Pengenalan
Cawangan Pembangunan dan Penswastaan merupakan salah satu cawangan di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Lokasi kami adalah di Aras Tiga (3) Blok Pentadbiran dan Kewangan. Cawangan ini bertanggungjawab untuk :-
- Merancang, melaksana, mengurus dan memantau projek pembangunan serta kerja-kerja pembaikan, ubah suai dan naik taraf di Hospital Kuala Lumpur secara efektif, telus, nilai faedah yang terbaik, saingan terbuka, adil dan saksama.
- Merancang, melaksana, mengurus dan memantau perkhidmatan penswastaan (outsourcing) tempat letak kereta di HKL mengikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
- Merancang, melaksana, mengurus dan memantau sistem rekod cawangan, urusan pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia bagi cawangan ini mengikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
Visi
Menjadikan HKL sebagai sebuah institusi perkhidmatan perawatan kesihatan dengan kemudahan prasarana yang lengkap, berkualiti dan kondusif.
Misi
Membangunkan prasarana HKL bagi tujuan:
- Keselesaan tempat rawatan serta perkhidmatan kepada pesakit, pelawat dan anggota kesihatan.
- Kemudahan dan perkhidmatan sokongan hospital yang mudah diperolehi di dalam memberi dan meningkatkan rawatan.
Objektif dan Fungsi Jabatan
a) Objektif cawangan:
- Merancang, melaksana dan memantau projek pembangunan serta kerja pembaikan, ubah suai dan naik taraf di HKL.
- Memastikan projek pembangunan serta kerja pembaikan, ubahsuai dan naiktaraf di HKL diurus secara efektif, telus, nilai faedah yang terbaik, saingan terbuka, adil dan saksama.
- Memastikan perkhidmtan penswastaan (outsourcing) tempat letak kereta di HKL dilaksanakan dengan mengikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
b) Fungsi Cawangan terbahagi kepada tiga (3) unit:
Carta Organisasi
Perkhidmatan
1. Merancang, menyedia, melaksanakan dan memantau semua projek pembangunan serta kerja pembaikan, ubah suai dan naik taraf di HKL
2. Memastikan semua projek pembangunan serta kerja pembaikan, ubah suai dan naik taraf di HKL dilaksanakan dengan telus serta mematuhi arahan dan pekeliling ditetapkan
3. Menyelaras, mengurus dan memastikan dokumentasi, surat menyurat, sistem fail rekod cawangan, pembangunan sumber manusia serta hal-hal pentadbiran dan perkhidmatan dipatuhi mengikut arahan dan pekeliling ditetapkan
Piagam Pelanggan
1. Memastikan Mesyuarat Pembangunan HKL diadakan pada setiap bulan.
2. Memastikan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan, ubah suai dan naik taraf HKL dibelanjakan sekurang-kurangnya 98% pada setiap tahun.
3. Memastikan Surat Peringatan Siap Kerja (SPSK) bagi kerja-kerja pembaikan, ubah suai dan naik taraf dengan tempoh siap kerja melebihi empat (4) minggu, dikeluarkan dua (2) minggu sebelum tarikh siap kerja asal.
4. Memastikan Surat Peringatan Pembayaran Sewa dan Bil Utiliti dikeluarkan kepada syarikat pengurusan parkir dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh yang ditetapkan dalam kontrak perjanjian.