call my faq my feedback my sitemap my

Perubatan Forensik

Pengenalan

Perubatan forensik merupakan suatu bidang perubatan yang menerapkan ilmu perubatan dalam menyelesaikan kes medikolegal. Fungsi utama Jabatan Perubatan Forensik adalah menjalankan pemeriksaan bedah siasat ke atas mayat yang dibawa oleh polis untuk menentukan punca kematian. Bedah siasat medikolegal hanya boleh dilakukan di hospital kerajaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan yang berdaftar mengikut Seksyen 330 Kanun Prosedur Jenayah.

Bagi melengkapkan siasatan kes medikolegal, Pakar Perubatan Forensik menjalankan autopsi bagi kes bunuh, kematian dalam keadaan mencurigakan dan dalam bencana ramai kematian serta kematian dalam tahanan dan autopsi berisiko tinggi.

Setelah melakukan pemeriksaan bedah siasat, Pakar Perubatan Forensik akan menghasilkan laporan autopsi berdasarkan penemuan autopsi, pemeriksaan histopatologi, dan analisis makmal.

Kemahiran lain yang diperlukan di kalangan pakar Perubatan Forensik ialah memeriksa sisa kerangka (Antropologi Forensik) dan melakukan pemeriksaan Forensik Klinikal ke atas tahanan yang masih hidup atau suspek dan mangsa jenayah. Selain itu, Pakar Perubatan Forensik juga terlatih dalam mengurus identifikasi mangsa bencana, tempat kejadian atau pemeriksaan di tempat kematian, dan bedah siasat berisiko tinggi. Mereka juga diminta menghadirkan diri di mahkamah untuk memberikan keterangan pakar berdasarkan laporan yang dihasilkan.

Visi

Jabatan Perubatan Forensik berusaha menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang perubatan forensik serta memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan profesional menepati aspek perundangan negara dan sistem pengurusan berkualiti yang mengutamakan pelanggan.

Misi

Jabatan Perubatan Forensik berusaha memberikan perkhidmatan perubatan Forensik yang berkualiti :

1. Melalui anggota yang berilmu dan mahir serta prihatin terhadap keperluan pelanggan,

2. Berteraskan budaya kualiti yang yang merangkumi sifat-sifat penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisma,

3. Berlandaskan sistem perundangan negara.

Objektif

  1. Menyediakan perkhidmatan perubatan forensik yang bebas dan berkecuali serta memenuhi aspek perundangan negara.
  2. Menyediakan perkhidmatan pengurusan mayat yang cekap dan prihatin dengan keperluan pelanggan.
  3. Melaksanakan pemeriksaan kes-kes perubatan forensik secara profesional, cekap dan berkesan.
  4. Memberikan khidmat rundingcara dalam pengendalian kes-kes perubatan forensik.
  5. Menguruskan spesimen forensik dan mengekalkan rantaian bahan bukti (chain of custody)spesimen tersebut semasa dalam jagaan.
  6. Memastikan penyediaan laporan perubatan forensik, pengendalian permohonan laporan perubatan forensik dan penyimpanan rekod forensik diuruskan secara berkesan dan sistematik.
  7. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pendidikan dan latihan yang berterusan.
  8. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang perubatan forensik untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Carta Organisasi

Carta Forensik

Perkhidmatan

Penerimaan mayat dari dalam hospital.

2. Penerimaan mayat dari luar hospital.

3. Penyimpanan mayat.

4. Pengendalian bedah siasat mayat.

5. Pengendalian spesimen bedah siasat medico-legal.

6. Penyerahan mayat.

7. Pelupusan mayat tidak dituntut.

8. Pengendalian rekod dan laporan perubatan forensik.

9. Pengurusan kes forensik klinikal.

10. Pengendalian pencarian maklumat kematian.

Piagam Pelanggan

1. Semua pelanggan akan dilayan secara profesional, jujur, mesra, hormat dan prihatin.

2. Memberi perkhidmatan 24 jam bagi pengurusan penerimaan dan penyerahan mayat.

3. Proses penyerahan mayat kepada pihak waris/berkenaan adalah mengikut ‘standard operating procedure’ jabatan.

4. Setiap pemeriksaan kes perubatan forensik akan dikendalikan mengikut tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan.

5. Setiap spesimen mediko-legal akan dikendalikan mengikut tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan.

6. Pengurusan laporan perubatan forensik akan dikendalikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

7. Segala maklumat di dalam laporan perubatan forensik akan dikendalikan dengan sulit serta penuh rahsia.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.