logo hmi

  • Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia merupakan satu konsep yang digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada kakitangan institusi serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan. Hospital Mesra Ibadah bertujuan untuk memberi kesedaran melalui pendidikan pesakit dan keluarga supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

  • Misi:  Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial, mental dan rohani.
  • Visi:   Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.
  • Matlamat: Matlamat HMI adalah untuk mencapai kesepaduan antara kecemerlangan perkhidmatan dan menjaga kesejahteraan pesakit menerusi penerapan nilai murni dan ibadat mengikut Islam.
  • Objektif: 
    1. Mewujudkan suasana hospital yang mesra ibadah kepada pesakit dan menerapkan konsep ibadah ketika sakit.
    2. Menjelaskan isu dan permasalahan yang berkaitan dengan ibadah pesakit.
    3. Meningkatkan kemahiran anggota untuk menangani permasalahan ibadah pesakit.
    4. Mengaplikasikan sokongan kerohanian kepada pesakit muslim.
    5. Meningkatkan kefahaman dalam permasalahan fiqh perubatan.
    6. Melatih pegawai dan kakitangan dengan Training Of Trainers (TOT) pengurusan solat / ibadah pesakit terutama berkaitan dengan wudhu, tayammum dan solat ketika sakit agar dapat membantu pesakit menunaikan solat.
Image

.

Alt Text

Panduan Ibadah Pesakit


Lebih lanjut
HUBUNGI KAMI

INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI

Jalan Pahang,

50590, Kuala Lumpur.

Tel: +603 4023 2966

E-mel: ipr@moh.gov.my

PAUTAN AGENSI
STATISTIK PENGUNJUNG
003028
Today: 33
This Week: 33
This Month: 830

Hakcipta Terpelihara 2025 © Institut Perubatan Respiratori 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1336x768 dan ke atas.