call my faq my feedback my sitemap my

Pentadbiran

Pengenalan

Dahulunya Cawangan Tadbiran Am Hospital Kuala Lumpur terdiri dari 3 unit iaitu Unit Pentadbiran Am, Unit Kenderaan dan Unit Stor sahaja. Kini, Cawangan Pentadbiran yang terletak di Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran dan Kewangan Hospital Kuala Lumpur mempunyai 6 unit iaitu Unit Sekretariat, Unit Premis Demis, Unit Tadbiran, Unit Stor, Unit Kenderaan dan juga Unit Hal Ehwal Islam yang bertanggungjawab dalam menyedia dan memberikan kemudahan am kepada Jabatan-Jabatan klinikal dan bukan klinikal, anggota HKL, pesakit dan orang awam.

Latar Belakang

Hospital Kuala Lumpur ditubuhkan sejak tahun 1870 sebagai Hospital Daerah. Sebagai sebuah hospital yang semakin berkembang, Cawangan Tadbiran Am ditubuhkan bagi menguruskan pelbagai aktiviti Pengurusan yang melibatkan hal-hal pentadbiran hospital termasuk kemudahan anggotanya

     

Visi

Menuju ke arah pentadbiran HKL yang cemerlang.

Misi

Untuk menjadikan pengurusan pentadbiran HKL lebih cekap, berkesan dan berkualiti.

Objektif 

Bertanggungjawab untuk memberikan kemudahan am kepada jabatan, pesakit dan orang awam dari segi komunikasi, perumahan, penyelenggaraan mel, pengurusan fail jabatan, ruang niaga, percetakan, bekalan pejabat dan pakaian seragam.

Fungsi

  • Memberi perhubungan melalui alat telekomunikasi
  • Menguruskan kemudahan rumah jabatan
  • Menyediakan kemudahan pengangkutan (orang dan barangan) dan penyelenggaraan kenderaan
  • Menguruskan pembekalan pakaian seragam kepada anggota yang berkelayakan.
  • Mengendalikan urusan penerimaan dan penghantaran mel (surat-menyurat)
  • Menguruskan perjalanan dan aktiviti Lembaga Pelawat
  • Perkhidmatan Urusetia Mesyuarat Utama Jabatan
  • Perkhidmatan bekalan pejabat

Carta Organisasi

Carta Pentadbiran

Perkhidmatan

1. Pengurusan Mel

Menguruskan penghantaran keluar dan penerimaan masuk surat-surat biasa dan surat berdaftar samada melalui pengurusan pos atau secara serahan tangan ke destinasi yang ditetapkan dan pengagihan surat-surat yang diterima ke Jabatan-Jabatan.

2. Pengangkutan

Menyediakan dan menguruskan kemudahan pengangkutan terdiri daripada kereta rasmi Jabatan, ambulans, van, bas, lori, motor, dan kereta jenazah untuk pesakit, anggota Hospital Kuala Lumpur, pesakit dan orang awam.

3. Rumah Kerajaan Dan Asrama

Menyedia dan menguruskan kemudahan rumah kerajaan dan asrama untuk anggota HKL.

4. Ruang Niaga

Menguruskan kemudahan kafeteria, mesin vending, kedai-kedai runcit, pasar mini, kedai kesihatan, mesin perbankan (ATM), fasiliti Radicare, kiosk bergerak dan peralatan telekomunikasi

5. Stor

Menguruskan bekalan alat tulis, Buku Sijil Cuti Sakit, borang-borang/buku dan barang domestik untuk kegunaan klinikal dan bukan klinikal serta membekalkan pakaian seragam kepada anggota yang beruniform.

6. Percetakan

Menguruskan percetakan borang dan lain-lain dokumen untuk kegunaan Jabatan Klinikal dan Bukan Klinikal.

7. Pengurusan Fail Rasmi

Menguruskan pemfailan surat, merekod nombor fail, penyimpanan fail am Jabatan dan pemberian nombor fail bagi fail am yang baru dibuka.

8. Telekomunikasi

Menyediakan dan menguruskan perkhidmatan talian sambungan dan talian terus untuk telefon pejabat. Pengurusan bil dan tuntutan telefon bimbit untuk pegawai Hospital Kuala Lumpur yang berkelayakan.

9. Hal Ehwal Islam

Menyediakan perkhidmatan kaunseling, nasihat, khidmat runding cara, ceramah, kursus dan Training for Trainers berhubung kait dengan hal ehwal Islam kepada pesakit, waris pesakit dan anggota Hospital Kuala Lumpur serta pengurusan ibadah kepada pesakit.

10. Ahli Lembaga Pelawat Hospital

Pengurusan Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Psikiatri Hospital Kuala Lumpur seperti pengurusan mesyuarat, lawatan dan aktiviti mereka.

11. Urusetia Mesyuarat

Urusetia kepada mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan seperti Mesyuarat Ketua Jabatan, Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan dan juga Urusetia kepada Perhimpunan Bulanan HKL.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji bahawa:

  • Semua surat rasmi dan cek bayaran hospital diedarkan pada hari yang sama diterima.
  • Semua bekalan alatulis dibekalkan terus masa permohonan diterima
  • Semua permohonan untuk percetakan dalaman disiapkan dalam tempoh seminggu.
  • Bersedia memberi perkhidmatan pengangkutan yang efisien, cepat, selamt dan mesra pelanggan
  • Semua permohonan yang layak akan dibawa untuk pertimbangan Jawatankuasa Perumahan HKL untuk peruntukan Rumah Kerajaan berdasarkan kekosongan.
  • Semua permohonan penyewaan ruang yang dibuat melalui sebutharga akan diproses dalam tempoh 90 hari sebelum tamat kontrak.
  • Semua anggota yang layak dibekalkan dengan pakaian seragam.
  • Semua permohonan lengkap sambungan baru dan ubah kategori system PABX diproses dalam masa seminggu.
  • Bersedia memberi perkhidmatan keagamaan kepada anggota dan pesakit.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 17 January 2025.