Accessibility Tools

call my faq my feedback my sitemap my

Perubatan Nuklear

Pengenalan

Perubatan Nuklear adalah satu cabang kepakaran perubatan yang menggunakan bahan radioaktif atau radiofarmaseutikal untuk tujuan diagnostik atau terapeutik. Untuk tujuan diagnostik, skan yang dilakukan selepas suntikan bahan radiofarmaseutikal berupaya untuk menilai fungsi sesuatu organ/ tisu. Manakala untuk tujuan terapi, bahan radiofarmaseutikal yang disasarkan khususnya kepada organ/tisu yang berpenyakit, sejurusnya dapat menghapuskan organ/tisu tersebut.

Visi

Jabatan Perubatan Nuklear menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam penyediaan perkhidmatan Perubatan Nuklear yang komprehensif, selamat, terkini dan berteraskan ihsan kepada masyarakat.

Misi

Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan terapeutik Perubatan Nuklear yang berkualiti dan profesional melalui penggunaan bahan radioaktif secara selamat.

Objektif Jabatan

1. Menyediakan perkhidmatan pengimejan, bukan pengimejan dan rawatan menggunakan bahan radioaktif, kaedah serta kemudahan yang sesuai, tepat, selamat dan berkualiti tinggi dalam penjagaan pesakit.

2. Bagi tujuan ini, Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Kuala Lumpur akan memastikan prestasi berikut dipantau:

    1. Menyiapkan laporan/keputusan pemeriksaan pesakit dalam tempoh ≤ 5 hari bekerja bagi kes biasa dan ≤ 2 hari bagi kes kecemasan.
    2. Perkhidmatan yang diberikan di jabatan adalah berdasarkan perkara berikut:
      1. Tempoh menunggu sebelum berjumpa doktor adalah kurang daripada 90 minit.
      2. Pesakit dengan penyakit tiroid (bukan kanser) akan menerima terapi radioiodin dalam tempoh ≤ 1bulan.

3. Melibatkan diri secara aktif dalam latihan anggota kesihatan yang akhirnya akan meningkatkan standard penjagaan pesakit.

4. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan perkhidmatan yang disediakan.

Carta Organisasi

Carta_Organisasi_Nuklear

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan adalah di bahagian rawatan dan pemeriksaan:

A. RAWATAN

    1. Radioaktif Iodin (Iodine-131) untuk:
      • Pesakit tirotoksikosis yang berulang/gagal rawatan perubatan;
      • Pesakit kanser tiroid
    2. Radiosynovectomy menggunakan Yttrium-90, Rhenium-186 atau Erbium-169 bagi pesakit hemophilia yang mengalami pendarahan di dalam rongga sendi.
    3. Selective Internal Radiation Therapy (SIRT) menggunakan mikrosfera Yttrium-90 untuk pesakit kanser hati dan pesakit yang mempunyai rebakan kanser ke hati.
    4. Rawatan Iodine-131 Metaiodobenzylguanidine (MIBG) untuk rawatan kanser paraganglioma, pheochromocytoma dan neuroblastoma.
    5. Rawatan Lutetium-177 PSMA bagi pesakit kanser prostat.
    6. Rawatan Yttrium-90 bagi kanser cystic craniopharyngioma.
    7. Pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan di klinik.

B. PEMERIKSAAN

    1. Pengimejan Planar, SPECT dan SPECT/CT
      1. Skan otak
        1. TRODAT
        2. Epilepsi
        3. Perfusi otak dan sebagainya
      2. Skan otot dan tulang
        1. HDP
        2. MDP
        3. Triple phase
      3. Skan jantung
        1. Perfusi
        2. Viabiliti
        3. MUGA
        4. Amyloidosis
      4. Skan paru-paru
        1. Ventilasi dan perfusi
        2. Perfusi
      5. Skan renal
        1. DTPA
        2. MAG-3
        3. DMSA
      6. Pengukuran Glomerular Filtration Rate (GFR)
        1. DTPA
        2. EDTA
      7. Skan endokrin
        1. Tiroid
        2. Paratiroid
        3. MIBG
        4. Iodin-131
      8. Skan gastroenterologi dan hepatobiliari
        1. Pengosongan gastrik
        2. Motiliti esofagus
        3. Meckel’s diverticulum,
        4. Penandaan sel darah merah untuk perdarahan usus
        5. SeHCAT
        6. HIDA
        7. Skan hati
      9. Skan limfa
        1. Sentinel node bagi kanser payudara dan kulit
        2. Limfosintigrafi
      10. Lain-lain seperti:
        1. Pleural/Peritoneal Leak Study
        2. Liver-lung Shunt Study
        3. Dacrayoscintigraphy bagi ujian kelenjar lakrimal
        4. Sintigrafi kelenjar air liur
    2. Pengimejan PET/CT 
        1. Onkologi
        2. Jangkitan / Radangan
        3. Pengimejan otak
        4. Jantung
        5. Pediatrik / Kanak-kanak

