call my faq my feedback my sitemap my

Pemulihan Carakerja

Pengenalan

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di Hospital Kuala Lumpur bermula pada tahun 1972 di NeuroPsychiatric Institute. Pada tahun 1978 Unit  Fizikal dibuka di Institut Ortopedik.

Pemulihan Carakerja adalah profesion penjagaan kesihatan berdasarkan falsafah bahawa aktiviti yang bertujuan secara saintifik dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam semua aspek kehidupan seharian.

Pegawai Pemulihan/Jurupulih Carakerja  bekerja dengan semua peringkat umur dalam pelbagai bidang fizikal, sosial, dan kognitif  Tempat kerja boleh merangkumi hospital, klinik, pusat harian dan pemulihan, program perawatan di rumah, sekolah khas, industri dan perusahaan swasta. Pegawai Pemulihan/Jurupulih Carakerja boleh bekerja dalam agensi swasta dan sebagai pendidik dan perunding.

Visi

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja hendaklah diamalkan oleh profesional yang berkaliber dan berintegriti yang kompeten, bertanggungjawab, berkesan dan peka terhadap keperluan pelanggan melalui sistem kesihatan yang berkualiti dengan teknologi terkini, latihan, penyelidikan dan perkembangan profesional yang berterusan.

Misi

Jabatan ini akan menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti secara berterusan kepada pelanggan yang dirujuk di Hospital Kuala Lumpur. Pelanggan akan dirawat dalam persekitaran yang kondusif dengan menggunakan teknik terbaik dan teknologi yang tersedia. Harga diri pelanggan harus dijaga dan dirahsiakan oleh kakitangan yang professional, penyayang dan bekerja berpasukan. Kakitangan perlu mengikuti pendidikan perubatan dan perkembangan professional yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan kompentensi disamping meningkatkan pengalaman mereka.

i) Untuk menilai dan mengenal pasti kemampuan dan masalah individu yang berkaitan dengan aktiviti dalam kehidupan dan persekitaran harian seseorang.

ii) Merancang objektif rawatan jangka pendek dan jangka panjang. Objektif rawatan harus relevan dengan tahap perkembangan, kelakuan, peranan, gaya hidup dan persekitaran seseorang.

iii) Untuk memberikan intervensi yang berunsur teraputik.

iv) Untuk memudahkan pelaksanaan tugas seharian dan perubahan yang bersesuaian dengan keadaan seseorang individu bekerja, melaksanakan aktiviti kehidupan dan bersosial. Ini termasuk mengajar teknik modifikasi dan menyediakan peralatan bantuan yang meningkatkan keberdikarian individu dalam penjagaan diri, mengatasi halangan persekitaran dan mengurangkan tekanan dalam kehidupan.

v) Untuk menggalakkan kerjasama dan koordinasi dengan ahli profesional, keluarga, penjaga dan sukarelawan untuk merealisasikan pendekatan holistik.

Carta Organisasi

Perkhidmatan

Jabatan Pemulihan Carakerja memberi perkhidmatan untuk kepakaran seperti berikut di hospital: ortopedik, spinal, pemulihan perubatan, neurologi, pembedahan neuro, perubatan, reumatologi, pediatrik, psikiatri, dermatologi, urologi, radioterapi, pembedahan plastik, pemulihan jantung, pemulihan visual dan pengurusan kesakitan. Perkhidmatan umum yang diberikan oleh pegawai perubatan carakerja termasuk aktiviti latihan semula kehidupan harian, splinting, terapi tekanan, modifikasi tingkah laku dan latihan sensori-motor.

Perkhidmatan Diberikan Termasuk:

UNIT FIZIKAL

  1. Pengurusan Kesakitan
  2. Kembali Ke Pekerjaan
  3. Rehabilitasi
  4. Surgikal
  5. Onkologi & Radioterapi
  6. Kebakaran & Pembedahan Plastik Rekonstruktif
  7. Dermatologi
  8. Nefrologi & Urologi
  9. Pre-driving
  10. Visual Rehabilitasi
  11. Implan Koklear

ORTOPEDIK

  1. Ortopedik Umum
  2. Tangan & Pembedahan Mikro
  3. Amputasi
  4. Orthopedik Pediatrik
  5. Ortopedik Onkologi
  6. Kembali Ke Pekerjaan

PSIKIATRI

  1. Kembali Ke Pekerjaan
  2. Neuropsikiatri
  3. Psikiatri Adolescent
  4. Neurosis
  5. Komuniti Psikiatri
  6. Psikosis

NEUROMEDIKAL

  1. Pembedahan Neuro
  2. Neurologi
  3. Geriatrik
  4. Respiratori
  5. Perubatan Am
  6. Rehabilitasi Kardiak

Jadual Klinik

HARI

WAKTU BEROPERASI

WAKTU REHAT

ISNIN - KHAMIS

7.30 PAGI -5.00 PETANG

1.00 PETANG – 2.00 PETANG

JUMAAT

7.30 PAGI – 12.15 TENGAH HARI

12.15 TENGAH HARI – 2.45 PETANG

Piagam Pelanggan

Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional:

1. Tanpa mengira umur, bangsa, agama, keturunan dan taraf sosioekonomi

2. Dengan telus, mesra, bertimbangrasa dan bersopan santun.

3. Dalam persekitaran yang sihat dan harmoni serta diberi peluang untuk membuat keputusan tentang pengurusan rawatan.

4. Dengan diperjelaskan perihal dan status penyakit, pelan rawatan dan risiko serta rawatan alternatif

5. Dengan memastikan hal-hal peribadi/sulit pesakit dipelihara dan dirahsiakan

6. Serta diberi peluang untuk mengemukakan maklumbalas tentang perkhidmatan yang disediakan.

Untuk melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk:

A) Mematuhi peraturan hospital

B) Menggunakan segala kemudahan dengan bertanggungjawab

C) Mematuhi kepada pelan rawatan yang diberi


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.