call my faq my feedback my sitemap my

Radiologi

Pengenalan

Jabatan Radiologi ialah salah satu jabatan sokongan klinikal di Hospital Kuala Lumpur. Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan Radiologi  Diagnostik dan Intervensi menggunakan peralatan berteknologi terkini. Jabatan Radiologi terdiri daripada Jabatan Radiologi Utama dan 5 unit satelit yang terletak di :

  1. Jabatan Kecemasan dan Trauma
  2. Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC)
  3. Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman ( IKTAR)
  4. Institut Urologi Dan Nefrologi
  5. Wisma Rekod

Perkhidmatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar.

     

Visi

Untuk menyediakan perkhidmatan radiologi secara diagnostik dan intervensi bertaraf antarabangsa menggunakan teknologi terkini oleh anggota yang komited, profesional dan prihatin.

Misi

Kami akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan bertaraf antarabangsa.Kami akan mencapainya dengan :

  1. memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi
  2. menggunakan peralatan teknologi terkini
  3. kakitangan profesional dan penyayang
  4. memenuhi keperluan masyarakat dan negara

Objektif

  1. Untuk memberikan perkhidmatan radiologi yang sesuai, berkesan dan cekap dengan menggunakan modaliti terkini oleh pegawai yang terlatih.
  2. Untuk mematuhi undang-undang, peraturan,piawaian dan garis panduan yang terpakai bagi memastikan keselamatan pesakit, orang awam,pegawai dan kemudahan yang sedia ada terjamin
  3. Untuk mengalakkan pegawai terlibat dalam pembangunan profesional berterusan, penyelidikan dan aktiviti peningkatan kualiti

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Perkhidmatan

Jabatan menyediakan  perkhidmatan radiologi untuk pesakit dalam dan pesakit luar.

Perkhidmatan Radiologi yang dijalankan merangkumi

  1. Pemeriksaan Radiografi Am
  2. Pemeriksaan Tomografi Berkomputer (CT) Scan
  3. Pemeriksaan Resonan Magnetik (MRI)
  4. Pemeriksaan Payudara Digital
  5. Pemeriksaan Bone Densitometri
  6. Pemeriksaan Ultrasound
  7. Pemeriksaan Fluroskopi (Pemeriksaan Menggunakan Kontras Media)
  8. Pemeriksaan Angiografi & Prosedur Intervensi
  9. PemeriksaanRadiografi Mudahgerak
  10. Pemeriksaan Orthopantomography (OPG)
  11. C-Arm Image Intensifier
  12. Pemeriksaan Radiologi Forensik (CT Scan)

Jadual Klinik

A. Jabatan Radiologi Utama

UNIT

HARI OPERASI

WAKTU OPERASI

Radiografi Am/Mammografi/ Bone Densitometri

Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi - 5:00 petang

CT Scan/MRI/Ultrasound/ Angiografi/Forensik

Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi - 5:00 petang

Selepas Waktu Pejabat/Sabtu/Ahad/Cuti Umum

Kerja atas panggilan

Perkhidmatan kerja atas panggilan disediakan 24 jam untuk prosedur segera dan kecemasan


B. Unit Satelit

UNIT

HARI OPERASI

WAKTU OPERASI

Jabatan Kecemasan dan Trauma

Isnin-Ahad

24 jam

Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC)

Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi - 5:00 petang

Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman ( IKTAR)

Isnin-Ahad

7.30 pagi - 10.00 malam

Institut Urologi Dan Nefrologi

Isnin hingga Jumaat

8.30 pagi - 5:30 petang

Wisma Rekod

Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi - 5:00 petang

Piagam Pelanggan

Jabatan Radiologi akan mengutamakan kesihatan serta keselesaan pesakit dan berjanji akan memberikan perkhidmatan secara :

CEPAT,TEPAT,SELAMAT DAN CEMERLANG

  1. Temujanji untuk semua pemeriksaan radiologi akan diberikan dalam tempoh 30 minit.
  2. Pemeriksaan radiografi am akan diselesaikan dalam tempoh 60 minit. Sekiranya anda tidak dilayan dalam tempoh 45 minitselepas pendaftaran, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan yang bertugas.
  3. Laporan Radiologi akan disiapkan pada hari yang sama untuk kes-kes kecemasan dan dalam tempoh empat belas (14)hari untuk pesakit luar.
  4. Bagi pelanggan yang dikategorikan sebagai dalam kecemasanakan dilayan serta-merta.

* Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah mengenai perkhidmatan yang disediakan, sila hubungi pegawai perhubungan yang bertugas.

HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.