call my faq my feedback my sitemap my

Teknologi Maklumat

Pengenalan

Cawangan Teknologi Maklumat (CTM) HKL telah memulakan operasi semenjak 1991 dengan dikenali sebagai Unit Perkhidmatan Komputer (UPK). Penjemaan semula kepada CTM bermula 2001 ini selaras dengan perkembangan penggunaan ICT di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pengukuhan peranan dan fungsi ICT bagi memudahcara penyampaian perkhidmatan sektor awam, dan percambahan ICT secara amnya di peringkat global.

CTM adalah salah satu cawangan di bawah Bahagian Pengurusan HKL yang diterajui oleh Pengarah HKL dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) HKL .

CTM berperanan :

  • Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau pembangunan dan pelaksanaan sistem berkomputer sama ada bagi fungsi kesihatan mahupun pengurusan
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau infrastruktur ICT
  • Memberi khidmat rundingan ICT kepada kakitangan HKL

     

Visi

HKL sebagai hospital yang menyediakan perkhidmatan digital yang bersepadu, berkualiti dan mampan.

Misi

Memantapkan penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui ekosistem digital yang kondusif.

Objektif

Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau infrastruktur dan perkhidmatan ICT bagi mempertingkatkan produktiviti kerja dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan Kerajaan.

Carta Organisasi

Lampiran A

Perkhidmatan

  1. Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras pelaksanaan inisiatif dan sistem aplikasi ICT KKM;
  2. Merancang, mengurus, melaksana dan menyelenggara perkhidmatan infrastruktur ICT meliputi keselamatan, rangkaian, server dan bilik server;
  3. Merancang, mengurus, melaksana dan menyelenggara perkhidmatan sokongan teknikal meliputi peralatan dan perisian ICT serta e-mel rasmi; dan
  4. Merancang, mengurus, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi dalaman, laman web dan portal.

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan 85% permohonan e-mel rasmi Kerajaan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima
  2. Memastikan ketersediaan perkhidmatan infrastruktur ICT dan sistem aplikasi beroperasi melebihi 97%.
  3. Memastikan permohonan pengemaskinian laman web berdasarkan pengesahan kandungan daripada Unit Komunikasi Korporat.
  4. Memastikan semua peralatan/perkhidmatan ICT yang diselenggara oleh kontraktor mengikut tempoh Service Level Agreement (SLA) yang ditetapkan.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 17 January 2025.