PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN

Image
Image

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN / BEDAH SIASAT (KKM/LP/1/2008)

A. PESAKIT (sendiri)
1. Salinan kad pengenalan / passport pesakit
2. Salinan kad temujanji klinik pakar / discharge note / bil hospital
3. Borang berkaitan (Insuran / KWSP / PERKESO / MySalam / Lain-lain)
4. Salinan resit bayaran Laporan Perubatan – Bayaran hendaklah dibuat di Unit Hasil, IPR


B. IBU BAPA / PENJAGA (pesakit berumur 18 tahun ke bawah)
1. Salinan kad pengenalan / passport pesakit
2. Salinan Sijil Lahir Pesakit
3. Salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga yang sah
4. Salinan kad temujanji klinik pakar / discharge note / bil hospital
5. Borang berkaitan (Insuran / KWSP / PERKESO / MySalam / Lain-lain)
6. Salinan resit bayaran Laporan Perubatan – Bayaran hendaklah dibuat di Unit Hasil, IPR


C. WAKIL PESAKIT / WARIS TERDEKAT BAGI KES MATI ( suami isteri, anak, ibu, bapa, adik beradik kandung )
1. Surat keizinan ASAL dari pesakit / waris bagi permohonan Laporan Simati. Surat keizinan
perlu menyatakan nama agen atau wakil.
2. Salinan kad pengenalan / passport pesakit
3. Salinan kad pengenalan / passport pemohon
4. Salinan kad temujanji klinik pakar / discharge note / bil hospital
5. Borang berkaitan (Insuran / KWSP / PERKESO / MySalam / Lain-lain)
6. Salinan sijil lahir atau kad pengenalan ibu / bapa / penjaga / adik beradik kandung yang sah
(bukti pertalian waris)
7. Salinan sijil nikah (bukti pertalian suami isteri)
8. Perintah Mahkamah (jika tiada surat keizinan pesakit)
9. Salinan permit kubur / Sijil Kematian bagi permohonan Laporan Simati / Bedah Siasat
10. Salinan keizinan asal dari kedutaan pesakit / simati (bagi pesakit Warga Asing)
11. Salinan resit bayaran Laporan Perubatan – Bayaran hendaklah dibuat di Unit Hasil, IPR

NOTA :

i) Borang KWSP, Insurans, PERKESO, MySalam dan lain-lain TIDAK disediakan. Sila dapatkan borang berkenaan di Jabatan/Agensi berkenaan. Jika tiada sebarang borang dilampirkan, Laporan Perubatan akan disediakan mengikut format Kementerian Kesihatan Malaysia.
ii) Wakil yang hadir untuk mengambil laporan bagi pihak pemohon perlu mempunyai Surat Turun Kuasa

Klik di sini untuk muat turun borang.

Apakah maksud laporan perubatan?

Laporan perubatan ialah dokumen rasmi yang disediakan oleh pegawai perubatan yang merawat pesakit bagi tujuan perundangan, insurans, faedah sosial, atau permintaan rasmi lain.

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI

Jalan Pahang,

50590, Kuala Lumpur.

Tel: +603 4023 2966

E-mel: ipr@moh.gov.my

PAUTAN AGENSI
STATISTIK PENGUNJUNG
002161
Today: 30
This Week: 91
This Month: 655

Hakcipta Terpelihara 2025 © Institut Perubatan Respiratori 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan paparan resolusi 1336x768 dan ke atas.