call my faq my feedback my sitemap my

Fisioterapi

Pengenalan

Jabatan Fisioterapi Hospital Kuala Lumpur berusaha untuk meningkatkan penjagaan kesihatan dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti terhadap pesakit serta penjaga dengan mesra, empati dan bertanggungjawab terhadap keperluan individu, nilai dan kepentingannya.

Peningkatan kualiti secara berterusan diterapkan sebagai budaya kerja di Jabatan Fisioterapi. Jabatan ini menekankan pelaksanaan pelbagai aspek kualiti di setiap peringkat organisasi yang bertepatan dengan visi Kementerian Kesihatan.

Tiga teras inisiatif budaya korporat dipraktikkan dan diinternalisasi oleh semua kakitangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan fisioterapi. Visi, misi dan nilai jabatan, membimbing pegawai untuk bekerjasama dalam mencapai objektif jabatan.

Latar Belakang

Penubuhan Jabatan Fisioterapi Hospital Kuala Lumpur (JFHKL) merupakan tanda permulaan perkhidmatan fisioterapi di Malaysia. Perkhidmatan Fisioterapi di Malaysia telah diasaskan oleh Miss. Brown dan Mrs. Watt pada tahun 1950an yang bertapak di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pada awal tahun 1960an, perkhidmatan fisioterapi semakin dikenali dan diperlukan dalam sistem perubatan negara. Oleh demikian, kerajaan telah menghantar beberapa rakyat Malaysia berkelayakan ke luar Negara untuk menjalani latihan Fisioterapi. Ahli fisioterapi berkelulusan luar negara telah berkhidmat di JFHKL pada tahun 1960an hingga 1970an. Bermula tahun 1977, ahli fisioterapi berkelulusan Sijil Fisioterapi dari Sekolah Latihan Fisioterapi KKM telah mula berkhidmat di JFHKL.

Perkhidmatan yang diberikan merangkumi pesakit luar dan dalam bagi disiplin muskuloskeletal, kardiorespiratori, neurologi dewasa dan kanak-kanak. Perawatan fisioterapi yang terdiri daripada Senaman Terapeutik, Elektroterapi, Hidroterapi dan Perawatan Fisioterapi Peparu.  Seiring dengan peredaran masa dan keperluan, beberapa perkhidmatan telah dikembangkan dan diwujudkan:

i. Unit Pediatrik Fisioterapi di Institut Pediatrik KL (1991-2019)

ii. Unit Kesihatan Wanita (1997)

iii. Unit Fototerapi dibawah Jabatan Dermatologi HKL (1998)

iv. Perkhidmatan Fisioterapi Pesakit Hemofilia (1999)

v. Perkhidmatan Fisioterapi Geriatrik (2003)

vi. Perkhidmatan Fisioterapi Vestibular (2008)

vii. Perkhidmatan Fisioterapi Pengurusan Berat Badan (2010)

viii. Perkhidmatan Fisioterapi Rundingcara (2018)

Mutu dan daya saing dalam kalangan Pegawai/Jurupulih Perubatan Fisioterapi telah mengalakkan pelanjutan pelajaran oleh beberapa staf ke peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. JFHKL telah menjadi pusat rujukan kebangsaan untuk semua perkhidmatan sub-kepakaran Fisioterapi. JFHKL juga terlibat secara aktif dalam merencanakan aktiviti kesihatan dan perubatan yang melibatkan anggota kesihatan HKL dan institusi luar. JFHKL turut memainkan peranan sebagai pusat pembelajaran bagi institusi kesihatan awam dan swasta berlandaskan kemahiran dan teknik perawatan terkini yang komprehensif serta dinamik. JFHKL memastikan bahawa perkhidmatan yang diberikan sentiasa seiring dengan halatuju kepakaran klinikal di HKL.

Lokasi

Jabatan Fisioterapi terdiri daripada:

i. Jabatan Fisioterapi 

Terletak di aras 1 blok utama berdekatan Jabatan Pengimejan Diagnostik.

ii. Unit Satelit Jabatan Fisioterapi:

a. Fisioterapi Kecederaan Sukan – Bilik 26, Bangunan Wisma Kayu

b. Fisioterapi Kecederaan Tangan – Bilik A, Aras 1, Bangunan Komplek Pakar & Rawatan (SCACC)

c. Fototerapi – Aras 6, Klinik Dermatologi, Bangunan Komplek Pakar & Rawatan Harian (SCACC)

d. Fisioterapi Neurologi pesakit luar – Aras 2, Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman (IKTAR)

Visi

Jabatan Fisioterapi, Hospital Kuala Lumpur komited dalam memberikan perkhidmatanyang berkualiti, mudah diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat, berteraskan kemajuan ilmu pengetahuan, kemahiran dan penggunaan kaedah rawatan berteknologi terkini serta menepati keperluan pesakit demi menyumbang kearah peningkatan kualiti hayat.

