Accessibility Tools

call my faq my feedback my sitemap my

Dasar Perubatan & Perancangan Perkhidmatan Klinikal

Pengenalan

Hospital Kluste Klang Valley 2 atau HKKV2 adalah gabungan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Perubatan Respiratori (IPR), Hospital Tunku Azizah (HTA), Hospital Ampang, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dan Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG). 

Visi

Hospital Kluster ini diwujudkan bagi membentuk satu organisasi yang bekerjasama untuk meningkatkan kualiti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kesihatan berlandaskan keperluan, kumpulan sasaran, keutamaan dan kepakaran setiap hospital dalam Kluster Klang Valley 2.

Misi

Satu kelompok hospital yang bersama-sama :

  1. Komited dalam melaksanakan penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh dan berkualiti dengan kos yang berpatutan melalui koordinasi perkhidmatan berdasarkan keperluan, kumpulan sasaran dan kepakaran setiap hospital dalam KKV2 bagi meningkatkan kemudahan mendapatkan rawatan yang lebih saksama.
  2. komited kepada falsafah perkongsian organisasi melalui pembentukan budaya korporat dan penjenamaan organisasi serta pelaksanaan perkongsian nilai-nilai yang membentuk kejayaan ke arah yang lebih saksama
  3. Komited dalam melaksanakan penggunaan tenaga kerja kesihatan yang lebih adil, saksama dan efisien di dalam kluster serta pembentukan tenaga kerja yang terlatih, cekap, berintegriti dan komited dalam melaksanakan visi organisasi. 
  4. Pengurusan dan pentadbiran difokuskan kepada keperluan, kumpulan sasaran dan kepakaran setiap hospital dalam KKV2 serta pencapaian matlamat bersama, walaubagaimanapun, pelaksanaan perkhidmatan berdasarkan keperluan pesakit secara individu tidak diketepikan. Kedua-duanya digabungkan bagi meningkatkan kualiti, kesamarataan dan keterangkuman rakyat untuk mendapatakan kemudahan perkhidmatan rawatan kesihatan.

 

Objektif

  1. Mengukuhkan koordinasi penyampaian penjagaan perubatan dengan membina rangkaian klinikal yang lebih baik melalui pengoperasian dan perkongsian sumber-sumber dalam HKKV2.
  2. Meningkatkan peluang mendapatkan kemudahan perkhidmatan kepakaran yang lebih saksama dan 'berdekatan dengan rumah' kepada masyarakat tempatan dan kumpulan sasaran.
  3. Mengoptimumkan penggunaan sumber melalui peningkatan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan berpusat kepada pesakit (patient centred-care).
  4. Mengukuhkan dan meningkatkan kecekapan kakitangan dalam melaksanakan perkhidmatan  yang  berkualiti melalui peningkatan jaringan dan kesinambungan latihan dan pengajaran di dalam HKKV2.
  5. Meningkatkan kepuasan pelanggan dan anggota kesihatan dengan meningkatkan produktiviti dan pengagihan semula beban kerja berdasarkan kepakaran masing-masing.
  6. Mengukuhkan pelaksanaan pengurusan kewangan melalui perkongsian dan mengoptimalkan sumber-sumber di dalam HKKV2 bagi meningkatkan kualiti penjagaan perkhidmatan.
  7. Melaksanakan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan mampan dengan mengoptimalkan penggunaan sumber-sumber sedia ada dan mengelakkan pembaziran.
  8. Melaksanakan komunikasi strategik dan perkongsian data melalui penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kesihatan di dalam HKKV2.

Carta Organisasi

Perkhidmatan

  1. Continuous Medical Education (CME)
  2. Patologi
  3. Perubatan Respiratori
  4. Perubatan Forensik
  5. Ortopedik
  6. Pembedahan Bedah Mulut
  7. Radiology
  8. Pediatrik
  9. Kecemasan dan Trauma
  10. Fisioterapi
  11. Perubatan Am
  12. Perubatan Rehabilitasi
  13. Pemulihan Carakerja
  14. Pengurusan Kualiti
  15. Obstetrik dan Ginekologi
  16. Pembedahan Am dan Pediatrik
  17. Pusat Penyelidikan Klinikal
  18. Continuous Management Education

Piagam Pelanggan


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Thursday 25 September 2025.