call my faq my feedback my sitemap my

Pengurusan Pegawai Perubatan

Pengenalan

Unit Pengurusan Pegawai Perubatan, yang sebelumnya dikenali sebagai Unit Pascasiswazah, telah ditubuhkan pada 25 April 2003 untuk memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelatihan Pegawai Perubatan Siswazah di Hospital Kuala Lumpur. Unit ini telah mengalami penambahan skop perkhidmatan seiring dengan perkembangan keperluan dan tugas-tugasnya. Unit Pengurusan Pegawai Perubatan memberikan perkhidmatan yang utama kepada Pegawai Perubatan Siswazah dan juga kepada Pegawai Perubatan Bukan Pakar.     

Visi & Misi

"Menyelaras latihan siswazah yang efektif dan berkualiti tinggi."

Objektif

Pewujudan Unit Pengurusan Pegawai Perubatan adalah berlandaskan beberapa teras utama iaitu :
  1. Menyelaras dan mengkoordinasi program latihan Pegawai Perubatan Siswazah bermula dari urusan lapor diri pegawai sehingga tamat latihan siswazah.
  2. Mengurus keperluan dan kemaslahatan Pegawai Perubatan Siswazah sepanjang menjalani latihan siswazah.
  3. Menyelaras Penempatan Sementara Pegawai Perubatan Junior dan penempatan Pegawai Perubatan Bukan Pakar.
  4. Mengurus Permohonan Perakuan Pendaftaran Penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia Pegawai Perubatan Siswazah yang menjalani latihan siswazah di Hospital Kuala Lumpur

Carta Organisasi

Carta UPP

Perkhidmatan

1) Menyelaras Program Latihan Siswazah Pegawai Perubatan Siswazah (PPS)
1.1 Mengurus Program Orientasi PPS Lantikan Baru
1.2 Menyelaras Penempatan PPS
1.2.1 Penempatan Wajib
1.2.2 Penempatan elektif
1.3 Mengurus Isu Latihan PPS
1.3.1 Pelanjutan Latihan atas Isu Kegagalan Penilaian Off-tag
1.3.2 Pelanjutan Latihan atas Isu Kompetensi/Sikap
1.3.3 Penilaian Terakhir di HKL
1.3.4 Penilaian Terakhir di Hospital Lain
1.3.5 Perakuan Penamatan Kontrak
1.3.6 Perletakan Jawatan
1.4 Mengendali Mesyuarat PPS
1.4.1 Mengendali Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Penyelaras PPS
1.4.2 Mengendali Mesyuarat Khas Blood Transfusion Error
1.5 Merancang Continous Medical Education (CME) PPS
1.5.1 Peringkat Unit
1.5.2 Peringkat Hospital
1.6 Mengemaskini Output Latihan PPS
2) Mengurus Rujukan PPS ke Panel Kajian Semula Perubatan
3) Mengurus Perakuan Pendaftaran Penuh PPS Dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
3.1 Permohonan Pendaftaran Sistem MeRITS
3.2 Permohonan Perakuan Pendaftaran Penuh
4) Mengurus Isu Kemaslahatan dan Kebajikan PPS
4.1 Sesi Bersemuka Secara Individu/Berkumpulan
5) Mengurus Penetapan Lantikan Pegawai Perubatan Junior (PPJr)
5.1 Borang UD2A dan CCHT PPJr
6) Menyelaras Penempatan Sementara PPJr
7) Menyelaras Penempatan Pegawai Perubatan Bukan Pakar (PPBP)
7.1 Penempatan Semula PPBP Lantikan Kontrak
7.2 Penempatan PPBP Bertukar Masuk
8) Mengurus Pertukaran Dalaman Dan Keluar HKL PPBP
8.1 Permohonan Pertukaran Dalaman PPBP
8.2 Permohonan Pertukaran Dalaman PPBP di Jabatan Perubatan Am
8.3 Permohonan Pertukaran Keluar HKL PPBP
9) Mengurus Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) PPS dan PPJr
9.1 Pengisian Maklumat SKT dan Pemarkahan LNPT
10) Mengurus Pangkalan Data PPS, PPJr dan PPBP
10.1 Pangkalan Data PPS UPPP
10.2 Pangkalan Data Masterlist Kohort PPS UPPP
10.3 Pangkalan Data Penempatan Elektif PPS UPPP
10.4 Pangkalan Data SKT & LNPT PPS & PPJr UPPP
10.5 Pangkalan Data Helping Hand UPPP
10.6  Pangkalan Data PPJr UPPP
10.7 Pangkalan Data PPBP UPPP
10.8 Pangkalan Data PPBP HKL, IPR dan HTA

 

Piagam Pelanggan

1. Memberikan Perkhidmatan Profesional dan Mesra: Unit ini bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada Pegawai Perubatan Siswazah dengan cara yang profesional, tepat, dan mesra kepada pelanggan. Ini termasuk membantu mereka dalam hal-hal berkaitan dengan latihan dan penyediaan sokongan yang diperlukan.

2. Menjaga Kerahsiaan Maklumat: Unit ini mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan semua maklumat peribadi dan maklumat sulit para pelanggan, termasuk maklumat yang berkaitan dengan latihan dan perkembangan peribadi mereka.

3. Mengurus Proses Lapor Diri dan Orientasi: Salah satu tugas penting Unit Pengurusan Pegawai Perubatan adalah mengurus proses lapor diri dan orientasi Pegawai Perubatan Siswazah yang baharu dilantik. Ini penting untuk memastikan bahawa mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja sebenar dan memahami tanggungjawab serta prosedur yang perlu diikuti.

4. Mengamalkan Polisi Pintu Terbuka: Pegawai Perubatan Siswazah atau mana-mana Pegawai Perubatan boleh datang ke Unit kami pada bila-bila masa untuk apa-apa masalah tanpa sebarang temu janji. 

Kesemua tindakan dan komitmen ini bertujuan untuk memastikan bahawa Pegawai Perubatan Siswazah mendapat latihan yang berkualiti, sokongan yang diperlukan, dan pengurusan yang cemerlang sepanjang perjalanan mereka dalam bidang perubatan.

 

Informasi Berkaitan

Unit Pengurusan Pegawai Perubatan berada di:

Tingkat 7, Kompleks Pakar dan Rawatan Harian, Hospital Kuala Lumpur.

Masa operasi: 8pagi – 5 petang (Isnin-Jumaat)

HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 17 January 2025.