KLINIK PAKAR RESPIRATORI
Klinik Pakar Respiratori (KPR) bertangungjawab sebagai pusat rujukan kebangsaan bagi pesakit respiratori. Menyediakan perkhidmatan respiratori yang efektif, tepat dan cekap supaya rawatan yang diberi mengikut standard yang ditetapkan dan berkualiti. KPR menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit luar dalam bidang penyakit respiratori bagi individu berumur 12 tahun ke atas.
VISI
Klinik Pakar Respiratori akan menjadi klinik rujukan penyakit respiratori kebangsaan yang terunggul dan berupaya memenuhi keperluan semua pihak pelanggan dengan sebaiknya.
MISI
Klinik Pakar Respiratori menjadi klinik rujukan yang menyediakan perkhidmatan respiratori yang holistik dan berkualiti melalui kerja berpasukan dan profesionalisme, dengan pelaksanaan perkhidmatan berasaskan SOP yang diluluskan, dokumentasi klinikal yang lengkap, pengurusan pesakit secara bersepadu, serta pematuhan terhadap standard keselamatan dan kawalan infeksi.
KLINIK PAKAR RESPIRATORI (KPR) komited untuk memberikan perkhidmatan pesakit luar yang cekap, mesra, berkualiti dan selamat dalam pengurusan penyakit respiratori. Kami memastikan setiap pesakit menerima perkhidmatan konsultasi, rawatan, penyaringan serta pendidikan kesihatan yang berkesan mengikut standard profesional yang ditetapkan.
Kami juga menjamin keselamatan pesakit, kerahsiaan maklumat, dan komunikasi yang jelas serta berkesan, selaras dengan visi dan misi Institut Perubatan Respiratori (IPR).
Klinik Pakar Respiratori terletak di Aras Bawah, Bangunan Utama, Blok Kenanga.
Ketua Unit : Dr Nabilah Binti Sulaiman
Penyelaras : MA Mohd Suhaimi Bin Muhaidar