Direktorat Pembedahan
Soalan 1
Siapakah pakar anestesiologi? Apakah tugas beliau?
Jawapan 1
Pakar anestesiologi ialah doktor yang memberi rawatan pembiusan semasa pembedahan. Dia akan memastikan tanda vital (tekanan darah, bacaan nadi, suhu dan paras oksigen) anda berada dalam keadaan stabil semasa melalui pembedahan. Dia juga menyelia aras kesedaran dan memastikan anda dibius sepenuhnya sepanjang prosedur. Jika anda mengalami masalah semasa pembedahan, contohnya kehilangan darah yang banyak, tekanan darah rendah, jantung terhenti dan lain-lain keadaan yang berbahaya, pakar bius anda akan berusaha menstabilkan anda sementara pakar bedah menjalankan pembedahan. Pakar anestesiologi adalah yang terbaik dalam merumuskan plan pembiusan khusus bagi pembedahan anda.
Kami juga akan menguruskan kesakitan selepas pembedahan dan kesakitan lain yang melampaui kemampuan doktor yang menjaga anda. Pakar anestesiologi juga menjaga danmerawat pesakit kritikal di Unit Rawatan Rapi, menyaring dan memastikan anda dalam keadaan optimum sebelum menjalani pembedahan.
Soalan 2
Apakah risiko pembiusan?
Jawapan 2
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur telah mengambil langkah untuk memastikan keselamatan pesakit. Bergantung kepada paras kesihatan dan keperluan anda, pakar anestesiologi kami akan merumuskan pelan pembiusan khas buat anda sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Sebelum anda menjalani pembedahan, sila berbincang dengan doktor anestesiologi tentang kerisauan anda tentang pembiusan dan pengurusan kesakitan anda.
Kesan sampingan bius yang biasa termasuk sakit kepala, sakit di tempat cucukan ubat, loya dan muntah. Sesetengah kesan sampingan ini bersifat sementara dan boleh dikurangkan dengan perubahan cara pembiusan. Kesan sampingan khusus pula adalah bergantung kepada keadaan kesihatan anda sebelum pembedahan.
Soalan 3
Bolehkah saya makan sebelum dibedah?
Jawapan 3
Anda akan diarahkan supaya berpuasa sebelum dibedah oleh jururawat yang menghubungi anda sehari sebelum tarikh pembedahan. Jika anda dimasukkan ke wad, anda akan diarahkan berpuasa sekurang-kurangnya enam jam sebelum dibedah demi mengurangkan risiko asid perut masuk ke paru-paru dan menyebabkan keradangan paru-paru. Anda boleh mengurangkan risiko keradangan paru-paru dengan mengikuti saranan pra-pembedahan.
Soalan 4
Apakah ubatan yang perlu saya ambil sebelum pembedahan?
Jawapan 4
Anda perlu berbincang dengan doktor anda dan juga pakar anestesiologi tentang ubatan yang perlu diambil. Semua pesakit yang bakal menjalani pembedahan di rawatan harian akan dihubungi oleh jururawat rawatan harian sehari sebelum tarikh pembedahan. Jadi, anda boleh bertanya tentang ubatan yang perlu diambil. Jika anda tak pasti, bawalah semua ubatan yang anda ambil ke hospital bersama anda.
Soalan 5
Adakah alahan saya boleh mengganggu proses pembiusan?
Jawapan 5
Adalah sangat penting untuk doktor anda mengetahui semua jenis alahan anda termasuk sejarah reaksi alahan yang pernah anda alami. Bawa kad alahan anda jika ada. Jika perlu, ujian lahan akan dilakukan untuk anda sebelum anda diberi tarikh pembedahan.
Soalan 1
Bagaimanakan cara untuk mendapatkan temujanji?
