- Pengenalan
- Visi, Misi & Objektif
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan
- Jadual Klinik
- Piagam Pelanggan
- Informasi Berkaitan
Pengenalan
Bedah Mulut & Maksilofasial merupakan bidang kepakaran yang fokus kepada kecederaan, ketumbuhan dan kecacatan bahagian kepala, leher, muka, rahang (Maksilofasial) dan bahagian mulut.
Latar Belakang
Jabtan Bedah Mulut dan Maksilofasial telah ditubuhkan pada tahun 1961. Semenjak dari itu, jabatan ini telah berkembang dengan pewujudan Unit Patologi Mulut dan Perubatan Mulut, Unit Pergigian Penjagaan Khas dan juga Unit Pergigian Forensik Odontologi.
Jabatan ini diketuai oleh Pakar Perunding Bedah Mulut & Maksilofasial dan para anggota yang terdiri daripada Pegawai Pergigian, Juruteknologi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian, Pembantu Tadbir dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Visi
Mewujudkan suasana kerja yang ceria dan bertimbang rasa terhadap pesakit, dengan memberi rawatan yang berkualiti tinggi serta menepati keperluan, serta menggunakan teknologi terkini dalam pengendalian pesakit.
Misi
Menjadi pusat rujukan pilihan bagi semua kes pembedahan mulut dan maksilofasial.
Objektif & Fungsi Jabatan
Memberi khidmat rawatan komprehensif merangkumi penentuan penyakit, rawatan dan rehabilitasi kepada semua pesakit, yang mempunyai masalah pembedahan mulut dan maksilofasial serta pergigian, untuk membaikpulih dari aspek fungsi, estetik dan peningkatan kualiti hidup melalui konsep ‘orally-fit’.
Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial merupakan sebahagian daripada Hospital Kuala Lumpur,
iaitu hospital terbesar di rantau ini yang menyediakan penjagaan kesihatan kepakaran. Kami memberi perkhidmatan kepada komuniti di Lembah Klang dan menerima rujukan dari seluruh negara.
Carta Organisasi
Perkhidmatan
Jabatan kami menyediakan pelbagai perkhidmatan yang kebanyakannya berkait rapat dengan kepakaran pembedahan mulut dan maksilofasial. Berikut adalah antara yang ditawarkan :
- Rundingan dan pemeriksaan
- Rawatan pembedahan
- Rawatan konservatif
- Rawatan prostetik
- Patologi Mulut & Perubatan Mulut
- Pergigian Forensik
- Pergigian Penjagaan Khas
- Klinik Bersepadu
- Pembelajaran Berterusan Profesional
Jadual Klinik
1. Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial Kompleks Pakar & Rawatan Harian
Hari | Masa | Aktiviti |
Isnin | 8.00am-1.00pm 2.00pm-5.00 pm | Rujukan dari Jabatan Kecemasan, rujukan Pesakit Luar & IJN Perbincangan kes-kes pembedahan & pesakit dalam, CME untuk Pakar & Pegawai |
Selasa | 8.00am-1.00pm 2.00pm-5.00 pm | Pembedahan di Dewan Bedah SCACC / Dewan Bedah Am Blok Utama/ Rujukan dari Jabatan Kecemasan/ rujukan pesakit luar |
Rabu | 8.00am-9.00am 9.00am-1.00pm 8.00am-5.00 pm | CME di Auditorium Utama untuk Pakar & Pegawai Pembedahan di Dewan Bedah Am Blok Utama Rujukan dari Jabatan Kecemasan/ rujukan pesakit luar |
Khamis | 8.00am-1.00pm 2.00pm-5.00 pm | Rujukan dari Jabatan Kecemasan, rujukan Pesakit Luar & IJN/ Pembedahan di Dewan Bedah SCACC / Temujanji |
Jumaat | 8.00am-12.15pm 2.45pm-5.00 pm | Rujukan dari Jabatan Kecemasan, rujukan Pesakit Luar & IJN CME di SCACC / Klinik Satelit untuk semua staf |
2. Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial Klinik Satelit / Bangunan Utama
Hari | Masa | Aktiviti |
Isnin - Khamis | 8.00am-1.00pm 2.00pm-5.00 pm | Rujukan dari Wad & Temujanji Rujukan dari Wad & Temujanji |
Rabu | 8.00am-9.00am 8.00am- 5.00pm | CME di Auditorium utama Untuk Pakar & Pegawai Rujukan dari Wad & Temujanji |
Jumaat | 8.00am-12.15pm 2.45pm-5.00pm | Rujukan dari Wad & Temujanji CME di SCACC / Klinik Satelit untuk semua staf |
*Waktu Rehat : Isnin hingga Khamis dari 1.00pm - 2.00pm ; Jumaat - dari 12.15pm - 2.45pm
** Semua rujukan segera dari jabatan kecemasan akan didaftarkan di Klinik Bedah Mulut & Maksilofasial SCACC sebagai pesakit luar dan rujukan dari wad akan dirawat di klinik satelit semasa waktu pejabat dan pegawai pergigian yang bertugas atas panggilan pertama selepas waktu pejabat.
