Cawangan Perolehan & Aset, Hospital Kuala Lumpur (CPA,HKL) ini bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan mengurus keseluruhan proses perolehan barangan serta perkhidmatan, pengurusan belanjawan tahunan, serta pentadbiran aset dan inventori mengikut dasar serta garis panduan semasa kerajaan.
Berdasarkan fungsi di atas, CPA, HKL dibahagikan kepada 4 Unit iaitu:
1. Unit Pentadbiran Kewangan
2. Unit Perolehan
3. Unit Aset & Saraan
4. Unit Belanjawan
Visi :
Menjadi Cawangan Perolehan & Aset, Hospital Kuala Lumpur (CPA,HKL) yang cekap, telus dan berintegriti dalam menyokong penyampaian perkhidmatan organisasi
Misi :
1. Memastikan proses perolehan dilaksanakan mengikut peraturan semasa dengan mengutamakan nilai faedah terbaik (value for money).
2. Mengurus dan mengawal belanjawan secara sistematik, terancang dan berkesan
3. Memastikan pengurusan aset kerajaan dipatuhi sepanjang kitar hayatnya termasuk penerimaan, penyimpanan, penggunaan, penyelenggaraan dan pelupusan.
4. Mengukuhkan tadbir urus, integriti serta akauntabiliti dalam setiap proses pengurusan sumber manusia dan pentadbiran.
Objektif :
1. Memastikan setiap perbelanjaan mematuhi peraturan kewangan serta kelulusan peruntukan.
2. Mengoptimumkan penggunaan peruntukan demi keberkesanan operasi organisasi.
3. Menjamin ketepatan, pengemaskinian dan ketelusan rekod aset dan inventori.
4. Memastikan proses perolehan dijalankan secara teratur, telus dan berasaskan keperluan.
5. Meningkatkan kecekapan penyampaian proses perolehan dan pengurusan aset berteraskan semangat kerja berpasukan dan penambahbaikan berterusan.
Carta Organisasi

Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diberikan oleh Cawangan Perolehan dan Aset HKL adalah seperti berikut :

Piagam Pelanggan
Cawangan Perolehan dan Aset, Hospital Kuala Lumpur (CPA, HKL) beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, telus dan berintegriti kepada semua pelanggan dalaman dan luaran. Kami berjanji untuk:
1. Memastikan setiap permohonan perolehan diproses dalam tempoh yang ditetapkan mengikut kaedah dan prosedur perolehan semasa.
2. Menyediakan maklumat kedudukan peruntukan dan status perbelanjaan dengan tepat, telus dan terkini.
3. Menyelesaikan pendaftaran, pelabelan serta pengemaskinian aset dalam tempoh masa yang ditetapkan dan mengikut garis panduan selepas penerimaan dibuat.
4. Memastikan urusan pelupusan aset dilaksanakan secara teratur, mematuhi peraturan dan berdasarkan kaedah yang diluluskan.
5. Memberikan khidmat nasihat teknikal dan rujukan berkaitan perolehan, belanjawan dan pengurusan aset jika diperlukan.
6. Mengekalkan tahap integriti dan kerahsiaan maklumat dalam setiap urusan pelanggan.
