- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Perkhidmatan
- Piagam Pelanggan
- Informasi Berkaitan
Pengenalan
Perubatan Nuklear adalah satu cabang kepakaran perubatan yang menggunakan bahan radioaktif atau radiofarmaseutikal untuk tujuan diagnostik atau terapeutik. Untuk tujuan diagnostik, skan yang dilakukan selepas suntikan bahan radiofarmaseutikal berupaya untuk menilai fungsi sesuatu organ/ tisu. Manakala untuk tujuan terapi, bahan radiofarmaseutikal yang disasarkan khususnya kepada organ/ tisu yang berpenyakit, sejurusnya dapat menghapuskan organ/ tisu tersebut.
Visi
Menjadi sebuah pusat yang cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan perubatan nuklear yang komprehensif, selamat, terkini dan mesra kepada masyarakat.
Misi
- Memberikan perkidmatan perubatan nuklear yang meluas kepada populasi di Malaysia pada tahap yang serasi dengan piawai antarabangsa.
- Menubuhkan pusat latihan perubatan nuklear di hospital dan memperkuatkan status sebagai pusat rujukan nasional.
- Menubuhkan program kepakaran untuk doktor dalam bahagian perubatan nuklear dan kursus lanjutan untuk juruteknik, penolong pegawai perubatan dan jururawat.
- Menubuhkan fasiliti perubatan nuklear yang memberikan perkhidmatan diagnostik dan terapeutik di setiap bahagian dalam Negara.
Objektif Jabatan
- Memberikan perkhidmatan dan kepakaran Peruatan Nuklear yang berkualiti kepada pesakit atau pelanggan melalui kerja secara berpasukan dan menggunakan teknologi yang sesuai.
- Memastikan dan melengkapkan semua anggota jabatan Perubatan Nuklear dengan pengetahuan dan kemahiran supaya perkhidmatan yang diberikan adalah cekap, tepat dan selamat.
- Menggalakan penyelidikan dan audit untuk memelihara dan meningkatkan mutu perkhidmatan.
- Mewujudkan suasana berpasukan antara anggota Jabatan perubatan Nuklear dan pelanggan dengan mengamlkan sikap penyayang dan professional.
- Meningkatkan bilangan pakar dan kemahiran dengan agensi luar Negara seperti IAEA serta perjanjian kerjasama antara Negara.
- Meningkatkan bilangan kakitangan dengan mewujudkan bidang kerjaya dan peluang latihan di dalam dan luar negara.
- Memperbaiki dan mengemaskini peralatan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mutu rawatan pesakit.
- Melatih pegawai perubatan dan paramedik dalam bidang Perubatan Nuklear.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan adalah di bahagian rawatan dan pemeriksaan :
- Rawatan
- Radioaktif Iodin (Iodine - 131) untuk :
- Pesakitt tirotoksikosis yang berulang/gagal rawatan perubatan.
- Pesakit kanser tiroid.
- Radiosynovectomy menggunakann Yttrium-90, Rhenium-186 atau Erbium-169 bagi pesakit hemophilia yang mengalami pendarahan di dalam rongga sendi
- Selective Internal Radiation Therapy (SIRT) menggunakan mikrosfera Yttrium-90 untuk pesakit kanser hati dan pesakit yang mempunyai rebakan kanser ke hati.
- Rawatan Iodine -131 Metaiodobenzylguanidine (MIBG) untuk rawatan kanser paraganglioma, pheochromocytoma dan neuroblastoma.
- Rawatan Lutetium-177 PSMA bagi pesakit kanser prostat.
- Rawatan Yttrium-90 bagi kanser cystic craniopharyngioma.
- Pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan di klinik.
- Radioaktif Iodin (Iodine - 131) untuk :
- Pemeriksaan
- Pengimejan Planar, SPECT dan SPECT/CT
- Skan otak
- TRODAT
- Epilepsi
- Perfusi otak dan sebagainya
Skan otot dan tulang
- HDP
- MDP
- Triple Phase
- Skan jantung
- perfusi
- Viabiliti
- MUGA
- Amyloidosis
- Skan paru-paru
- Ventilasi dan perfusi
- perfusi
- Skan renal
- DTPA
- MAG-3
- DMSA
- Pengukuran Glomerular Filtration Rate (GFR)
- DTPA
- EDTA
- Skan endokrin
- Tiroid
- Paratiroid
- MIBG
- Iodin - 131
- Skan gastroenterologi dan hepatobiliari
- Pengosongan gastrik
- Motiliti esofagus
- Meckel's diverticulum
- Penandaan sel darah merah untuk pendarahan usus
- SeHCAT
- HIDA
- Skan hati
- Skan limfa
- Sentinel node bagi kanser payudara dan kulit
- Limfosintigrafi
- Lain-lain seperti :
- Pleural/Peritoneal Leak Study
- Liver-lung Shunt Study
- Dacrayoscintigraphy bagi ujian kelenjar lakrimal
- Sintigrafi kelenjar air liur
- Skan otak
- Pengimejan PET/CT
- Onkologi
- Jangkitan / Radang
- Pengimejan Otak
- Jantung
- pediatrik / Kanak-kanak
- Pengimejan Planar, SPECT dan SPECT/CT
HARI | 7.30 Pagi - 1.00 Tengah Hari | 2.00 Petang - 5.30 Petang |
|---|---|---|
Isnin | Klinik Perubatan Nuklear
Unit Skan
|
|
Selasa | Klinik Perubatan Nuklear
Unit Skan
|
|
Rabu | Klinik Perubatan Nuklear
Unit Skan
|
|
Khamis | Klinik perubatan Nuklear
Unit Skan
|
|
Jumaat | 7.30 Pagi- 12.15 Tengah Hari Klinik Perubatan Nuklear
Unit Skan
| 2.45 Petang - 5.00 Petang
|
Piagam Pelanggan
Kami di Jabatan Perubatan nuklear akan memastikan setiap pelanggan akan :
- Menerima perkhidmatan dan rawatan yang sewajarnya, berkualiti dan bertepatan masa. Keutamaan difokuskan kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan segera. Perkhidmatan yang diberi adalah berdasarkan perkara berikut :
- Waktu menunggu bagi pemeriksaan doktor adalah dalam tempoh kurang dari 90 minit
- Pesakit benign thyroid disease akan menerima rawatan radioiodin ≤ 1 bulan.
- Memastikan kehormatan dan kerahsiaan maklumat pesakit sentiasa dipelihara.
- Memberi layanan yang mesra, profesional, jujur dan ikhlas.
- Memberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dipersetujui termasuk risiko dan pilihan yang ada.
- Menyiapkan laporan/keputusan kajian dalam tempoh 7 hari bekerja bagi kajian biasa dan 2 hari bagi kes segera.
Informasi Berkaitan
Jabatan Perubatan Nuklear terletak di Aras Satu (1) di Bangunan Institut Radioterapi & Onkologi dan Perubatan Nuklear, manakala wad Radioiodin pula terletak di Aras Bawah bangunan yang sama.
Borang berkenaan dengan Jabatan Perubatan Nuklear:
- Borang Permohonan Kajian/Pengimejan Radionuklid
- Request Form for Myocardial Perfusion Study
- Request Form for PET/CT Imaging (Borang Permohonan Kajian PET/CT)