampirkan dokumen pendaftaran penuh ke Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dalam tempoh satu bulan selepas pegawai tamat posting kelima.
- Memastikan Pegawai Perubatan Bukan Pakar memiliki Sijil Perakuan Amalan Tahunan (PAT/APC) semasa yang sah.
-
- Pegawai Perubatan UD41 Tamat Latihan Siswazah:
- Memastikan PPS mengisi borang penempatan sementara (floating).
- Menentukan penempatan sementara mengikut kekosongan jabatan klinikal sementara menunggu penempatan rasmi KKM.
- Mengadakan Program Persediaan Pegawai Perubatan Floating bagi meningkatkan profesionalisme dan integriti penjawat awam.
- Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan:
- Menyerahkan Google Form kepada pegawai yang akan melapor diri melalui emel.
- Menentukan penempatan pegawai mengikut keperluan perkhidmatan klinikal.
- Mengemaskini pergerakan pegawai dalam pangkalan data rujukan penempatan.
- Bekerjasama dengan liaison officer dan pembantu tadbir jabatan berkaitan pertukaran dan urusan personel.
- Menguruskan pertukaran dalaman pegawai perubatan.
- Pegawai Perubatan UD41 Tamat Latihan Siswazah:
Membuat verifikasi dokumen berkaitan Sijil Certificate of Completion of Housemanship Training (CCHT) bagi pegawai yang membuat permohonan untuk berkhidmat di luar negara melalui Educational Commission for Foreign Medical Graduates (ECFMG).
5.0 Pengurusan Permohonan Pengiktirafan Pakar Perunding
-
- Menerima dan menyemak permohonan pengiktirafan Pakar Perunding daripada pemohon.
- Menyemak kelengkapan dokumen sokongan berpandukan syarat dan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Menyediakan surat pelantikan bagi permohonan yang telah diperakukan oleh Medical Dental Advisory Committee (MDAC).
- Memaklumkan keputusan rasmi permohonan kepada pemohon dan jabatan berkaitan.
6.0 Pengurusan Privileging Pegawai Klinikal
-
- Mengurus dan menyelaras urusan privileging bagi semua pegawai klinikal di Hospital Kuala Lumpur.
- Menyelaras permohonan baharu, pembaharuan, pelanjutan, dan perubahan skop amalan klinikal mengikut tatacara yang berkuat kuasa.
- Memastikan semua pegawai klinikal mempunyai status privileging, Perakuan Amalan Tahunan (APC/PAT), dan pendaftaran National Specialist Register (NSR) yang sah dan mematuhi skop klinikal yang diluluskan.
- Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa C&P (Credentialing & Privileging) serta memastikan dokumentasi diurus rapi dan patuh piawaian.
- Menyelaras pemantauan serta pelaporan berkala bagi memastikan pematuhan dasar hospital dan KKM.
7.0 Pentadbiran dan Urus Tadbir
Melaksanakan pengumpulan data dan pengurusan dokumen bagi memacu kecekapan aliran kerja unit:
-
- Data Masterlist PPS UPPP
- Data Masterlist Kohort PPS UPPP
- Data Masterlist SKT & LNPT PPS & Pegawai Perubatan Tamat Latihan Siswazah UPPP
- Data Masterlist HEARTS UPPP
- Data Masterlist Pegawai Perubatan HKL
- Data Masterlist Pakar Perubatan HKL
- Data Masterlist Tamat Posting
- Data Masterlist Status Pengisian Perjawatan
Melibatkan diri dalam kursus, latihan, serta merancang projek penambahbaikan kualiti seperti Quality Assessment & Quality Improvement (QA/QI), Lean Healthcare, dan Pengurusan Risiko.
Mengendalikan segala aspek pengurusan pentadbiran unit selaras dengan kehendak dan pekeliling pengurusan hospital.
Piagam Pelanggan
Â