Accessibility Tools

call my faq my feedback my sitemap my

Select your language

Psikologi Kaunseling

Pengenalan

Perkhidmatan kaunseling mula dilaksanakan oleh kaunselor pada tahun 1980-an di Jabatan Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pesakit-pesakit psikiatri dan keluarga mereka. Kemudian, pada 14 Mei 2001 Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) telah ditubuhkan di bawah Pengurusan Hospital. Susulan itu, perkhidmatan kaunseling diperluaskan kepada semua pesakit dan anggota di HKL selaras dengan: (a) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1998: Garis Panduan Menguruskan Pegawai Berprestasi Rendah dan Pegawai Bermasalah dan (b) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1999: Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling di Agensi Awam.

     

Visi

UPsK menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan psikologi kaunseling yang memberikan perkhidmatan secara profesional dan mengutamakan pelanggan.

Misi

UPsK akan menyediakan perkhidmatan psikologi kaunseling ke arah kesejahteraan kesihatan mental dan emosi yang :

  • Responsif dan prihatin kepada pelanggan;
  • Dilaksanakan oleh pegawai psikologi yang terlatih dan profesional
  • Dilaksanakan melalui intervensi berdasarkan amalan berasaskan bukti (Evidence Based Practice).

Objektif

Menyediakan perkhidmatan psikologi kaunseling yang komprehensif, holistik dan efektif secara profesional mengikut piawaian amalan kaunseling.

Carta Organisasi

Perkhidmatan

Jenis perkhidmatan utama yang ditawarkan kepada pesakit dan kakitangan hospital adalah :

  • Intervensi Psikologi Kaunseling
  • Program Pembangunan Personel
  • Program Kesejahteraan Psikologi
  • Ujian Psikologi
  1. Intervensi Psikologi Kaunseling

    Aplikasi psikologi dalam intervensi adalah langkah-langkah yang dilakukan dalam mewujudkan perubahan positf kepada pesakit dan kakitangan hospital melalui Program Pebgupayaan Kendiri yang terdiri daripada program berikut

    1. Perkhidmatan Kaunseling

      Perkhidmatan ini adalah untuk membantu mempertingkatkan potensi diri supaya dapat berdaya tindak dengan positif dalam menghadapi cabaran kehidupan.

      1. Jenis Perkhidmatan kaunseling adalah :
        • Kaunseling individu
        • Kaunseling kelompok
        • Kaunseling keluarga dan perkhawinan
      2. Antara isu yang dikendalikan intervensi kaunseling adalah seperti berikut :
        • kesihatan fizikal
        • Kesihatan mental
        • Prestasi dan kerjaya
        • Peribadi dan sikap
        • Keluarga dan perkhawinan
        • Kewangan peribadi
        • Disiplin dan tingkahlaku
        • Penyalahgunaan bahan / ketagihan
        • Ganguan seksual
    2. Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)

      Program ini melatih kakitangan hospital untuk menjadi pembimbing rakan sekerja yang berkonsepkan rakan membantu rakan bagi meningkatkan potensi diri.

    3. Program Pementoran

      Program ini merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional bagi memantapkan tahap kecekapan serta meningkatkan keyakinan diri dan pengetahuan kakitangan dalam melaksanakan tugas.

    4. Program Pembangunan Personel

      Program pembangunan personal yang ditawarkan untuk kakitangan adalah :

      • Program Literasi Kewangan
      • Program Kesedaran Pencegahan Gangguan Seksual
      • Pengurusan Intervensi Bersepadu
      • Program TOT Komunikasi Berkesan
      • Program Pengukuhan Kendiri (Pengurusan Stress, Kemahiran Komunikasi, Pengurusan Kemarahan, Kemahiran Asas Menolong, Kenali Personaliti, Kerja Berpasukan, Pengurusan Emosi dan lain-lain)
    5. Program Kesejahteraan Psikologi

      Program ini merupakan aktiviti promosi dan intervensi pencegahan dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi dan memperkukuhkan kesihatan mental kakitangan.

    6. Ujian Psikologi

      Jenis ujian psikologi yang disediakan :

      • Kesihatan mental
      • Personaliti
      • Kerjaya
      • Keluarga dan keibubapaan
      • Perkhawinan
      • Komunikasi dan perhubungan

Jadual Klinik

Perkhidmatan psikologi kaunseling beroperasi (kecuali hujung minggu dan hari kelepasan am) seperti berikut :

Isnin - Khamis

8.00 Pagi - 01.00 Tengahari

2.00 Petang - 5.00 Petang

Jumaat

8.00 Pagi - 12.15 Tengahari

2.45 Petang - 5.00 Petang

Piagam Pelanggan

  • Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh 15 minit.
  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai perkhidmatan psikologi kaunseling.
  • Berusaha menyediakan bilik kaunseling yang terapeutik dan kondusif.
  • Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.
  • Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi pelanggan yang memerlukan intervensi krisis.
  • Berusaha melindungi maklumat klien berlandaskan Kod Etika Kaunselor.

Memperkasa kesejahteraan modal insan dan komuniti melalui perkhidmatan psikologi yang professional berdasarkan pendekatan psikologi meliputi aspek pembangunan, pencegahan, rehabilitasi dan intervensi kepada anggota dan pesakit berdasarkan Penghuraian Kerja Perkhidmatan Pegawai Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam. Perkhidmatan psikologi berasaskan kepada peraturan, garis panduan dan kaedah pelaksanaan aplikasi psikologi dalam usaha untuk membangun modal insan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia

pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022) iaitu aplikasi psikologi dalam pembangunan personal, penilaian personal, penyelidikan dan intervensi.