Jawapan 1
1. Pemberian temujanji berkala diberikan kepada kes-kes baru dan kes-kes ulangan:
- 8.00 pagi (Konsultasi doktor + prosedur Oftalmik)
- 30 pagi (Konsultasi doktor + prosedur Oftalmik)
- 30 pagi (Konsultasi doktor)
2. Pesakit yang membawa surat rujukan (kes baru) akan di tapis mengikut masalah mata masing-masing. Pendaftaran akan dilakukan untuk kes-kes kecemasan “walk-in” seperti penyakit radang, infeksi mata dan masalah trauma kepada mata. Manakala, masalah yang lain akan diberi temujanji
3. Pesakit-pesakit klinik mata (bukan pesakit baru) boleh membuat panggilan telefon pada sambungan 1054 untuk:
- Penukaran tarikh temujanji diatas sebab-sebab tertentu
- Pemberian tarikh temujanji kepada pesakit-pesakit dari wad selain daripada wad mata yang telah disaring oleh doktor mata
*Orang ramai dinasihatkan untuk bersabar semasa membuat panggilan ke Klinik Mata kerana hanya terdapat SATU talian sahaja untuk dihubungi oleh pihak umum.
*Jika orang ramai gagal untuk menghubungi kami melalui nombor sambungan diatas, sila email kami di
Soalan 2
Bagaimanakan proses pendaftaran di Klinik Pakar Mata:
Jawapan 2
1. Pesakit perlu membawa kad temujanji atau surat rujukan bersama slip temujanji pada tarikh yang sudah ditetapkan.
2. Pesakit perlu beratur mengikut giliran.
3. Serahkan kad temujanji atau surat rujukan tersebut kepada kakitangan di Kaunter Info.
4. Pesakit akan diberi slip ujian penglihatan berserta nombor pendaftaran.
5. Pesakit kemudian akan diarahkan ke bilik 3 untuk Ujian penglihatan.
6. Setelah tamat ujian penglihatan, pesakit perlu mendaftar di kaunter untuk mendapatkan nombor giliran yang baru. Nombor ini adalah untuk konsultasi optometrist dan konsultasi doktor.
7. Selepas pendaftaran, pesakit perlu menunggu giliran di zon-zon berikut:
a) Zon D atau zon E : Untuk konsultasi doktor
b) Zon F : Untuk konsultasi pegawai optometri
c) Di depan bilik 1 : Untuk konsultasi doktor berkenaan kes-kes kecemasan.
8. Tarikh temujanji perlu diambil dikaunter 46 selepas tamat sesi konsultasi.
9. Pesakit yang diberikan ubat, perlu mengambil nombor giliran dari farmasi dan menunggu untuk pegawai farmasi menyediakan ubat tersebut di Zon C.
Soalan 3
Berapakah caj pendaftaran di Klinik Pakar Mata:
Jawapan 3
A. Surat rujukan dari Hospital/Klinik kerajaan:
a) Percuma untuk kali pertama
b) RM 5.00 untuk kali kedua dan seterusnya
c) RM 4.00 – RM100.00 untuk prosedur-prosedur tertentu.
d) Pengecualian bayaran:
- Pemegang kad OKU
- Pesara kerajaan
- Kakitangan kerajaan
- Pelajar sekolah
- Pemegang kad JKM dan Baitulmal
- Penderma darah yang berkelayakan
- Penduduk bertaraf JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli)
- OKT (Orang Kena Tahan)
B. Rujukan Swasta
a) RM 30.00 (Kali pertama)
b) RM 5.00 (Kali kedua dan seterusnya)
*caj yang sama dikenakan kepada pemegang kad OKU, JKM, Baitulmal, Pelajar Sekolah, penderma darah, penduduk bertaraf dan OKT
c) RM 20.00 – RM 1800.00 untuk prosedur-prosedur tertentu.
d) Pengecualian bayaran:
- Pesara dan kakitangan kerajaan
C. Warganegara Asing
a) RM120.00 (Pemegang passport yang sah)
b) RM 60.00 (UNHCR)
c) Mengikut Perintah FI (Perubatan kos perkhidmatan 2014) bergantung kepada jenis prosedur oftalmik.
