call my faq my feedback my sitemap my

Perutusan Pengarah

Selamat datang ke laman sesawang Hospital Kuala Lumpur (HKL)! 

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Kandungan Laman Web Hospital Kuala Lumpur atas komitmen menaik taraf dan merealisasikan reka bentuk baharu laman sesawang rasmi HKL.  Segala usaha dan iltizam dalam menyebarkan maklumat sahih, tepat dan kemas kini berkaitan jabatan/bahagian di HKL akan memudahkan orang ramai memahami objektif dan fungsinya dengan lebih dekat.  Adalah menjadi hasrat pengurusan HKL supaya warga kerjanya berupaya melonjak penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada pelanggan dan orang awam dengan lebih telus dan cekap. 

Platform komunikasi maya yang disediakan ini mampu menarik pemusatan pelanggan bermaklumat, di mana penyertaan aktif pelanggan/orang awam dapat membina kesalinghubungan seperti rasa kekitaan dan persefahaman, serta menerima pengalaman positif ketika berinteraksi dengan petugas kesihatan.  Sewajarnya HKL berupaya menjadi pemangkin kesihatan yang inklusif disokong sumber maklumat jabatan yang lengkap.  Ini seiring tujuan laman sesawang HKL untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat dan menaikkan imej HKL sebagai sebuah hospital premier.  Rasionalisasi merekayasa laman sesawang sedia ada sejajar dengan amalan baik dan penandaarasan di peringkat nasional, sekaligus dapat meminimumkan ancaman keselamatan, dan menjimatkan kos dari segi penyediaan dan penyelenggaraan melalui penggunaan sumber yang optimum.  

Akhir kata, sebarang maklum balas anda mengenai laman sesawang HKL amat dialu-alukan.   Semoga laman sesawang rasmi HKL ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Sekian terima kasih.

DATO’ DR. HARIKRISHNA K. R. NAIR

Pengarah
Hospital Kuala Lumpur

HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.