3. Pergigian Forensik - Klinik Satelit / Bangunan Utama
Hari | Masa | Aktiviti |
Isnin - Jumaat | 8.00am – 5.00 pm | Sedia menerima rujukan |
Rabu | 8.00am - 9.00am | CME di Auditorium Utama untuk Pakar & Pegawai |
Jumaat | 3.00pm - 5.00pm | CME di SCACC / Klinik Satelit untuk semua staf |
4. Pergigian Penjagaan Khas - Klinik Satelit / Bangunan Utama
Hari | Masa | Aktiviti |
Isnin : Minggu 1,2,3,5 Minggu ke-4 | 8.00am-5.00 pm 8.00am- 5.00pm | Temujanji & Rujukan Mesyuarat Pelbagai Disiplin Geriatrik KK3 Persediaan untuk kes Dewan Bedah |
Selasa : Minggu pertama,ke-3 & ke-5 Minggu ke-2 Minggu ke-4 |
8.00am- 5.00 pm | Temujanji & Rujukan Pembedahan di Dewan Bedah Daycare Pembedahan di Dewan Bedah Utama |
Rabu | 8.00am- 9.00am 9.00am- 5.00pm | CME Hospital Temujanji & Rujukan |
Khamis | 8.00am- 1.00pm 2.00pm-5.00pm | Temujanji & Rujukan Mesyuarat Pelbagai Disiplin Geriatrik KK3 Temujanji & Rujukan |
Jumaat | 8.00am-12.15pm 3.00pm -5.00pm | Temujanji Behaviour Day & Rujukan Mesyuarat & CME |
5. Patologi Mulut & Perubatan Mulut- Klinik Satelit / Bangunan Utama
Hari | Masa | Aktiviti |
Isnin | 8.00am-5.00pm | Di buka untuk kes segera / Rujukan dari Wad/Perkhidmatan Diagnostik Patologi Mulut |
Selasa | 8.00am – 1.00 pm 2.00pm-5.00pm | Temujanji & Rujukan Perkhidmatan Diagnostik Patologi Mulut |
Rabu | 8.00am - 9.00 am 9.00am - 1.00pm 2.00pm-5.00pm | CME di Auditorium Utama Temujanji & Rujukan Perkhidmatan Diagnostik Patologi Mulut |
Khamis | 8.00am – 1.00pm 2.00pm-5.00pm | Di buka untuk kes segera / Rujukan dari Wad Perkhidmatan Diagnostik Patologi Mulut |
Jumaat | 8.00am - 12.15pm 3.00pm - 5.00pm | Di buka untuk kes segera / Rujukan dari Wad /Perkhidmatan Diagnostik Patologi Mulut CME di SCACC / Klinik Satelit untuk semua staf |
*Masa rehat tengahari
: Isnin hingga Khamis - dari 1.00pm - 2.00pm
: Jumaat - dari 12.15pm - 2.45pm
Piagam Pelanggan
- Menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, surat rujukan doktor, surat jaminan jabatan (kakitangan kerajaan).
- Memberi maklumat yang diperlukan dengan tepat seperti alamat rumah, nombor telefon dan sebagainya.
- Memahami bahawa keutamaan rawatan akan diberikan kepada pesakit yang dalam kecemasan.
Tanggungjawab Terhadap Pelanggan:
- Kami berjanji untuk menyediakan perkhidmatan yang profesional, selamat, mesra dan berkualiti.
- Keutamaan akan diberikan kepada pesakit yang dirujuk dari Jabatan Kecemasan dan Trauma dalam urusan pendaftaran dan rawatan.
- Pesakit akan diberikan penjelasan yang komprehensif mengenai prosedur, rawatan, dan kos yang berkaitan oleh pakar atau pegawai pergigian.
- Pesakit yang memerlukan ubat-ubatan untuk masalah pergigian akan diberikan preskripsi untuk mengambil ubat tersebut di Farmasi Hospital Kuala Lumpur.
- Kami menjamin kerahsiaan maklumat peribadi, sejarah penyakit, dan maklumat rawatan yang diberikan oleh pesakit.
- Kami menyediakan kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa, dan selamat.