Cawangan Akaun Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan salah satu cawangan di bawah bidang pengurusan dan bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan serta Timbalan Pengarah (Pengurusan). Cawangan ini berfungsi menguruskan bayaran, emolumen, terimaan, amanah dan deposit mengikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
Berdasarkan fungsi di atas, Cawangan Akaun HKL dibahagikan kepada 4 Unit iaitu:
1. Unit Gaji
2. Unit Bayaran dan Akaun
3. Unit Hasil, Amanah dan Deposit
4. Unit Khidmat Pengurusan
Misi
Menjamin akauntabiliti dan ketelusan dalam semua transaksi kewangan di Hospital Kuala Lumpur. Bekerjasama rapat dengan Jabatan-Jabatan lain untuk memastikan aliran kewangan yang lancar dan terkawal,menyokong tujuan Hospital untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada pesakit.
Visi
Mewujudkan sistem pengurusan akaun yang telus, cekap dan tepat untuk menyokong penyampaian penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.
Objektif
1. Mengurus dan merekod semua transaksi kewangan dengan teratur dan mematuhi peraturan.
2. Menyediakan laporan kewangan yang tepat dan boleh dipercayai.
3. Memproses pembayaran dan tuntutan dengan cepat serta efisien.
4. Memperkukuh kawalan dalaman bagi memastikan integriti kewangan.
5. Memantau penggunaan peruntukan secara berhemah.
Carta Organisasi

Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diberikan oleh Cawangan Akaun HKL adalah seperti berikut :
1. Khidmat nasihat berkenaan bayaran, emolumen, terimaan, amanah dan deposit dari 4 unit di bawah Cawangan Akaun HKL.
2. Pengurusan sumber manusia bagi Cawangan Akaun.
Piagam Pelanggan
Cawangan Akaun berjanji akan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan :-
1. Bayaran gaji akan dibuat sepertimana tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
2. Setiap pembayaran akan diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
3. Pendaftaran kemasukan pesakit ke wad akan diproses dalam tempoh 10 minit mulai dari pesakit datang ke kaunter.
4. Setiap pembayaran bil hospital akan dikeluarkan resit rasmi.
5. Pelupusan rekod kewangan akan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan Arkib Negara Malaysia.
