call my faq my feedback my sitemap my

Pendidikan Kesihatan

Pengenalan

Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1987 bermula dengan penempatan Pegawai Pendidikan Kesihatan dan berfungsi sebagai salah satu direktorat sokongan bagi perkhidmatan klinikal di Hospital Kuala Lumpur.

Unit Pendidikan Kesihatan, dengan kerjasama jabatan/cawangan/unit lain berusaha mencapai matlamat penubuhannya iaitu mendidik, meningkatkan pengetahuan, menyedarkan dan seterusnya mengekalkan status kesihatan pesakit-pesakit melalui pengurusan penyakit mereka secara berkesan dengan mengadakan pelbagai aktiviti berteraskan promosi dan pendidikan kesihatan.

Visi 

Menjadi sebuah pusat sumber pendidikan dan promosi kesihatan yang cemerlang dalam usaha menyediakan masyarakat yang mampu mendaulatkan gaya hidup yang sihat, cergas dan selamat.

Misi

Memberikan perkhidmatan sokongan bukan klinikal yang berkualiti dan cekap kepada semua pelanggan dalam usaha membangunkan individu dan masyarakat melalui aktiviti dan produk pendidikan dan promosi kesihatan yang baik.

Objektif

Memperkasakan kesedaran, pengetahuan, amalan pencegahan dan penjagaan kesihatan serta pengesanan penyakit kepada warga kerja HKL  yang optimum.

Carta Organisasi

Carta UPK

Perkhidmatan

Penyediaan Bahan Pendidikan Kesihatan dan Grafik

Unit Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab untuk menyediakan poster, bunting, banner dan risalah kepada jabatan-jabatan yang memerlukan perkhidmatan grafik.

Selain itu, perkhidmatan untuk mencetak, laminating dan binding turut disediakan.

Penyediaan Peralatan Pameran

Unit Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab untuk menyediakan peralatan pameran seperti papan panel kepada jabatan-jabatan yang memerlukan.

Perkhidmatan Fotografi

Unit Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan fotografi untuk mengambil gambar klinikal, bukan klinikal dan majlis-majlis rasmi yang diadakan di HKL atau luar HKL mengikut permintaan.

Pelaksanaan Kelas Warga Sihat

Memberikan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan tentang aspek kesihatan di kalangan kakitangan HKL.

Kelas ini dilaksanakan dua (2) kali sebulan, setiap hari Khamis, jam 2.30 petang hingga 4.30 petang secara dalam talian. Penceramah dari jabatan yang berkaitan dengan tajuk akan dijemput untuk memberikan ceramah.

Perkhidmatan Audio Visual

Unit Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan audio visual kepada jabatan-jabatan yang memerlukan perkhidmatan ini. Antara perkhidmatan audio visual ialah menyelia, memasang dan mengoperasi peralatan audio visual seperti skrin layar, sistem bunyi, mikrofon dan lain-lain.

Promosi Klinik Berhenti Merokok

Klinik Berhenti Merokok ini merupakan kerjasama antara Unit Pendidikan Kesihatan bersama Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) dan Jabatan Farmasi.

Unit ini bertanggungjawab untuk memberikan khidmat nasihat dan kaunseling juga rawatan secara terapi modifikasi tingkahlaku dan terapi gantian nikotin (NRT) kepada kakitangan.

Unit ini juga bertanggungjawab untuk mempromosikan KBM kepada semua kakitangan HKL.

Klinik ini dilaksanakan di Klinik Premier, Wisma Rekod, Hospital Kuala Lumpur setiap hari Rabu jam 2.00 petang.

Promosi BookDoc

Unit Pendidikan Kesihatan bertanggungjawab untuk membantu jabatan-jabatan lain memuat turun aplikasi BookDoc dan memberi penerangan penggunaan aplikasi ini.

Piagam Pelanggan

  • Setiap jabatan klinikal dan kesihatan bersekutu akan diberikan bantuan dalam merancang dan melaksanakan program-program pendidikan kesihatan sebagai sokongan kepada program perawatan pesakit di Hospital Kuala Lumpur.
  • Setiap pesakit dan ahli keluarga mereka akan berpeluang menikmati dan memperolehi segala maklumat dan tunjuk ajar terhadap pencegahan penyakit, pengesanah awal penyakit dan penjagaan penyakit.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.