LOKASI KLINIK PAKAR PESAKIT LUAR JABATAN OFTALMOLOGI
Klinik berada di tingkat 6, SCACC (Specialist Complex and Ambulatory Care Centre). Pesakit perlu membawa surat rujukan untuk mendapatkan temujanji klinik pakar.
JADUAL KLINIK:
Kes-kes elektif melalui temujanji:
Isnin – Jumaat : 8.00am, 9.30am, 11.30am
Kes-kes kecemasan (Klinik Kasualti):
Isnin – Jumaat : 7.30am - 4.15pm
SAMBUNGAN TELIFON KE KLINIK PAKAR OFTALMOLOGI: 1054
Soalan 1
Bilakah hari-hari rawatan pesakit luar Klinik ORL?
Jawapan 1
1. Rawatan pesakit luar adalah pada hari Selasa, Rabu dan Jumaat.
2. Klinik Allergi adalah pada hari Isnin .
3. Klinik FNAC adalah pada hari Isnin
4. Klinik pra-pembedahan adalah pada hari Isnin dan Khamis.
5. Kes-kes kecemasan akan diberi rawatan pada hari yang sama di Jabatan Kecemasan.
Soalan 2
Bilakah hari pembedahan ORL?
Jawapan 2
1. Pesakit akan menjalani pembedahan elektif pada hari Isnin dan Khamis di Dewan Bedah Utama.
2. Pembedahan elektif juga dijalankan pada hari Sabtu seperti yang telah dijadualkan
3. Pembedahan ‘Daycare’ akan dijalankan pada setiap hari Isnin menepati kriteria yang telah ditetapkan.
Soalan 3
Perlukah saya mendapatkan surat rujukan?
Jawapan 3
Ya, semua rujukan ke Klinik Pakar memerlukan surat rujukan.
Soalan 4
Saya sedang mengalami penyakit tonsillitis dan telah dinasihati untuk menjalani pembedahan tonsillectomy. Bilakah masa paling sesuai untuk menjalani pembedahan tonsillitis?
Jawapan 4
1. Biasanya pembedahan tonsillectomy akan disarankan sekiranya salah satu daripada kriteria-kriteria berikut dipenuhi:
2. Penyakit tonsillitis yang berulang (lebih lima kali setahun untuk dua tahun berturutan/ setiap bulan berlaku penyakit tonsillitis
3. Sejarah penyakit peritonsillar abscess
4. Gangguan pernafasan disebabkan saiz tonsil yang besar (Obstructive Sleep Apnea)
5. Disyaki barah tonsil
6. Pembedahan tonsillectomy hanya akan dijalankan apabila pesakit sihat dan tidak mengalami sakit tekak.
Soalan 5
Saya telah mendapat temujanji dengan pakar Audiologi/ Speech Therapist. Perlukah saya berjumpa dengan Pakar ORL juga?
Jawapan 5
1. Ya. Doktor Klinik ORL akan memeriksa pesakit seperti yang diperlukan.
Soalan 6
Apakah persediaan yang saya perlu jalankan sebelum pembedahan?
Jawapan 6
1. Semua pesakit perlu menjalani penilaian pra-pembedahan.
2. Pesakit akan dijelaskan indikasi serta risiko sesuatu pembedahan. Sekiranya pesakit setuju untuk pembedahan, beliau akan diberi tarikh pembedahan yang mungkin ambil masa 1 minggu sehingga 3 bulan.
3. Beberapa ujian akan dijalankan (bergantung kepada keperluan pesakit) sebelum tarikh pembedahan. Contohnya: (Ujian darah, ECG, X-ray paru-paru, CT scan)
4. Rujukan kepada Pakar bius akan diberikan sebelum tarikh pembedahan
5. Tarikh temujanji akan diberi pada hari Isnin atau Khamis supaya pesakit dapat penjelasan atas sebarang kemusykilan atau kebimbangan. Jika pesakit sihat dan setuju untuk pembedahan, kebenaran untuk pembedahan akan ditandatangani oleh pesakit pada hari itu.Sekiranya pesakit tidak cukup sihat untuk pembedahan pada hari tersebut, tarikh pembedahan akan ditangguhkan.