Jadual Perkhidmatan 

 

HARI 7.30 Pagi - 1.00 Tengah Hari 2.00 Petang - 5.30 Petang
ISNIN

Klinik Perubatan Nuklear 

  • Kemasukan pesakit kanser tiroid ke Wad Radioiodin untuk rawatan radioiodin (Iodin-131)
  • Rawatan susulan pesakit kanser tiroid
  • Rawatan dan rawatan susulan pesakit tirotoksikosis
  • Kaunseling skan perfusi jantung
  • Konsultasi pesakit kanser tiroid selepas menjalani skan seluruh badan

Unit Skan

  • Konsultasi dan pengimejan Perubatan Nuklear
  • Ujian Regangan bagi pengimejan perfusi jantung
  • Skan seluruh badan pesakit kanser tiroid untuk kemasukan pada hari Khamis lepas
  • Pengimejan Perubatan Nuklear
  • Kaunseling perfusi jantung
  • Penyediaan laporan skan
  • Grand ward rounds
  • Discaj pesakit dari Wad Radioiodin
SELASA

Klinik Perubatan Nuklear

  • Rawatan susulan pesakit kanser tiroid
  • Rawatan dan rawatan susulan pesakit tirotoksikosis
  • Kaunseling skan perfusi jantung

Unit Skan

  • Konsultasi dan pengimejan Perubatan Nuklear
  • Ujian Regangan bagi pengimejan perfusi jantung
  • Pengimejan Perubatan Nuklear
  • Kaunseling perfusi jantung
  • Penyediaan laporan skan
RABU

Klinik Perubatan Nuklear 

  • Kaunseling perfusi jantung
  • Pendaftaran dan konsultasi pesakit PET/CT
  • Pengimejan PET/CT di IJN

Unit Skan

  • Konsultasi dan pengimejan Perubatan Nuklear
  • Ujian Regangan bagi pengimejan perfusi jantung
  • Pengimejan Perubatan Nuklear
  • Kaunseling skan perfusi jantung
  • Penyediaan laporan skan
  • Pengimejan PET/CT di IJN
KHAMIS

Klinik Perubatan Nuklear 

  • Kemasukan pesakit kanser tiroid ke Wad Radioiodin untuk rawatan radioiodin (Iodin-131)
  • Rawatan susulan pesakit kanser tiroid
  • Rawatan dan rawatan susulan pesakit tirotoksikosis
  • Kaunseling skan perfusi jantung
  • Pendaftaran dan konsultasi pesakit PET/CT
  • Pengimejan PET/CT di IJN

Unit Skan

  • Konsultasi dan pengimejan Perubatan Nuklear
  • Ujian Regangan bagi pengimejan perfusi jantung
  • Pengimejan Perubatan Nuklear 
  • Kaunseling skan perfusi jantung
  • Penyediaan laporan skan
  • Pengimejan PET/CT di IJN
  • Grand ward rounds
JUMAAT 7.30 Pagi - 12.15 Tengah Hari 2.45 Petang - 5.00 Petang

Klinik Perubatan Nuklear 

  • Pendaftaran dan konsultasi pesakit PET/CT
  • Pengimejan PET/CT di IJN
  • Konsultasi pesakit kanser tiroid selepas menjalani skan seluruh badan

 

Unit Skan

  • Konsultasi dan pengimejan Perubatan Nuklear
  • Skan seluruh badan bagi pesakit kanser tiroid untuk kemasukan hari Isnin

 

 

  • Pengimejan Perubatan Nuklear 
  • Kaunseling skan perfusi jantung
  • Penyediaan laporan skan
  • Pengimejan PET/CT di IJN
  • Skan seluruh badan pesakit kanser tiroid
  • Discaj pesakit dari Wad Radioiodin

Piagam Pelanggan

Kami di Jabatan Perubatan Nuklear akan memastikan setiap pelanggan akan:

  1. Menerima perkhidmatan dan rawatan yang sewajarnya, berkualiti dan bertepatan masa. Keutamaan difokuskan kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan segera.  Perkhidmatan yang diberi adalah berdasarkan perkara berikut:
    1. Waktu menunggu bagi pemeriksaan doktor adalah dalam tempoh kurang dari 90 minit.
    2. Pesakit benign thyroid disease akan menerima rawatan radioiodin ≤ 1 bulan.
  2. Memastikan kehormatan dan kerahsiaan maklumat pesakit sentiasa dipelihara.
  3. Memberi layanan yang mesra, profesional, jujur dan ikhlas.
  4. Memberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dipersetujui termasuk risiko dan pilihan yang ada.
  5. Menyiapkan laporan/keputusan kajian dalam tempoh 7 hari bekerja bagi kajian biasa dan 2 hari bagi kes segera.
HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 7.00 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Monday 10 August 2026.