Pengenalan
Bahagian Penyeliaan Hospital (BPH) merupakan salah satu komponen dibawah Pengurusan Hospital. Bahagian ini berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap, berkualiti dan cemerlang dalam perkhidmatan rawatan, keselamatan dan keselesaan pesakit oleh warga kerja terlatih, kompeten, komited dan profesional yang mengutamakan pelanggan oleh anggota dibawah jagaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).
Latar Belakang
Bahagian Penyeliaan Hospital (BPH) merupakan sebuah organisasi yang merangkumi perkhidmatan porter dan pengurusan. BPH berfungsi untuk menyelaras, mengurus dan mengawalselia mutu perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Kuala Lumpur.
Visi
Menjana pasukan sokongan perubatan yang kompeten dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.
Misi
Menyediakan Perkhidmatan Penyeliaan Klinikal yang kompeten dan berdedikasi kepada Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) agar setiap aktiviti perkhidmatan yang diberikan adalah secara profesional, berdedikasi, komited, berhemah tinggi dan efektif yang memenuhi keperluan pelanggan seterusnya menyumbang terhadap peningkatan taraf kesihatan kesihatan rakyat di Malaysia.
Objektif dan Fungsi Jabatan
- Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.
- Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di suatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
- Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek atau panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota dibawah seliaan.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
BPH akan menyediakan perkhidmatan berkualiti melalui :-
- Membantu dalam pemberian perkhidmatan kesihatan melalui warga kerja terlatih, kompeten, efisyen dan profesional
- Meningkatkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan selesa
- Menyediakan perkhidmatan porteryang teratur dan cekap dari warga kerja yang terlatih dan prihatin
Piagam Pelanggan
- Menjalankan Program Orientasi kepada anggota (PPP dan PPK) lantikan baharu dan pindah masuk dalam tempoh 1 minggu sebelum penempatan anggota.
- Anggota ditempatkan di Jabatan/Unit/Wad mengikut latihan kinikal yang ada dan mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan.
- Menyelaras Latihan Peningkatan Pembantu Perawatan Kesihatan (LPPPK) Tahap 1 dan 2.
- Menyelaras permohonan pembaharuan tahunan Sijil Perakuan Pendaftaran dalam kalangan Penolong Pegawai Perubatan.