- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Klinik
- Piagam Pelanggan
- Informasi Berkaitan
Pengenalan
Perkhidmatan kaunseling mula dilaksanakan oleh Kaunselor pada 16 Oktober 1993 di Jabatan Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur untuk pesakit-pesakit psikiatri dan keluarga mereka. Kemudian, pada 14 Mei 2001 Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) telah ditubuhkan di bawah Pengurusan Hospital. Susulan itu, perkhidmatan kaunseling diperluaskan kepada semua jabatan dan kakitangan di HKL selaras dengan: (a) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1998: Garis Panduan Menguruskan Pegawai Berprestasi Rendah dan Pegawai Bermasalah dan (b) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/1999: Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling di Agensi Awam. Bermula pada 1 Januari 2024 Perkhidmatan Psikologi Kaunseling hanya ditawarkan kepada kakitangan HKL, HTA dan IPR.
Visi
UPsK menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan psikologi kaunseling yang memberikan perkhidmatan secara profesional dan mengutamakan pelanggan.
Misi
UPsK akan menyediakan perkhidmatan psikologi kaunseling ke arah kesejahteraan kesihatan mental dan emosi yang:
- Responsif dan prihatin kepada pelanggan;
- Dilaksanakan oleh pegawai psikologi yang terlatih dan profesional;
- Dilaksanakan melalui intervensi berdasarkan amalan berasaskan bukti (Evidence Based Practice).
Objektif
Menyediakan perkhidmatan psikologi kaunseling yang komprehensif, holistik dan efektif secara profesional mengikut piawaian amalan kaunseling.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Jenis perkhidmatan utama yang ditawarkan adalah:
- Intervensi Psikologi Kaunseling
- Program Pembangunan Personel
- Program Kesejahteraan Psikologi
- Ujian Psikologi
1. INTERVENSI PSIKOLOGI KAUNSELING
Aplikasi psikologi dalam intervensi adalah langkah-langkah yang dilakukan dalam mewujudkan perubahan positif kepada pegawai melalui Program Pengupayaan Kendiri yang terdiri daripada program berikut:
i) Perkhidmatan Kaunseling
Perkhidmatan ini adalah untuk membantu kakitangan mempertingkatkan potensi diri supaya dapat berdaya tindak dengan positif dalam menghadapi cabaran kehidupan.
a) Jenis perkhidmatan kaunseling adalah:
i) Kaunseling individu
ii) Kaunseling kelompok
iii) Kaunseling keluarga dan perkahwinan
b) Antara isu yang dikendalikan dalam intervensi kaunseling adalah seperti berikut:
i) Kesihatan Fizikal
ii) Kesihatan Mental
iii) Prestasi dan kerjaya
iv) Peribadi dan sikap
v) Keluarga dan perkahwinan
vi) Kewangan Peribadi
vii) Disiplin dan tingkahlaku
viii) Penyalahgunaan bahan/ ketagihan
ix) Gangguan seksual
ii) Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
Program ini melatih kakitangan untuk menjadi pembimbing rakan sekerja yang berkonsepkan rakan membantu rakan bagi meningkatkan potensi diri.
iii) Program Pementoran
Program ini merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional bagi memantapkan tahap kecekapan serta meningkatkan keyakinan diri dan pengetahuan kakitangan dalam melaksanakan tugas.
2. PROGRAM PEMBANGUNAN PERSONEL
Program pembangunan personel yang ditawarkan untuk kakitangan adalah:
i) Program Literasi Kewangan
ii) Program Kesedaran Gangguan Seksual
iii) Pengurusan Intervensi Bersepadu
iv) Program KOSPEN WOW
v) Program Wonderful and Outstanding Workers
(Jom jadi WOW)
vi) Program Pengukuhan Kendiri (Pengurusan stress, Kemahiran Komunikasi, Pengurusan kemarahan, Kemahiran Asas Menolong, Kenali Personaliti, Kerja berpasukan, Pengurusan emosi dan lain-lain.
3. PROGRAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI
Program ini merupakan aktiviti promosi dan intervensi pencegahan dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi dan memperkukuhkan gaya hidup sihat kakitangan.
4. UJIAN PSIKOLOGI
Jenis ujian psikologi yang disediakan:
i) Kesihatan Mental
ii) Personaliti
iii) Kerjaya
iv) Keluarga dan Keibubapaan
v) Perkahwinan
vi) Komunikasi dan perhubungan
Jadual Klinik
Perkhidmatan psikologi kaunseling beroperasi (kecuali hujung minggu dan hari kelepasan am) seperti berikut:
Isnin – Khamis | 7.30 pagi – 01.00 tengahari | 2.00 petang – 5.00 petang |
Jumaat | 7.30 pagi – 12.15 tengahari | 2.45 petang – 5.00 petang |
Waktu operasi klinik psikologi kaunseling adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang sahaja.
Piagam Pelanggan
- Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh 15 minit.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai perkhidmatan psikologi kaunseling.
- Berusaha menyediakan bilik kaunseling yang terapeutik dan kondusif.
- Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.
- Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi pelanggan yang memerlukan intervensi krisis.
- Berusaha melindungi maklumat klien berlandaskan Kod Etika Kaunselor.