call my faq my feedback my sitemap my

Perubatan Nuklear

Pengenalan

Perubatan Nuklear ialah satu cabang kepakaran perubatan khusus yang menggunakan bahan radioaktif/radiofarmaseutikal untuk tujuan diagnostik, terapeutik dan juga untuk pemantauan tahap penyakit/kanser.

Untuk kajian diagnostik, bahan radioaktif/radiofarmaseutikal diberikan kepada pesakit terutamanya melalui suntikan intravena dan juga boleh diberikan secara oral, melalui pernafasaan atau melalui suntikan terus ke dalam organ bergantung pada organ dan fungsi yang akan dikaji. Laluan bahan radioaktif dalam badan kemudiannya dikaji dengan menggunakan kamera gama (SPECT), kamera Positron Emission Tomography (PET) atau alat pengesan sinaran radiasi.

Untuk tujuan terapi pula, bahan radioaktif/radiofarmaseutikal disasarkan khususnya kepada tisu yang mempunyai sel barah dan sejurusnya dapat menghapuskan/memusnahkan tisu tersebut.

     

Visi

Jabatan Perubatan Nuklear menjadi sebuah pusat yang cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan perubatan nuklear yang komprehensif, selamat, terkini dan mesra kepada masyarakat.

Misi

Memberi perkhidmatan kajian dan rawatan pesakit yang bertepatan dan berkualiti menggunakan bahan radioaktif menerusi kaedah selamat serta terkini.

Objektif Jabatan

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik (pengimejan & tanpa pengimejan) dan rawatan menggunakan bahan radioaktif, kaedah, dan fasiliti yang bersesuaian, tepat, selamat dan berkualiti tinggi di dalam penjagaan pesakit.
  • Penglibatan secara aktif dalam melaksanakan latihan kepada warga kerja supaya pesakit menerima perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan perkhidmatan yang disediakan

Carta Organisasi

Carta Nuklear

Perkhidmatan

Penyediaan kemudahan untuk penilaian, diagnosis dan rawatan penyakit menggunakan sumber radioaktif

1.0   PENGIMEJAN DIAGNOSTIK – menggunakan modaliti SPECT

i.      Pengimejan Tulang

Whole body +/- regional

Triple / 3 Phase

ii.     Pengimejan Jantung

Cardiac Amyloidosis

Multi-gated blood pool (MUGA)

Myocardial perfusion (MPI)– rest and stress

Viability

iii.     Pengimejan Endokrin

DMSA Pentavalent (V)

I-131 whole body – diagnostic and post-therapy

Meta Iodo Benzyl Guanidine (MIBG)

Parathyroid

Tc99m Thyroid

Thyroid uptake study

iv.    Pengimejan Gastroenterologi

Gastric emptying

Hepatobiliary Iminodiacetic Acid (HIDA)

Liver / spleen

Meckel’s Diverticulum

Red Blood Cell (RBC) tag

Salivary gland study

SeHCAT – malabsorption of bile

v.     Pengimejan Infeksi / radang

Antigranulocyte antibody (Besilesomab)

White Blood Cells (WBC) tag

vi.    Pengimejan Neurologi

Brain death

Brain perfusion

Ictal phase – epilepsy

TRODAT – Parkinsonism study

Ventriculo-peritoneal (VP) shunt

vii.    Pengimejan Nefrologi

Diethylene Triamine Penta Acetic Acid (DTPA)

Dimercapto Succinic Acid (DMSA)

Direct radionuclide cystography

DTPA Captopril challenge

Mercapto Acetyl Triglycine (MAG3)

Testicular scan

viii.   Pengimejan Respiratori

Lung perfusion

Lung shunting

Lung ventilation / perfusion (Lung V/Q)

ix     Lain-lain

Dacryoscintigraphy

Lymphoscintigraphy

Pleuro-peritoneal leaking study

Sentinel lymph node mapping (SLNM) – for breast cancer and melanoma   

2.0   PENGIMEJAN DIAGNOSTIK  – menggunakan modaliti PET

i. Infeksi/radang

ii. Neurologi

iii. Onkologi 

3.0   DIAGNOSTIK TANPA PENGIMEJAN 

i.  Glomerular filtration rate (GFR) measurement

ii. Sentinel lymph node biopsy

iii. Radio-guided parathyroid surgery  

4.0    TERAPI

 i.      Onkologi

Cystic craniopharyngioma

 I-131 for differentiated thyroid cancer.

I-131 MIBG for pheochromocytoma / neuroendocrine tumours

neuroblastoma.

Selective internal radiation therapy (SIRT) with Y-90 for patients having

hepatobiliary carcinoma or liver metastasis.

ii.      Lain-lain

I-131 for benign thyroid disease.

Radiosynoviorthesis

Jadual Perkhidmatan

 

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

KAJIAN DIAGNOSTIK (SKAN)

General scan, Rest MPI dan Kaunseling MPI

   

Post-therapy WBS

Post-therapy WBS

Diagnostic WBS

PROSEDUR

Stress MPI

GFR

Stress MPI

GFR

Stress MPI SLNM

GFR

Stress MPI

 

SLNM

 

KLINIK

Radioiodine dan PET/CT Kaunseling

Kemasukan pesakit ke wad

Kes baru

Kemasukan pesakit ke wad

Kes baru

Kes susulan

Kes susulan

PET/CT

Kes susulan

PET/CT

Kes susulan

PET/CT

Discaj pesakit wad


Waktu Bekerja

 Isnin - Jumaat

  7.30 pagi sehingga 5.30 petang

 Jumaat

  Klinik ditutup daripada pukul 12.15  tengahari

  sehingga jam 2.45 petang

 Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  DOKTOR DALAM PANGGILAN 

Piagam Pelanggan

Kami di Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Kuala Lumpur akan memastikan:

i. setiap pesakit menerima perkhidmatan dan rawatan yang sewajarnya, berkualiti dan bertepatan masa. Keutamaan di fokuskan kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan segera.

ii. kehormatan dan kerahsiaan maklumat pesakit sentiasa dipelihara

iii.  pesakit diberi layanan yang mesra, profesional, jujur dan ikhlas

iv.  pesakit diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dipersetujui termasuk risiko dan pilihan yang ada

v.  laporan/keputusan kajian disiapkan dalam tempoh 5 hari bekerja bagi kajian biasa dan 2 hari bagi kes segera.

vi.  perkhidmatan yang diberi berdasarkan perkara di bawah:

a) waktu menunggu pemeriksaan doktor di jabatan dalam tempoh kurang dari 90 minit.

b) pesakit benign thyroid disease akan menerima rawatan radioiodin ≤1 bulan

Informasi Berkaitan

Jabatan Perubatan Nuklear terletak di Aras Satu (1) di Bangunan Institut Radioterapi & Onkologi dan Perubatan Nuklear, manakala wad Radioiodin pula terletak di Aras Bawah bangunan yang sama.

Borang berkenaan dengan Jabatan Perubatan Nuklear:

  1. Borang Permohonan Kajian/Pengimejan Radionuklid
  2. Request Form for Myocardial Perfusion Study 
  3. Request Form for PET/CT Imaging (Borang Permohonan Kajian PET/CT)


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.