- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Klinik
- Piagam Pelanggan
- Informasi Berkaitan
Pengenalan
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di Hospital Kuala Lumpur bermula pada tahun 1972 di NeuroPsychiatric Institute. Pada tahun 1978 Unit Fizikal dibuka di Institut Ortopedik.
Pemulihan Carakerja adalah profesion penjagaan kesihatan berdasarkan falsafah bahawa aktiviti yang bertujuan secara saintifik dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam semua aspek kehidupan seharian.
Pegawai Pemulihan/Jurupulih Carakerja bekerja dengan semua peringkat umur dalam pelbagai bidang fizikal, sosial, dan kognitif Tempat kerja boleh merangkumi hospital, klinik, pusat harian dan pemulihan, program perawatan di rumah, sekolah khas, industri dan perusahaan swasta. Pegawai Pemulihan/Jurupulih Carakerja boleh bekerja dalam agensi swasta dan sebagai pendidik dan perunding.
Visi
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja hendaklah diamalkan oleh profesional yang berkaliber dan berintegriti yang kompeten, bertanggungjawab, berkesan dan peka terhadap keperluan pelanggan melalui sistem kesihatan yang berkualiti dengan teknologi terkini, latihan, penyelidikan dan perkembangan profesional yang berterusan.
Misi
Jabatan ini akan menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti secara berterusan kepada pelanggan yang dirujuk di Hospital Kuala Lumpur. Pelanggan akan dirawat dalam persekitaran yang kondusif dengan menggunakan teknik terbaik dan teknologi yang tersedia. Harga diri pelanggan harus dijaga dan dirahsiakan oleh kakitangan yang professional, penyayang dan bekerja berpasukan. Kakitangan perlu mengikuti pendidikan perubatan dan perkembangan professional yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan kompentensi disamping meningkatkan pengalaman mereka.
i) Untuk menilai dan mengenal pasti kemampuan dan masalah individu yang berkaitan dengan aktiviti dalam kehidupan dan persekitaran harian seseorang.
ii) Merancang objektif rawatan jangka pendek dan jangka panjang. Objektif rawatan harus relevan dengan tahap perkembangan, kelakuan, peranan, gaya hidup dan persekitaran seseorang.
iii) Untuk memberikan intervensi yang berunsur teraputik.
iv) Untuk memudahkan pelaksanaan tugas seharian dan perubahan yang bersesuaian dengan keadaan seseorang individu bekerja, melaksanakan aktiviti kehidupan dan bersosial. Ini termasuk mengajar teknik modifikasi dan menyediakan peralatan bantuan yang meningkatkan keberdikarian individu dalam penjagaan diri, mengatasi halangan persekitaran dan mengurangkan tekanan dalam kehidupan.
v) Untuk menggalakkan kerjasama dan koordinasi dengan ahli profesional, keluarga, penjaga dan sukarelawan untuk merealisasikan pendekatan holistik.
Perkhidmatan
Jabatan Pemulihan Carakerja memberi perkhidmatan untuk kepakaran seperti berikut di hospital: ortopedik, spinal, pemulihan perubatan, neurologi, pembedahan neuro, perubatan, reumatologi, pediatrik, psikiatri, dermatologi, urologi, radioterapi, pembedahan plastik, pemulihan jantung, pemulihan visual dan pengurusan kesakitan. Perkhidmatan umum yang diberikan oleh pegawai perubatan carakerja termasuk aktiviti latihan semula kehidupan harian, splinting, terapi tekanan, modifikasi tingkah laku dan latihan sensori-motor.
Perkhidmatan Diberikan Termasuk:
UNIT FIZIKAL
- Pengurusan Kesakitan
- Kembali Ke Pekerjaan
- Rehabilitasi
- Surgikal
- Onkologi & Radioterapi
- Kebakaran & Pembedahan Plastik Rekonstruktif
- Dermatologi
- Nefrologi & Urologi
- Pre-driving
- Visual Rehabilitasi
- Implan Koklear
ORTOPEDIK
- Ortopedik Umum
- Tangan & Pembedahan Mikro
- Amputasi
- Orthopedik Pediatrik
- Ortopedik Onkologi
- Kembali Ke Pekerjaan
PSIKIATRI
- Kembali Ke Pekerjaan
- Neuropsikiatri
- Psikiatri Adolescent
- Neurosis
- Komuniti Psikiatri
- Psikosis
NEUROMEDIKAL
- Pembedahan Neuro
- Neurologi
- Geriatrik
- Respiratori
- Perubatan Am
- Rehabilitasi Kardiak
Jadual Klinik
HARI | WAKTU BEROPERASI | WAKTU REHAT |
ISNIN - KHAMIS | 7.30 PAGI -5.00 PETANG | 1.00 PETANG – 2.00 PETANG |
JUMAAT | 7.30 PAGI – 12.15 TENGAH HARI | 12.15 TENGAH HARI – 2.45 PETANG |
Piagam Pelanggan
Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional:
1. Tanpa mengira umur, bangsa, agama, keturunan dan taraf sosioekonomi
2. Dengan telus, mesra, bertimbangrasa dan bersopan santun.
3. Dalam persekitaran yang sihat dan harmoni serta diberi peluang untuk membuat keputusan tentang pengurusan rawatan.
4. Dengan diperjelaskan perihal dan status penyakit, pelan rawatan dan risiko serta rawatan alternatif
5. Dengan memastikan hal-hal peribadi/sulit pesakit dipelihara dan dirahsiakan
6. Serta diberi peluang untuk mengemukakan maklumbalas tentang perkhidmatan yang disediakan.
Untuk melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk:
A) Mematuhi peraturan hospital
B) Menggunakan segala kemudahan dengan bertanggungjawab
C) Mematuhi kepada pelan rawatan yang diberi