6. Pesakit dikehendaki mendaftar masuk ke wad sehari sebelum tarikh pembedahan. Sekiranya pesakit mempunyai penyakit kronik yang lain seperti darah tinggi atau kencing manis, pesakit mungkin dinasihati untuk masuk ke wad dua hari lebih awal untuk mengoptimumkan keadaan pesakit sebelum pembedahan.
7. Pesakit dinasihati tidak membawa sebarang barang-barang berharga semasa masuk wad. Hospital tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang tersebut.
SOALAN LAZIM TERAPI PERTUTURAN (SPEECH THERAPY)
Soalan 1
Kenapa anak saya tak cakap lagi?
Jawapan 1
Faktor-faktor kanak-kanak tidak bercakap:
(a) masalah pendengaran
(b) kurang rangsangan bahasa dan bunyi-bunyian
(c) kelainan pada struktur dalam mulut
(d) tiada rakan bermain dan berkomunikasi
(e) kurang masa interaksi dan aktiviti bersama ibubapa dan keluarga
(f) terlalu fokus pada akademik pada usia kurang 4 tahun
(g) ketagih permainan “gadjet” dan televisyen
(h) tidak banyak pilihan permainan di rumah
Soalan 2
Pelat…bila waktu sesuai untuk speech therapy?
Jawapan 2
Speech therapy untuk masalah pelat hanya dijalankan sekiranya:
(a) Tiada masalah pendengaran
(b) Kanak-kanak boleh faham dan bercakap bahasa pertuturan
(c) Setelah kanak-kanak berusia 5 tahun
(d) Kanak-kanak boleh cakap panjang melebihi 5 perkataan dalam satu ayat, tetapi sebutannya tidak jelas atau pelat.
Soalan 3
Macam mana nak jaga suara?
Jawapan 3
(a) Elakkan kerap berdehem, menjerit dan bercakap kuat dalam keadaan bising.
(b) Pelajari kemahiran menyanyi yang betul
Soalan 4
Apa perlu saya buat …anak tak pandai hisap susu?
Jawapan 4
(a) Dapatkan pemeriksaan lanjut struktur dalam mulut bayi yang mungkin menyebabkan anak tidak boleh menghisap dengan baik (seperti sumbing, lidah pendek dan lain-lain)
(b) Pilih peralatan yang sesuai (seperti saiz putting botol, kelancaran aliran air dan lain-lain). Jika menyusu badan pastikan teknik yang betul.
(c) Beri minuman pilihan anak dengan dan jumlah yang sesuai.
(d) Ambil kira rasa minuman yang diberi.
(e) Pelajari teknik rangsangan wajah dan mulut untuk kemahiran menyusu.
(f) Anak hanya perlu kemahiran hisap susu jika berusia kurang 2 tahun. Selepas 2 tahun kenalkan cara lain seperti menggunakan penyedut minuman,cawan dan lain-lain.
Soalan 5
Tanda-tanda masalah menelan?
Jawapan 5
(a) kurang selera makan
(b) Sakit masa menelan
(c) Berat badan berkurangan
(d) batuk semasa dan selepas makan
(e) tidak dapat mengawal air liur sendiri
(f) dehidrasi
Soalan 6
Kenapa temujanji speech therapy lambat?
Jawapan 6
(a) Bilangan pegawai terapi pertuturan yang terhad diperlukan di klinik dan wad
(b) Setiap sesi terapi pertuturan memerlukan masa 45-60 minit. Bermakna secara ideal dalam sehari, speech therapy menjalankan maksimum 5 kes pesakit luar dan 2-4 kes pesakit dalam wad sahaja.
(c) Kadar rujukan kes baru yang semakin meningkat.