Misi

1. Menyediakan satu sistem perkhidmatan fisioterapi yang komprehensif, cekap, penyanyang dan professional serta mudah diperolehi dan diterima oleh lapisan masyarakat.
2. Mengukuhkan amalan perawatan berasaskan Evidence Based Practice bagi perkhidmatan fisioterapi.
3. Menerapkan budaya penjagaan diri kearah mencapai kualiti hayat.
4. Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam penjagaan kesihatan individu dan komuniti.
5. Mewujudkan golongan professional fisioterapi yang lengkap dengan pengetahuan terkini, berkemahiran tinggi dan berpengkhususan.


Objektif

1. Untuk menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang komprehesif, holistik dan efektif yang professional mengikut piawaian fisioterapi.
2. Untuk memberikan perawatan Fisioterapi yang berlandaskan Evidence Based Practice.
3. Menggalakkan penglibatan pesakit dalam perawatan fisioterapi.
4. Menyediakan peluang pembelajaran berterusan kepada staf dalam bidang fisioterapi dan bidang lain yang berkaitan.
5. Menerapkan nilai-nilai murni selari dengan budaya kerja Premier.
6. Memperkasakan organisasi sebagai institusi rujukan kebangsaan yang terunggul.
7. Membangunkan dan memperkukuhkan bidang subspecialiti.
8. Menyediakan latihan klinikal untuk ahli Fisioterapi dan Pelatih Fisioterapi yang menekankan kemahiran meliputi pelbagai skop dalam bidang fisioterapi.
9. Memperkukuhkan bidang penyelidikan fisioterapi.
10. Mempromosikan dan menerapkan penjagaan kesihatan yang terkini.

 

Carta Organisasi

Carta fisio

1. Perkhidmatan Fisioterapi Untuk Pesakit Luar

• Perawatan Sakit

• Hidroterapi

• Kesihatan Wanita & Lelaki

• Terapi Tangan

• Kecederaan Sukan

• Perawatan Neurologi

• Fototerapi

• Perawatan Muskuloskeletal

• Perawatan Kecederaan Saraf Spinal

• Perawatan Vaskular

• Kardiorespiratori

• Perawatan Amputasi

• Perawatan Geriatrik

• Perawatan Vestibular

• Program Pengurusan Berat Badan

• Program Pengurusan Sakit Kronik

 
2. Perkhidmatan Fisioterapi Untuk Pesakit Dalam

• Perubatan Am

• Dermatologi

• Pembedahan Am

• Ortopedik

• Radioterapi dan Onkologi

• Neurologi dan Neurosurgeri

• Pembedahan Tangan dan Mikro

• Pembedahan Plastik dan Rekonstraktif

• Nefrologi dan Urologi

• Pembedahan Thorasik

• Bius / Unit Penjagaan Rapi

• Kemalangan dan Kecemasan

• Geriatrik

• Perubatan Rehabilitasi

• Otorinolaringologi

• Psikiatrik

• Oftamalogi

• Pembedahan Vascular

dan lain-lain disiplin yang turut merujuk untuk Perkhidmatan Fisioterapi

3. Perkhidmatan Fisioterapi Untuk Pesakit Di Klinik

• Klinik Obesiti

• Klinik Multiple Sclerosis

Enhanced Recovery After Surgery

• Klinik Heart Failure

• Klinik Genetik

• Klinik Vestibular

Cardiovascular Risk Reduction Clinic

• Klinik Neuro Inflamatori

• Klinik Voice

• Klinik Geriatrik Harian

• Klinik Perioperative

• Klinik Kecederaan Sukan & Pegantian Sendi

• Klinik Fisio Geriatrik Harian

• Klinik Pengurusan Sakit Kronik

• Klinik Burn

• Klinik Fall

• Klinik Hand & Microsurgery

• Klinik Fracture Liaison Service

Paediatric Palliative Clinic

• Klinik Payudara

• Klinik Joint Replacement Unit

• Klinik Parkinson

• Klinik Vaskular

• Klinik Luka


4. Perkhidmatan Fisioterapi Untuk Rawatan Susulan Di Rumah (Home Visit)

• Perawatan Susulan Geriatrik

• Perawatan Susulan Perubatan Rehabilitasi

 
5. Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Service)

• Tugas Panggilan Berjadual

• Perkhidmatan Rundingcara Fisioterapi

Jadual Klinik

Fisioterapi hanya beroperasi pada waktu pejabat, dengan penambahan tugasan panggilan berjadual (8.00 pg - 1.00 ptg) pada hujung minggu dan hari kelepasan am.

Isnin – Khamis

8.00 PG - 1.00 PTG

2.00 PTG - 5.00 PTG

Jumaat

8.00 PG - 12.15 TGH

2.45 PTG - 5.00 PTG

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam memberikan perkhidmatan secara professional, selamat,mesra, penyanyang dan berkualiti.
1. Proses pendaftaran pesakit mengambil masa 5 sehingga 30 minit dari masa temujanji.
2. Setiap pesakit akan menerima rawatan mengikut temujanji yang ditetapkan ataupun dalam jangkamasa 30 minit dari masa temujanji.
3. Perawatan Fisioterapi mengambil masa di antara 30 minit sehingga 90 minit.
4. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
5. Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra, bersopan santun, bertimbang rasa dan cekap.
6. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
 
Tanggungjawab Pelanggan
1. Mengikut temujanji yang ditetapkan
2. Mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan mengikut kawasan rawatan.

 


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.