call my faq my feedback my sitemap my

Pengurusan Latihan

Pengenalan

Cawangan Pengurusan Latihan Hospital Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada 16 Ogos 2004. Bertanggungjawab mengendalikan perkara – perkara berkaitan latihan bagi penjawat awam di Hospital Kuala Lumpur.  Cawangan ini juga berfungsi sebagai pintu masuk bagi semua latihan sangkutan awam dan swasta.  Cawangan ini terletak dibawah Bahagian Pengurusan Hospital Kuala Lumpur.

     

Visi

Untuk menjadikan Cawangan Pengurusan Latihan Hospital Kuala Lumpur yang mantap, adil dan telus dari segi penyediaan peluang membangunkan tahap kemahiran dan kompetensi anggota Hospital Kuala Lumpur.

Misi

Membangunkan prestasi sumber manusia Hospital Kuala Lumpur menuju kearah kecemerlangan dalam perkhidmatan melalui latihan bersesuaian dengan keperluan organisasi.

Objektif

Membantu anggota Hospital Kuala Lumpur memperolehi peluang-peluang mengikuti latihan bengkel/konferens samada di peringkat dalaman/dalam negara/luar negara dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan kompetensi diri dan organisasi.

Carta Organisasi

Carta UPLatihan

Perkhidmatan

1. Menyelaras dan menguruskan permohonan dan kelulusan latihan dalam perkhidmatan warga Hospital Kuala Lumpur.

2. Menyelaras dan menguruskan permohonan dan kelulusan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta yang mempunyai Memorandum Perjanjian (MoA) diantara Institusi dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menggunakan fasiliti Hospital Kuala Lumpur.

3. Menguruskan kursus Continuous Management Education (CME) pengurusan pada hari rabu minggu pertama setiap bulan untuk warga kerja Hospital Kuala Lumpur.

4. Menyelaras serta menguruskan permohonan dan kelulusan Sarjana Perubatan, Subkepakaran dan Latihan Sangkutan.

5. Menguruskan latihan dan kursus untuk seluruh warga kerja Hospital Kuala Lumpur.

Piagam Pelanggan

  1. Memproses dokumen bagi penganjuran sebarang bentuk aktiviti latihan/kursus selewat-lewatnya dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima dan kelulusan kewangan akan diperolehi dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima
  2. Memproses dokumen bagi penganjuran sebarang bentuk aktiviti latihan/kursus secara pakej dalam tempoh 7 minggu sebelum tarikh kursus dilaksanakan
  3. Memproses permohonan penempatan latihan dari jabatan dalaman HKL dan Agensi Luar dengan mematuhi garis panduan dalam tempoh 14 hari bekerja
  4. Memproses permohonan mengikuti kursus bagi anggota HKL mengikut tawaran iklan Bahagian Pengurusan Latihan KKM, Jabatan Perkhidmatan Awam dan lain-lain.

PENEMPATAN ELEKTIF PELAJAR PERUBATAN

Permohonan Penempatan Elektif ( Pelajar Perubatan )

Pelajar Perubatan yang ingin memohon penempatan elektif di Hospital Kuala Lumpur, perlu mengikut tatacara seperti perkara berikut:

1. Jumlah tempoh penempatan hendaklah tidak boleh melebihi enam (6) minggu dan tidak boleh kurang dari tiga (3) minggu dalam mana-mana disiplin tertentu.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh penempatan elektif yang dicadangkan.

3. Pemohon adalah tertakluk kepada semua peraturan sedia ada di fasiliti. Senarai peraturan telah dilampirkan seperti di Appendix A.

4. Sila isi borang permohonan untuk penempatan elektif. Bersama ini disertakan borang permohonan seperti di Appendix B .

5. Pemohon akan dihantar ke jabatan yang dipilih, namun tertakluk kepada kekosongan di jabatan berkenaan. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar perubatan yang sudah berada dalam giliran permohonan.

6. Sekiranya syarat di atas diterima, pemohon boleh menyerahkan borang permohonan, surat dekan/university, vitae kurikulum (CV), salinan polisi insurans perubatan (medical insurance), salinan polisi insurans ganti rugi (indemnity insurance), salinan Kad Pengenalan (bagi warganegara Malaysia) atau passport (bagi warga asing) kepada:

Cawangan Pengurusan Latihan

Hospital Kuala Lumpur

Jalan Pahang

50586 Kuala Lumpur


No Tel: 603-26156455

Emel  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

7. Bagi urusan lapor diri ke Cawangan Pengurusan Latihan HKL, pelajar perlu membawa beberapa dokumen iaitu:

  1. Surat Keputusan Elektif Posting
  2. Gambar berukuran passport 2 keping bagi urusan pas keselamatan
  3. 1 salinan Sijil Vaksinasi COVID-19
  4. 1 salinan Polisi Insurans Perubatan (Medical Insurance)
  5. 1 salinan Polisi Insurans Ganti Rugi (Indemnity Insurance)

8. Penempatan yang disediakan di hospital ini untuk pelajar perubatan adalah seperti berikut:

  1. Perubatan Am
  2. Nefrologi
  3. Neurologi
  4. Dermatologi
  5. Radioterapi dan Onkologi
  6. Psikiatri dan Kesihatan Mental
  7. Radiologi (Pengimejan Diagnostik)
  8. Pembedan Neuro
  9. Institut Perubatan Forensik Negara
  10. Anestesiologi & Penjagaan Rapi
  11. Pembedahan Am
  12. Oftalmologi
  13. Ortopedik & Traumalogi
  14. Otorinolaringologi
  15. Pembedahan Plastik & Rekonstruktif
  16. Kecemasan & Trauma
  17. Pediatrik, HTAKL

9. Sila rujuk Majlis Perubatan Malaysia (MMC) (mmc.gov.my) untuk senarai universiti yang diiktiraf oleh MMC. (Akta Perubatan jadual Kedua 1971).

Rujukan:

- Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan-16/2008 : Garis Panduan Melaksanakan Posting Elektif oleh Pelajar Perubatan Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia

- Garis Panduan Penempatan dan Pelaksanaan Latih Amal di Hospital Kuala Lumpur

HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Setiap Hari Termasuk Cuti Umum
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 17 January 2025.