- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Operasi
- Piagam Pelanggan
- Informasi berkaitan
Pengenalan
Jabatan Farmasi menyediakan perkhidmatan perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat /bukan ubat serta penjagaan farmaseutikal yang optimum bagi memenuhi keperluan pesakit serta menyokong objektif dan misi Hospital Kuala Lumpur. Dengan kekuatan anggota seramai 401 orang perjawatan tetap yang ditempatkan di lapan (8) cawangan di seluruh hospital, jabatan ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan memenuhi pembekalan ubat-ubatan kepada lebih daripada 3,000 preskripsi setiap hari sama ada di Farmasi Klinik Pakar atau di Farmasi Pesakit Dalam.
Jabatan Farmasi HKL juga mengawalselia perkhidmatan farmasi di Hospital Tunku Azizah (HTA) dan Institut Perubatan Respiratori (IPR) yang merangkumi perolehan ubat / bukan ubat dan aktiviti amalan farmasi. Jabatan Farmasi HTA adalah diketuai oleh Ketua Jabatan Farmasi dan Unit Farmasi IPR diketuai oleh Ketua Pegawai Farmasi. Kedua-dua jawatan tersebut adalah di bawah seliaan Timbalan Pengarah Farmasi HKL.
Visi
Menyediakan penjagaan farmaseutikal berinovatif bagi mencapai tahap kesihatan yang optima melalui khidmat farmasi bertaraf
Misi
Untuk mengadakan usaha bersama dengan profesional kesihatan lain dalam menyediakan penjagaan farmaseutikal yang optima, memajukan pengetahuan farmaseutikal melalui pendidikan farmasi berterusan dan meningkatan kesan yang positif kepada
Objektif
1. Memberi perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang efektif dan efisien kepada pesakit dan pelanggan hospital.
2. Memberi perkhidmatan farmasi klinikal yang berkualiti untuk memantapkan lagi penjagaan pesakit.
3. Memastikan pengurusan perolehan dan bekalan ubat dan bukan ubat adalah efisien.
4. Memastikan anggota menerima latihan dan pembelajaran secara berterusan.
5. Menerapkan budaya kerja cemerlang, suasana dan persekitaran yang bersesuaian demi mencapai objektif perkhidmatan berkualiti.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
- Farmasi Klinik Pakar
- Farmasi Pesakit Dalam
- Perkhidmatan Farmakoterapi Klinikal
- Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal
- Rekonstitusi Ubat Sitotoksik
- Farmasi Logistik
- Pengeluaran Farmaseutikal Steril
- Pengeluaran Farmaseutikal Bukan Steril
- Perkhidmatan Farmasi Nuklear
- Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi
- Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)
- Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC)
Jadual Operasi
CAWANGAN / SEKSYEN / UNIT JABATAN FARMASI | WAKTU OPERASI | NOMBOR TELEFON | PEMBEKALAN UBAT-UBATAN | |
WAKTU PEJABAT (ISNIN - JUMAAT) | SELEPAS WAKTU PEJABAT | |||
Kompleks Pakar & Rawatan Harian: ● Farmasi Klinik Pakar (FKP) I | 7.30am - 5.30pm | N/A | 03 – 2615 5555 (samb 1167 / 1168) | ● Klinik Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial ● Klinik Pakar Perubatan Am ● Klinik Pakar Pembedahan Am ● Klinik Pakar Nefrologi ● Klinik Pakar Urologi ● Klinik Pakar Ortopedik (SCACC) ● Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi ● Unit Endoskopi ● Unit Rawatan Harian |
● Farmasi Klinik Pakar (FKP) II | 7.30am - 5.00pm | N/A | 03 – 2615 5555 (samb 1040 / 1041 / 1042 ) | ● Klinik Pakar ENT ● Klinik Pakar Neurologi ● Klinik Pakar Neurosurgeri ● Klinik Pakar Psikiatri |
● Farmasi Klinik Pakar (FKP) III | 7.30am - 5.00pm | N/A | 03 – 2615 5555 (samb 1444 / 1445 / 1442) | ● Klinik Pakar Dermatologi ● Klinik Pakar Pembedahan Plastik & Rekonstruktif ● Klinik Pakar Anestetik & Pengurusan Kesakitan |
● Farmasi Oftalmologi | 7.30am - 5.00pm | N/A | 03 – 2615 5555 (samb 1465) | ● Klinik Pakar Oftalmologi |
Farmasi Kecemasan (Blok Utama) | Beroperasi 24 jam sehari | 03 - 2615 5555 (samb 6100) | ● Pesakit luar dari Jabatan Kecemasan & Trauma ● Pembekalan ubat-ubatan selepas waktu pejabat bagi wad & unit berkaitan | |
Farmasi Pandu Lalu | 10am – 5pm | Sabtu: 10am - 4pm | 03 – 2615 5555 (samb 5126) | ● Bagi pesakit HKL yang berdaftar untuk pembekalan ubat susulan melalui perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu |
Farmasi Ortopedik (Wisma Rekod) | 8am – 5pm | N/A | 03 – 2615 5555 (samb 5188) | ● Klinik Pakar Ortopedik (Wisma Rekod) |
Farmasi Pesakit Dalam Utama (Blok Utama HKL) | 7.30am – 9pm | Sabtu & Ahad: 8am – 5pm | 03 – 2615 5555 (samb 6096) | ● Semua wad di Blok Utama HKL |
Farmasi Institut Urologi & Nefrologi B (IUN B) | 8am – 5pm | Sabtu & Ahad: 11am – 3pm | 03 – 2615 5555 (samb 2458 / 2459/ 2460) | ● Semua wad di Institut Urologi & Nefrologi |
Farmasi Neurosains | 8am – 5pm | N/A | 03 – 2615 5555 (samb 6488) | ● Semua wad di Bangunan IKTAR |
Farmasi Radioterapi & Onkologi | 7.30am – 5pm | Sabtu & Ahad: 8am – 2pm | 03 – 2615 5555 (samb 5834) | ● Bangunan Radioterapi & Onkologi ● Kompleks Pakar & Rawatan harian (Aras 7) |
Piagam Pelanggan
1) Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
2) Memastikan pembekalan ubat-ubatan yang betul ke wad atau unit bagi preskripsi atau pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam semasa waktu pejabat.
3) Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
4) Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 14 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.