(d) Rawatan ulangan terapi pertuturan untuk setiap pesakit secara umum adalah dua tahun.
Soalan 7
Apa dia speech therapy?
Jawapan 7
(a) Menilai, merancang dan melaksanakan program pemulihan terapi pertuturan, suara dan menelan untuk pesaskit dewasa dan kanak-kanak.
(b) Melatih ibubapa/penjaga dan keluarga untuk melaksanakan program terapi dirumah.
SOALAN LAZIM AUDIOLOGI
Soalan 1
Adakah pendengaran saya boleh kembali pulih?
Jawapan 1
1. Itu bergantung pada jenis masalah pendengaran yang dialami samada jenis sensorineural, konduktif, atau campuran.
2. Pada kebiasaannya, masalah pendengaran sensorineural tidak dapat dipulihkan kerana ianya melibatkan saraf di organ pendengaran.
3. Manakala masalah pendengaran konduktif masih boleh diubati bergantung pada jenis masalah yang dialami.
Soalan 2
Adakah masalah pendengaran saya ini memerlukan saya memakai alat bantu pendengaran ?
Jawapan 2
1. Sangat disarankan bagi masalah pendengaran kekal dan jenis masalah pendengaran yang susah dipulihkan.
2. Alat bantu pendengaran berfungsi menguatkan bunyi pada frekuensi bunyi yang tidak dapat didengari oleh anda pada tahap tertentu agar anda dapat mendengar dengan lebih baik .
3. Penggunaan alat bantu pendengaran mampu memperbaiki kualiti hidup anda dan membantu mengekalkan kelancaran fungsi penghantaran bunyi ke otak.
Soalan 3
Perlukah saya memakai di kedua-dua belah telinga?
Jawapan 3
1. Jika masalah pendengaran dikesan di kedua-dua belah telinga, seelok-eloknya pesakit memakai di kedua-dua belah telinga untuk membolehkan pesakit mendengar dari pelbagai arah.
2. Walaubagaimanapun, pesakit boleh memilih untuk cuba memakai di sebelah telinga terlebih dahulu.
Soalan 4
Berapakah harga alat bantu pendengaran?
Jawapan 4
1. Harga alat bantu pendengaran bergantung pada jenis, dan teknologi alat tersebut. Pemilihan jenis alat bergantung pada tahap dan jenis masalah pendengaran.
2. Harga untuk alat bantu pendengaran bagi sebelah telinga ialah dalam lingkungan RM1,000 hingga RM10,000.
Soalan 5
Bolehkah saya memohon bantuan kewangan untuk membeli alat bantu pendengaran?
Jawapan 5
1. Ya.
2. Jika anda adalah kakitangan kerajaan atau pencen kerajaan, anda boleh memohon di bawah bantuan Jabatan Perkhidmatan Awam.
3. Jika tidak, audiologis anda akan merujuk anda ke Jabatan Kebajikan Sosial Perubatan di hospital tempat anda membuat rawatan bagi menentukan saluran yang terbaik untuk anda. Cth: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tabung Bantuan Perubatan hospital, Lembaga Zakat, dan lain-lain.
Soalan 6
Bagaimana jika saya ada masalah dengan alat bantu pendengaran selepas memakainya?
Jawapan 6
1. Semestinya terdapat temujanji susulan selepas pemasangan alat bantu pendengaran bagi memudahkan audiologis memberi setting yang optimum kepada pesakit.
Soalan 7
Bolehkah saya membuka alat bantuan pendengaran selepas dipasang?
Jawapan 7
1. Ya.
2. Alat bantu pendengaran boleh ditanggalkan contohnya ketika mandi dan tidur.
3. Walaubagaimanapun, ia perlu dipakai secara optimum sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
Soalan 1
Bolehkah klinik menerima pesakit Walk-In bagi pemeriksaan gigi ?
Jawapan 1
Tidak boleh. Klinik hanya menerima pesakit yang mempunyai surat rujukan. Pesakit yang tiada masalah perubatan, boleh pergi ke Klinik Pergigian Kerajaan yang berdekatan bagi membuat pemeriksaan gigi.
