| Syarat: | 1. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini hendaklah berdaftar dengan CIDB [Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)] dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam Pendaftaran Kontraktor Kategori Bangunan (B) G3 dan Kategori Mekanikal (ME) G3, Pengkhususan B04 (Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan), B28 (Kerja-Kerja Ubahsuai), M02 (Sistem Pencegahan dan Perlindungan Kebakaran) & M15 (Kelengkapan Mekanikal Pelbagai). (Berdaftar di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja).  2. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini juga hendaklah mempunyai dokumen sah Sijil Pematuhan Cukai (TCC) yang berstatus ‘PATUH’  3. Kontraktor-kontraktor yang berminat hendaklah mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Perakuan Kontraktor (PPK), salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), salinan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera dan salinan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) melalui email kepada sebutharga.cpphkl@moh.gov.my pada atau sebelum 14 April 2026 (Selasa) sehingga jam 4.30 petang beserta dengan no. telefon penama syarikat. Kelewatan pihak syarikat mengemukakan salinan sijil-sijil seperti di atas selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diterima.  4. Dokumen sebut harga hanya akan dikeluarkan kepada penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Kontraktor Kerja (SKK)Taraf BUMIPUTERA dan Sijil Akuan Pendaftaran syarikat sahaja.  5. Sesi taklimat dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN.  6. Harga Indikatif bagi kerja ini adalah RM1,000,000.00  7. Sebut harga ini akan ditutup pada 22 April 2026 (Rabu). Dokumen sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Cawangan Pembangunan & Penswastaan, Hospital Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada hari tersebut.  |