Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px
BE BURN SMART 2.0
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur akan menganjurkan program “Be Burn Smart 2.0” bersempena dengan Burn Awareness Week HKL & HTA 2026 pada 11 Disember 2026. Program ini diadakan sebagai satu platform untuk berkongsi ilmu, kemahiran dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai rawatan kebakaran / kelecuran (burn care). Justeru, kami berharap agar kempen kesedaran ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan sekaligus dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Butiran lanjut program adalah seperti berikut:
Tarikh : 11 Disember 2026 (Jumaat)
(Pameran Burn Awareness Week 7 - 11 Disember 2026 di lobi SCACC, Hospital Kuala Lumpur)
Masa : 8.00 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat : Auditorium Utama, Hospital Kuala Lumpur
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga kerja Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tunku Azizah. Tempat adalah terhad kepada 100 orang peserta sahaja. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 27 November 2026. Pendaftaran boleh dibuat seperti di lampiran.
Imbas kod QR untuk pendaftaran
https://forms.gle/xDQ6iXMG8BNn7aBt5
