- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Klinik
- Piagam Pelanggan
- Maklumat Berkaitan
Pengenalan
Perkhidmatan neurologi telah dimulakan sejak tahun 1963 lagi, dengan ketibaan Dr Roy Clifton Selby di HKL dibawah program CARE/MEDICO Amerika Syarikat, tetapi perkembangannya agak perlahan disebabkan kekurangan Pakar Neurologi1. Pada tahun 1971, perkhidmatan neurologi mula mengorak langkah dengan ketibaan Dr Hans Isler dari Switzerland dan diikuti oleh Pakar Neurologi tempatan iaitu Dr. C Balaratnam pada tahun yang sama2.
Dengan pembukaan Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman pada 1973, perkhidmatan neurologi terus berkembang dibawah kepimpinan Dato’ Dr. C Balaratnam (1971 – 1982), Dr. Sabri bin Rejab (1982 – 1983), Dato’ Dr Mohd Rani bin Jusoh (1983 – 2001), Datuk Dr Raihanah bt Abdul Khalid (2001 – 2005), Dato’ Dr Mohd Hanip bin Rafia (2005 – 2017) ,Dr Santhi Datuk Puvanarajah (2017- 2021) dan Dr Shanthi Viswanathan ( 2021- sekarang).
Visi
Jabatan ini akan menjadi pusat kepakaran terunggul di negara ini dalam penjagaan dan perawatan penyakit neurologi melalui pasukan yang berdedikasi dan bertanggungjawab serta mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang terkini dalam kerja-kerja diagnosa dan rawatan pesakit.
Misi
Jabatan ini akan dianggotai oleh kakitangan yang mempunyai tumpuan atas visi kesihatan, visi hospital dan visi jabatan.
- Dedikasi terhadap penjagaan pesakit, kerja berpasukan demi kejayaan organisasi.
- Mempunyai pengetahuan dan mengamalkan evidence base medicine dalam perawatan penyakit-penyakit neurologi. Mempunyai kemahiran di dalam menggunakan alat-alat teknologi terkini untuk diagnosa yang berkaitan dalam bidang neurologi.
- Perihatin terhadap pesakit,keluarga dan orang awam.
- Melibatkan diri dalam program-program pendidikan perubatan yang berterusan untuk mempraktikkan tahap kemahiran yang bermutu.
- Melibatkan diri dalam penyelidikan yang berorientasikan klinikal dan Quality Assurance
Objektif
- Menyediakan perkhidmatan berkualiti, effisen, kos effektif dan dengan menggunakan kaedah rawatan yang terkini yang diberikan oleh pasukan kakitangan neurologi yang terlatih, prihatin dan komited.
- Melibatkan kerjasama di antara individu dan masyarakat dalam mempromosikan kesihatan neurologi.
- Mewujudkan dan melaksanakan aktiviti latihan dan penyelidikan secara berterusan
Carta Organisasi
Perkhidmatan
1. Pesakit Dalam
Wad Neurologi 5b (n5b)
- Mempunyai 28 buah katil bersama 2 bilik ujian Video Telemetry untuk ujikaji dan pemantauan penyakit epilepsy dan unit TPE
- Menawarkan perkhidmatan perawatan neurologi yang menyeluruh
- Unit TPE menyediakan perawatan TPE untuk penyakit neuroimmunologi sentral dan periferal.
Wad Neurologi 5a (n5a)
- Beroperasi pada 25 November 2020
- Mempunyai 25 katil
- Wad Strok Akut / Unit Strok Akut mempunyai 4 katil untuk rawatan strok akut komprehensif
2. Pesakit Luar
Klinik Neurologi
- Klinik Am Neurologi pada hari Selasa dan Khamis
- Klinik Am Neurologi Tambahan pada hari Isnin (pagi) dan Jumaat (petang)
- Klinik-klinik khusus Neurologi
- Epilepsi (Isnin petang)
- Penyakit Advanced Parkinson’s (Rabu petang)
- Klinik Pembedahan epilepsi (Rabu petang)
- Klinik 1st Onset seizure (Rabu petang, Minggu Pertama setiap bulan)
- Klinik Multiple sclerosis (Isnin pagi,)
- Perawatan Botox (Rabu pagi, 2 minggu sekali)
- Klinik Research (Rabu pagi)
- Klinik Headache (Isnin pagi,Minggu pertama setiap bulan)
- Klinik Advanced Central Autoimmune Neuroinflammatory diseases (Jumaat pagi)
- Klinik Rawatan Harian
Unit Neurofisiologi
- Menyediakan ujikaji Neurodiagnostik
- Electroencephalography (EEG)
- Nerve Condution study (NCS) & Electromypgraphy (EMG)
- Visual Evoked Potential (VEP)
- Brainstem Evoked Potential (BAEP)
- Somatosensory Evoked Potential (SSEP)
- Videotelemetry Recording for Epilepsy Surgery & Diagnostic VTR
- Polysomnography (PSG) & Multiple Sleep Latency Test (MSLT)
- Transcranial Doppler USG dan Bubble Test
- Autonomic Nervous system testing
Jadual Klinik
HARI | PAGI | 1.00 -2.00 pm | PETANG |
| KLINIK MULTIPLE SCLEROSIS KLINIK HEADACHE KLINIK AM NEUROLOGI TAMBAHAN KLINIK RAWATAN HARIAN |
|
UJIAN NEURODIAGNOSTIK |
|
UJIAN NEURODIAGNOSTIK KLINIK RAWATAN HARIAN |
|
|
|
UJIAN NEURODIAGNOSTIK KLINIK RAWATAN HARIAN KLINIK RESEARCH |
|
KLINIK PEMBEDAHAN EPILEPSI KLINIK FIRST SEIZURE UJIAN NEURODIAGNOSTIK |
|
UJIAN NEURODIAGNOSTIK KLINIK RAWATAN HARIAN |
|
|
| KLINIK AM NEUROLOGI KLINIK ADVANCED AUTOIMMUNE NEUROINFLAMMATORY DISEASES UJIAN NEURODIAGNOSTIK KLINIK RAWATAN HARIAN |
| KLINIK AM NEUROLOGI TAMBAHAN UJIAN NEURODIAGNOSTIK |
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang berkualiti oleh setiap kakitangan dari jabatan ini
- Setiap pelanggan akan diberi layanan yang baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai penyakitnya, rawatan dan siasatan yang akan dijalankan
- Setiap pelanggan akan diberi rawatan yang komprehensif dengan kerjasama dari jabatan lain