PROFIL KORPORAT
MENGENAI KAMI
Institut Perubatan Respiratori (IPR) merupakan pusat kecemerlangan kebangsaan khusus yang berdedikasi untuk pengurusan komprehensif penyakit respiratori.
Kami menyediakan spektrum perkhidmatan penjagaan pesakit yang menyeluruh melalui perkhidmatan pesakit dalam, pesakit luar, dan rawatan harian. Perkhidmatan ini disokong oleh 110 buah katil serta pasukan pelbagai disiplin yang berdedikasi seramai lebih 300 kakitangan.
Diterajui oleh pasukan kepimpinan yang komited terhadap kualiti klinikal, misi kami adalah untuk menyampaikan standard penjagaan tertinggi berteraskan bukti, memacu inovasi dalam perubatan respiratori, dan memastikan persekitaran yang selamat serta terapeutik bagi setiap pesakit yang kami berikan perkhidmatan.



OBJEKTIF ORGANISASI
- Diiktiraf diperingkat kebangsaan dan antarabangsa kerana kualiti perkhidmatan perawatan respiratori yang unggul.
- Diiktiraf sebagai tempat latihan sangkutan yang menyediakan kakitangan yang dapat berperanan dalam bidang perawatan respiratori masa kini dan masa akan datang.
- Diiktiraf kerana mempunyai tahap keselamatan rawatan yang tinggi, dengan mengintegrasikan amalan terbaik secara konsisten dan mengamalkan kemahiran serta pengetahuan terkini dalam perkhidmatan perubatan respiratori yang diberi.
- Membangunkan model program promosi kesihatan dan pengurusan kendiri bagi mempertingkatkan taraf Kesihatan keseluruhan Masyarakat.
- Meneraju dalam pendidikan berterusan kepada anggota kesihatan dalam memperkasakan kompetensi.
- Menyumbang ke arah memahami dengan lebih mendalam masalah rawatan dan cara mempromosi penyakit.
PIAGAM PELANGGAN
Institut Perubatan Respiratori adalah komited di dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap, selamat dan berkesan melalui Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan bagi setiap unit.
Penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke masa selaras dengan Visi, Misi dan Objektif IPR.
DASAR KUALITI
“Kami, di Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur adalah komited:
- Memberi perkhidmatan rawatan kepakaran respiratori;
- Melatih modal insan berkepakaran tinggi dalam bidang ini bagi memenuhi permintaan pelanggan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
- Melaksanakan SPK, IPR berlandaskan kepada MS ISO 9001:2015 demi mendapat pengiktirafan antarabangsa dan kajian akan dilakukan untuk menjamin kesesuaiannya dan penambahbaikan berterusan.”