Pengenalan
Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1987 bermula dengan penempatan Pegawai Pendidikan Kesihatan dan berfungsi sebagai salah satu direktorat sokongan bagi perkhidmatan klinikal di Hospital Kuala Lumpur.
Unit Pendidikan Kesihatan, dengan kerjasama jabatan/cawangan/unit lain berusaha mencapai matlamat penubuhannya iaitu mendidik, meningkatkan pengetahuan, menyedarkan dan seterusnya mengekalkan status kesihatan pesakit-pesakit melalui pengurusan penyakit mereka secara berkesan dengan mengadakan pelbagai aktiviti berteraskan promosi dan pendidikan kesihatan.
Visi
Menjadi sebuah pusat sumber pendidikan dan promosi kesihatan yang cemerlang dalam usaha menyediakan masyarakat yang mampu mendaulatkan gaya hidup yang sihat, cergas dan selamat.
Misi
Memberikan perkhidmatan sokongan bukan klinikal yang berkualiti dan cekap kepada semua pelanggan dalam usaha membangunkan individu dan masyarakat melalui aktiviti dan produk pendidikan dan promosi kesihatan yang baik.
Objektif
Memperkasakan kesedaran, pengetahuan, amalan pencegahan dan penjagaan kesihatan serta pengesanan penyakit kepada warga kerja HKL yang optimum.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Penyediaan Bahan Pendidikan Kesihatan dan Grafik
Unit Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab untuk menyediakan poster, bunting, banner dan risalah kepada jabatan-jabatan yang memerlukan perkhidmatan grafik.
Selain itu, perkhidmatan untuk mencetak, laminating dan binding turut disediakan.
Penyediaan Peralatan Pameran
Unit Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab untuk menyediakan peralatan pameran seperti papan panel kepada jabatan-jabatan yang memerlukan.
Perkhidmatan Fotografi
Unit Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan fotografi untuk mengambil gambar klinikal, bukan klinikal dan majlis-majlis rasmi yang diadakan di HKL atau luar HKL mengikut permintaan.
Pelaksanaan Kelas Warga Sihat
Memberikan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan tentang aspek kesihatan di kalangan kakitangan HKL.
Kelas ini dilaksanakan dua (2) kali sebulan, setiap hari Khamis, jam 2.30 petang hingga 4.30 petang secara dalam talian. Penceramah dari jabatan yang berkaitan dengan tajuk akan dijemput untuk memberikan ceramah.
Perkhidmatan Audio Visual
Unit Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan audio visual kepada jabatan-jabatan yang memerlukan perkhidmatan ini. Antara perkhidmatan audio visual ialah menyelia, memasang dan mengoperasi peralatan audio visual seperti skrin layar, sistem bunyi, mikrofon dan lain-lain.
Promosi Klinik Berhenti Merokok
Klinik Berhenti Merokok ini merupakan kerjasama antara Unit Pendidikan Kesihatan bersama Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) dan Jabatan Farmasi.
Unit ini bertanggungjawab untuk memberikan khidmat nasihat dan kaunseling juga rawatan secara terapi modifikasi tingkahlaku dan terapi gantian nikotin (NRT) kepada kakitangan.
Unit ini juga bertanggungjawab untuk mempromosikan KBM kepada semua kakitangan HKL.
Klinik ini dilaksanakan di Klinik Premier, Wisma Rekod, Hospital Kuala Lumpur setiap hari Rabu jam 2.00 petang.
Promosi BookDoc
Unit Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab untuk membantu jabatan-jabatan lain memuat turun aplikasi BookDoc dan memberi penerangan penggunaan aplikasi ini.
Piagam Pelanggan
- Setiap jabatan klinikal dan kesihatan bersekutu akan diberikan bantuan dalam merancang dan melaksanakan program-program pendidikan kesihatan sebagai sokongan kepada program perawatan pesakit di Hospital Kuala Lumpur.
- Setiap pesakit dan ahli keluarga mereka akan berpeluang menikmati dan memperolehi segala maklumat dan tunjuk ajar terhadap pencegahan penyakit, pengesanah awal penyakit dan penjagaan penyakit.