call my faq my feedback my sitemap my

Unit Pengurusan Kualiti

Pengenalan

Unit ini diwujudkan pada tahun 1995 dengan tujuan untuk berfungsi sebagai penggerak bagi implementasi program kualiti di Hospital Kuala Lumpur. Unit Pengurusan Kualiti adalah salah satu unit sokongan klinikal. Unit ini memegang tanggungjawab sebagai urusetia untuk semua program kualiti diperingkat hospital.  Dengan kerjasama serta sokongan daripada semua jabatan, unit ini melaksanakan pelbagai program peningkatan kualiti di Hospital Kuala Lumpur seperti Quality Assurance/Quality Initiatives Program termasuklah Hospital Specific Approach (HSA) dan National Indicator Approach (NIA) sejak tahun 1985. Unit ini juga berjaya meneruskan kelangsungan penganjuran Bengkel QA/QI dan Konvensyen QA/QI pada setiap tahun sejak 1989.

Visi

Bersama-sama mengembleng usaha bagi mencapai visi Hospital Kuala Lumpur

untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan selamat.

Misi

  1. Merangka dan merancang serta menyelaras aktiviti-aktiviti kualiti diperingkat Jabatan dan Hospital bagi meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan dan keselamatan pesakit.
  2. Memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti kualiti dan keselamatan pesakit.
  3. Memantau tindakan penambaikan berterusan untuk memastikan kelestarian pensijilan Hospital Kuala Lumpur.

Objektif 

  1. Memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti termasuk menyelaras latihan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
  2. Mengurus data pada peringkat hospital dan negeri dengan efisien dan menghantar laporan mengikut masa yang ditetapkan.

Carta Organisasi

Carta Kualiti

Perkhidmatan

  1. Unit Pengurusan Kualiti bertanggungjawab sebagai urusetia bagi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
  2. Portfolio di bawah Unit Pengurusan Kualiti :

2.1) Pemantauan Hospital Performance Indicator for Accountabilty (HPIA) dan Clinical Service Quality Indicators (CliSQI) serta sistem myKPI (untuk Pegawai JUSA)

2.2) Jawantankuasa Program MS ISO

    1. Penyediaan, penyelarasan dan pemantauan semua dokumen kualiti
    2. Aktiviti Audit Kualiti Dalaman dan Latihan
    3. Surveilance Audit dan Recertification Audit

2.3) Jawatankuasa Akreditasi

2.4) Pengurusan Risiko

2.5) Keselamatan Pesakit

    1. Malaysia Patient Safety Goals (MPSG)
    2. Jawatankuasa Incident Report

2.6) Jawatankuasa Pain Free

2.7) Projek-projek peningkatan kualiti seperti QA/QI, Lean Healthcare, Audit Klinikal dan Inovasi

2.8) Morbidity and Mortality Review

    1. Perioperative Mortality Review (POMR)
    2. Hospital Morbidity and Mortality

2.9) Pengawal Dokumen Hospital

2.10) Jawatankuasa Kepuasan Pelanggan (PSQ-18)

Piagam Pelanggan

  • Memberi layanan yang mesra, professional dan efisien
  • Menjalankan pemantauan aktiviti kualiti secara efektif, sistematik dan berkesan


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Thursday 24 April 2025.