- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Klinik
- Piagam Pelanggan
- Informasi Berkaitan
Pengenalan
Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif merupakan pusat rujukan dan kepakaran dalam bidang pembedahan plastik dan rekonstruktif.
Pada Julai 1970, Dr. S. Kandiah telah menjalankan kes pembedahan plastik yang pertama di bawah kelolaan Jabatan Ortopedik. Klinik Pembedahan Plastik mula beroperasi pada 13 Julai 1970. Sejak penubuhannya, jabatan ini telah melalui pelbagai perubahan dan perkembangan serta mencatatkan kemajuan dalam perkhidmatan pembedahan plastik dan rekonstruktif di bawah kendalian Datuk Dr. Ahmad Ridzwan Arshad.
Mulai tahun 2006 sehingga Jun 2023, Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif telah diketuai oleh Madam (Dr.) Normala Haji Basiron. Kini, jabatan ini diterajui oleh Mr. (Dr.) Mohammad Ali bin Mat Zain.
Pada masa kini, Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif bukan sahaja mengendalikan kes-kes di Hospital Kuala Lumpur, malah turut memberikan perkhidmatan di Hospital Tunku Azizah, khususnya bagi pesakit yang memerlukan perkhidmatan pembedahan plastik serta rawatan kebakaran dalam kalangan pesakit kanak-kanak.
Unit Rawatan Kebakaran di Hospital Kuala Lumpur telah dikendalikan oleh Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif sejak 2 Julai 2018. Manakala, Unit Rawatan Kebakaran Pediatrik di Hospital Tunku Azizah mula dikendalikan oleh jabatan ini pada 1 Januari 2024.
Seiring dengan perkembangan perkhidmatan kesihatan dan keperluan pesakit, Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif terus komited dalam menyediakan perkhidmatan rawatan yang berkualiti serta menyeluruh dalam bidang pembedahan plastik, rekonstruktif dan rawatan kebakaran.
 Â
Visi
Menjadi perkhidmatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif yang terunggul di Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan menyediakan perkhidmatan yang selamat, berkualiti tinggi dan mengutamakan keperluan pesakit, serta mencapai kecemerlangan dalam hasil rawatan dari aspek fungsi dan estetik.
Misi
- Menyediakan perkhidmatan pembedahan plastik dan rekonstruktif yang komprehensif, selamat dan berasaskan bukti saintifik, selaras dengan dasar serta piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mudah diakses, tepat pada masanya dan mengutamakan keperluan pesakit dari segi pemulihan fungsi serta peningkatan kualiti hidup pesakit.
- Memperkukuh tadbir urus klinikal, keselamatan pesakit dan penambahbaikan kualiti secara berterusan selaras dengan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Memperkasa kerjasama multidisiplin dalam pengurusan kes-kes rekonstruktif yang kompleks, rawatan kebakaran dan penjagaan luka.
- Menyediakan serta menyokong pendidikan, latihan dan pembangunan kompetensi anggota kesihatan secara berterusan.
- Menggalakkan penyelidikan, inovasi dan pembangunan perkhidmatan dalam kerangka Kementerian Kesihatan Malaysia.
Matlamat
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan pembedahan plastik di hospital.
- Memperkukuh keselamatan pesakit di Unit Rawatan Kebakaran.
Objektif
- Memastikan kadar keberhasilan yang tinggi dalam pelaksanaan pembedahan mikrosurgeri rekonstruktif yang kompleks.
- Mengoptimumkan pengurusan luka kebakaran melalui pemantauan berterusan terhadap kadar jangkitan serta pematuhan terhadap amalan pencegahan dan kawalan jangkitan.
Carta Organisasi

Perkhidmatan
-
- Pembedahan klef dan kraniofasial seperti:
- Klef bibir dan lelangit
- Gusi (Alveolar bone grafting)
- Hidung (Rhinoplasty)
- Pembedahan membuang ketumbuhan kulit dan soft tissue
- Pembedahan luka kebakaran / kelecuran akut dan rekonstruksi pasca kebakaran / kelecuran.
- Pembedahan membuang ketumbuhan, rekonstruksi flap dan mikrosurgeri
- Kes trauma:
- Facial laceration wounds
- Facial trauma
- Wound coverage / closure in post-traumatic wound
- Correction of craniofacial / congenital deformity
- Rawatan anomali vaskular
- Pembedahan payudara
- Genital repair and reconstruction
- Pembedahan estetik
- Body contouring surgery
- Chronic and complex wound closure
- Insertion of tissue expander
- Pressure sore surgery
- Rawatan luka pembedahan plastik dan luka kebakaran / kelecuran
- Rawatan parut
- Pembedahan klef dan kraniofasial seperti:
Jadual Klinik
|
MASA |
9.00 AM – 1.00 PM |
1.00 PM – 2.00 PM |
2.00 PM – 4.30 PM |
|
ISNIN |
ADMISSION |
REHAT |
COMBINED CLEFT CLINIC (EVERY END ON MONTH) |
|
GENERAL WOUND CARE |
 |
||
|
SELASA |
GENERAL WOUND CARE |
COMBINED BURN CLINIC |
|
|
BURN WOUND CARE |
BURN LASER |
||
|
RABU |
GENERAL CONSULTATION CLINIC |
GENERAL CONSULTATION CLINIC |
|
|
GENERAL WOUND CARE |
LA CLINIC – URGENT BIOPSY |
||
|
AVF VINE UP CLINIC |
 |
||
|
KHAMIS |
LA CLINIC |
KELOID CLINIC |
|
|
GENERAL LASER |
 |
||
|
MASA |
9.00 AM – 12.15 PM |
12.15 PM – 2.45 PM |
2.45 PM – 4.30 PM |
|
JUMAAT |
GENERAL CONSULTATION CLINIC |
REHAT |
 |
|
GENERAL WOUND CARE |
 |
||
|
BURN WOUND CARE |
 |
Â
Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan akan menerima khidmat pendaftaran yang tepat, cepat dan mengikut giliran yang telah ditetapkan.
- Setiap pelanggan akan diberi khidmat runding kepakaran dengan layanan mesra dan professional.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan sewajarnya mengenai prosedur, rawatan dan bayaran.