call my faq my feedback my sitemap my

Patologi

Pengenalan

Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur terdiri daripada pelbagai disiplin patologi yang menyediakan perkhidmatan diagnostik bukan hanya untuk HKL tetapi seluruh negara dan juga berfungsi makmal rujukan negara untuk perkhidmatan patologi, KKM. Jabatan ini merupakan salah satu jabatan klinikal terbesar di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jabatan ini telah menerima akreditasi MS ISO 15189 oleh Jabatan Standard Malaysia dan sebagai sebahagian daripada Hospital Kuala Lumpur, jabatan ini juga telah memperolehi MS ISO 9001 yang disahkan dari SIRIM.

     

Visi

Menjadi Makmal Rujukan Premier dengan menyediakan perkhidmatan diagnostik yang tepat untuk penjagaan pesakit dan     kesihatan komuniti.

Misi

1. Memastikan semua ujian dan aktiviti yang berkaitan di laksanakan mengikut amalan terbaik dengan prosedur yang didokumenkan serta menggunakan kaedah dan teknologi yang sesuai.

2. Memastikan semua kakitangan makmal kompeten dan mematuhi polisi dan prosedur, garis panduan, piawaian dan peraturan yang berkaitan.

3. Menawarkan perkhidmatan Patologi mengikut MS ISO 15189 dan atau MS ISO 9001.

4. Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk latihan dan penyelidikan.

5. Meningkatkan dan memperluaskan skop perkhidmatan Patologi untuk memenuhi keperluan kesihatan klinikal dan awam.

Objektif

1. Memastikan semua kakitangan makmal mematuhi semua polisi dan prosedur yang berkaitan dengan tugasan mereka.

2. Memastikan semua teknologi dan peralatan makmal adalah terkini dan diselia dengan baik.

3. Memastikan agar semua kakitangan profesional dan kompeten ketika menjalankan tugas dengan menyediakan latihan yang   sesuai.

4. Memastikan penggunaan prosedur ujian yang akan memberikan keputusan ujian yang berkualiti tinggi.

5. Memastikan penilaian berkala dan audit terhadap keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.

6. Memastikan persekitaran yang selamat, kondusif dan diselia baik.

Carta Organisasi

Carta Patologi

 Jabatan Patologi menyediakan khidmat diagnostik dan perundingan seperti berikut:

  1. Unit Makmal Teras
  2. Unit Makmal Patologi SCACC
  3. Unit Patologi Kimia Khas
  4. Unit Makmal Dadah & Toksikologi
  5. Unit Hematologi
  6. Unit Histopatologi
  7. Unit Sitologi
  8. Unit Mikrobiologi

Perkhidmatan ini disediakan untuk HKL, klinik kesihatan dan hospital kerajaan, agensi kerajaan, hospital universiti dan institusi kesihatan swasta.

Waktu Operasi

Jabatan Patologi menyediakan perkhidmatan 24 jam untuk Makmal Teras dan Makmal Mikrobiologi. Makmal-makmal lain beroperasi pada waktu pejabat (7.30 pagi hingga 5.30 petang).  Bagi penerimaan spesimen dan lain-lain urusan kaunter, sila rujuk jadual di bawah:

NO

KAUNTER

WAKTU OPERASI KAUNTER

1

 Kaunter Utama (Makmal Teras)

24 jam

2

Kaunter Makmal Patologi SCACC

7.00 pagi - 4.00 petang

(termasuk waktu rehat tengahari kecuali hari Jumaat)

3

 Kaunter Makmal Dadah & Toksikologi

8.00 pagi - 4.30 petang

(Isnin - Jumaat)

(tutup waktu rehat tengahari kecuali hari Jumaat)

4

 Kaunter Makmal Histopatologi

7.30 pagi - 4.30 petang

(termasuk waktu rehat tengahari kecuali hari Jumaat)

5

 Kaunter Makmal Sitologi

7.30 pagi - 4.30 petang

(tutup waktu rehat tengahari)

Piagam Pelanggan

1. Aktiviti makmal akan dijalankan berlandaskan prinsip kesaksamaan dan kerahsiaan.

2. Pelanggan akan diberi perhatian penuh, bertimbang rasa dan bermaruah.

3. Pelanggan akan diberi penerangan yang jelas dan komprehensif tentang permintaan ujian.

4. Sampel akan diurus mengikut prosedur yang ditetapkan.

5. Ujian akan dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan menggunakan metodologi dan teknologi yang terbukti tepat dan bersesuaian

6. Memberi khidmat nasihat teknikal dan rundingan klinikal.

HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.