Soalan 2
Bolehkah saya mendapatkan rawatan tampalan serta penskaleran di Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial,HKL ?
Jawapan 2
Kedua-dua rawatan tersebut hanya diberi keutamaan kepada pesakit yang mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser yang dirujuk. Pesakit yang tiada masalah kesihatan boleh mendapatkan rawatan tersebut di Klinik Pergigian Kerajaan berhampiran dengan tempat tinggal.
Soalan 3
Bolehkah saya buat implan gigi dan berapa kosnya ?
Jawapan 3
Boleh dengan syarat anda datang bersama surat rujukan. Kos rawatan sekitar RM3000-RM4000 mengikut jenis implan yang digunakan. Walaubagaimanapun bukan semua kes rujukan implan sesuai untuk meneruskan rawatan. Pakar Bedah Mulut akan membuat segala pemeriksaan/kajian yang diperlukan sebelum rawatan dimulakan.
Soalan 4
Bolehkah saya bawa anak saya untuk rawatan pergigian ?
Jawapan 4
Klinik hanya menerima pesakit yang berumur 16 tahun ke atas dan membawa surat rujukan dari klinik/hospital kerajaan atau swasta.
Soalan 5
Ke manakah saya harus pergi sekiranya, surat rujukan beralamatkan Pakar Perubatan Mulut & Patologi Mulut,HKL ?
Jawapan 5
Pesakit perlu pergi ke Klinik Bedah Mulut & Maksilofasial di bangunan utama bagi kepakaran seperti di bawah :
- Pergigian Forensik
- Patologi Mulut & Perubatan Mulut
- Pergigian Keperluan Khas
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
Pegawai Pergigian Yang Menjaga
Nombor Telefon : 03-2615 5555 Ext: 1264 / 1266
Alamat Email :
Pelaksanaan Dasar & Pengurusan Anggota Professional
Penyeliaan Dan Kejururawatan
Soalan 1
Dimanakah lokasi kaunter pinjaman kerusi roda jika saya ingin menggunakan perkhidmatan tersebut ?
Jawapan 1
Pesakit/waris boleh mendapatkan perkhidmatan kerusi roda di pintu masuk bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian yang bertempat bersebelahan dengan parkir motor aras bawah.
Soalan 2
Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan pinjaman kerusi roda di bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian ?
Jawapan 2
Pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut sekiranya pesakit tidak mampu untuk berjalan dan mempunyai temujanji di bangunan Kompleks Pakar dan Rawatan Harian.
Soalan 3
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan pinjaman kerusi roda ?
Jawapan 3
Pesakit/waris perlu meninggalkan dokumen pengenalan diri seperti pas kerja atau lesen memandu untuk tujuan pendaftaran pinjaman kerusi roda di kaunter yang telah disediakan.
Soalan 4
Bilakah waktu operasi bagi perkhidmatan pinjaman kerusi roda bermula?
Jawapan 4
Waktu operasi bagi perkhidmatan pinjaman kerusi roda bermula pada jam 7:00 pagi hingga 4:30 petang, kecuali pada cuti umum dan cuti hujung minggu.
Soalan 5
Adakah saya perlu membuat bayaran kepada perkhidmatan tersebut?
Jawapan 5
Tidak perlu. Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma
Soalan 6
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan kerusi roda yang dipinjamkan?
Jawapan 6
Pesakit/waris perlu bertanggungjawab dengan melaporkan kepada staff yang bertugas di kaunter perkhidmatan kerusi roda sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pada kerusi roda tersebut bagi tindakan susulan.
Soalan 7
Dengan siapakah saya boleh berhubung sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan kerusi roda tersebut?
Jawapan 7
Pesakit/waris boleh menghubungi talian 03-2615 5555 sambungan 7016 (Kaunter Bahagian Penyeliaan Hospital) bagi sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan tersebut.