Pengenalan
Cawangan Keselamatan Hospital Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 2007 bermula dengan dua orang kakitangan iaitu Encik Mohd Sanusi Bin Abdul Rahman, Penolong Pegawai Keselamatan Kanan KP32 dan seorang Pembantu Tadbir, Encik Hisham Bin Amerudin. Pada tahun 2008, seorang Pegawai Keselamatan Kerajaan KP44 telah ditempatkan di Cawangan Keselamatan iaitu Tuan Syed Sallehuddin Bin Syed Muhammad bersama dua orang lagi Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27 iaitu Encik Muhammad Hanif Bin Othman dan Puan Noor Hashimah Binti Ismail.
Idea asal penubuhan Polis Bantuan HKL (PBHKL) telah diusahakan sejak tahun 2006 oleh Tuan Haji Naim Bin Abu Bakar, Mantan Timb. Pengarah (Pengurusan), Puan Norohana Binti Ishak, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Sumber Manusia) dan Encik Sanusi Bin Abd. Rahman, Penolong Pegawai Keselamatan HKL.
Cadangan penubuhan PBHKL telah dibentangkan dalam mesyuarat TKSU (P)/TKSU(K)/Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital & Institusi KKM yang dipengerusikan oleh TKSU (P)/TKSU(K) pada tahun 2006 di Kota Kinabalu Sabah. Melalui mesyuarat tersebut telah dipersetujui agar HKL dijadikan sebagai Pioneer Project untuk penubuhan Polis Bantuan KKM dan sekiranya berjaya dilaksanakan maka ianya akan dipanjangkan ke peringkat Ibu Pejabat KKM serta hospital-hospital lain.
Penubuhan Unit Polis Bantuan HKL telah diluluskan oleh YDH. Ketua Polis Negara berkuatkusa pada 15 Oktober 2009 dengan perjawatan ASP/PB (1), INSP/PB (2), SM/PB (2), SJN/PB (5), KPL/PB (9), dan Konst/PB (250) jumlah keseluruhan ialah 269. Kini perjawatan Polis Bantuan telah mendapat kelulusan pertambahan dengan perjawatan seperti berikut; ASP/PB (7), INSP/PB (12), SM/PB (18), SJN/PB (16), KPL/PB (150), Lans Koperal/PB (150) dan Konst/PB (400).
Berikutan penghantaran seramai 260 orang anggota KP17/11 ke Pulapol dan mereka telah menamatkan latihan pada 31 Disember 2009, maka urusan pelantikan sebagai Polis Bantuan telah dikemukakan kepada pihak PDRM pada awal tahun 2010. Pada 17 Oktober 2014, Polis Bantuan Hospital Kuala Lumpur telah mendapat kelulusan pemakaian pangkat DSP/PB kepada Ketua Jabatan Cawangan Keselamatan HKL.
Sehingga 2017 jumlah keseluruhan perjawatan PBHKL (berdasarkan pada pangkat) adalah sebanyak 1082 yang telah diberi kelulusan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti Bukit Aman.
Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis, No. 41/67 dan Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U (A) 461 bertarikh 21 Disember 1970). Merujuk Akta Polis 1967 (Sek. 47 – Sek. 50), PTKPN A 501, Auiliarry Police Rules 1967 dan Auxiliarry Police Regulation 1970.
Misi
Menjadi “Role Model” dan institusi Pasukan Polis Bantuan di bawah pentadbiran kerajaan yang terunggul.
Visi
Untuk mewujudkan suasana persekitaran hospital yang selamat dengan menerapkan nilai-nilai murni, berdisiplin dan mengamalkan budaya kerja selamat pada setiap masa kepada kakitangan, pesakit dan pelawat selaras dengan kehendak Hospital Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan Malaysia dan negara.
Objektif dan Fungsi Jabatan
Memberi perkhidmatan kepolisan dan keselamatan perlindungan dengan cekap dan berhemah serta meningkatkan tahap keselamatan pada setiap masa dan menguatkuasakan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan HKL serta Perintah Tetap Ketua Polis Negara (A501) demi menjaga nyawa dan harta benda.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
-
Piagam Pelanggan
Kami dari Unit Keselamatan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan yang berurusan di Hospital Kuala Lumpur berdasarkan setiap urusan kerja:-
- Memberikan perkhidmatan keselamatan kepada semua kakitangan, pesakit dan pelawat yang berurusan setiap masa
- Memberikan khidmat sokongan kawalan trafik setiap masa;
- Memproses kad pengenalan jabatan dalam tempoh 5 hari bekerja
- Memberi jawapan ke atas aduan yang dilaporkan dalam tempoh 5 hari bekerja
Memantapkan sistem keselamatan yang berkualiti, cekap dan berkesan, telus dan mesra pelanggan berdasarkan nilai-nilai murni.