Pengurusan
Soalan 1
Bilakah waktu perpustakaan beroperasi?
Jawapan 1
Perpustakaan HKL beroperasi Isnin-Jumaat : 8.00 pagi- 5.00 petang manakala Sabtu, Ahad dan Cuti Umum TUTUP.
Soalan 2
Saya bukan kakitangan HKL. Adakah saya boleh menggunakan perkhidmatan perpustakaan?
Jawapan 2
Tidak. Perkhidmatan perpustakaan hanya untuk kakitangan HKL serta pelajar perubatan dari universiti awam atau swasta sahaja.
Soalan 3
Dimanakah lokasi perpustakaan HKL?
Jawapan 3
Perpustakaan HKL berada di Aras 1, Bangunan Utama Hospital Kuala Lumpur.
Soalan 4
Bagaimanakah cara saya dapat mengakses Portal Virtual Library KKM?
Jawapan 4
Anda boleh pergi ke Laman Web Rasmi HKL. Klik MOH Apps → Virtual Library KKM. Kata Nama dan Kata Laluan boleh dibuat dengan mendaftar menggunakan emel rasmi KKM.
Soalan 5
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan artikel dari jurnal yang tidak dilanggan perpustakaan?
Jawapan 5
Anda boleh membuat permohonan artikel dengan mengisi Borang Permohonan Artikel dari kaunter perpustakaan atau emelkan permohonan artikel kepada
Soalan 1
Bagaimanakah cara untuk mendapat perkhidmatan kaunseling di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Kuala Lumpur (HKL)?
Jawapan 1
Kakitangan HKL, HTA dan IPR boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling seperti berikut:
Kategori Klien | Jenis Rujukan | Perujuk |
Kakitangan HKL, HTA dan IPR | Sukarela | Pegawai perlu hadir ke Unit Psikologi Kaunseling untuk pendaftaran perkhidmatan dan mendapatkan tarikh temujanji. |
Rujukan | Penyelia/Ketua Jururawat, Ketua Jabatan dan Pegawai Perubatan hendaklah melengkapkan Borang Rujukan Perkhidmatan Psikologi Kaunseling untuk kakitangan yang ingin dirujuk dan menghantar borang tersebut ke Unit Psikologi Kaunseling untuk pendaftaran perkhidmatan. |
- Borang rujukan boleh dimuat turun di Portal Intranet, HKL.
Soalan 2
Bilakah saya boleh berjumpa dengan kaunselor?
Jawapan 2
Pegawai boleh berjumpa kaunselor pada waktu pejabat (kecuali hujung minggu dan hari kelepasan am) seperti berikut:
Isnin – Khamis | 7.30 pagi – 01.00 tengahari | 2.00 petang – 5.00 petang |
Jumaat | 7.30 pagi – 12.15 tengahari | 2.45 petang – 5.00 petang |
- Waktu operasi klinik psikologi kaunseling adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang.
Soalan 3
Di mana lokasi Unit Psikologi Kaunseling?
Lokasi Unit Psikologi Kaunseling HKL:
- Tingkat 1 K8, Wisma Rekod
- Bilik Kaunseling, Aras 3, Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC)
Soalan 4
Adakah perkhidmatan psikologi kaunseling dikenakan bayaran perkhidmatan?
Jawapan 4
Tidak. Sesi kaunseling di HKL adalah secara PERCUMA.
Soalan 5
Adakah selamat untuk saya berkongsi isu-isu peribadi dengan kaunselor?
Jawapan 5
Sesi kaunseling adalah dijamin kerahsiaan dan terikat kepada etika kerahsiaan dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan etika kaunseling kecuali jika melibatkan isu keselamatan atau perkara yang memudaratkan klien, orang lain dan pelanggaran undang-undang sedia ada. Bagi kes yang dirujuk, laporan kaunseling akan dikeluarkan kepada perujuk yang memohon.