call my faq my feedback my sitemap my

Penyeliaan Kejururawatan

Pengenalan

Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan merupakan salah satu daripada organisasi profesional di Hospital Kuala Lumpur di bawah penyeliaan Ketua Penyelia Jururawat. Ia bertanggungjawab kepada Pengurusan Hospital dengan memberi perkhidmatan klinikal, pengurusan dan pendidikan dengan cemerlang mengikut piawaian  penjagaan pesakit yang ditetapkan.

Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan berusaha untuk memberi perkhidmatan secara profesional dari segi sosial, psikologi dan rohani dengan memfokuskan kepada pelanggan secara individu. Wargakerja kejururawatan disediakan dengan persekitaran kerja yang berkualiti dan sentiasa diberi peluang untuk perkembangan kerjaya ke tahap yang lebih tinggi. Selaras dengan polisi hospital.




Visi

Kearah menjadi pusat amalan klinikal kejururawatan yang cemerlang di Malaysia.

Misi

Memberi perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti, selamat dan efektif dan seterusnya dapat membantu ke atas penjagaan pesakit sepenuhnya.

Objektif

  1. Menyediakan perkhidmatan kejururawatan dengan memberi penekanan pada aspek promosi, pencegahan, kuratif dan penjagaan pemulihan pesakit.
  2. Melaksanakan strategi bagi memastikan penjagaan kesihatan berkualiti dan kos yang efektif kepada pelanggan.
  3. Menyediakan, melaksanakan dan menyemak semula piawaian perawatan kejururawatan secara berkala.
  4. Menilai dan memantau perawatan kejururawatan berpandukan kriteria quality assurance dan piawaian yang ditetapkan.
  5. Menyediakan suasana yang kondusif untuk wargakerja kejururawatan dalam membuat keputusan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kualiti penjagaan pesakit.
  6. Meningkatkan amalan kejururawatan melalui program pendidikan profesional yang berterusan.
  7. Menyediakan peluang pendidikan dan seterusnya meningkatkan imej professional kejururawatan di hospital dan komuniti.
  8. Berkolaborasi dengan kolej kejururawatan dan lain-lain institusi pengajian tinggi dengan menyediakan latihan klinikal untuk pelatih-pelatih.
  9. Melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkenaan penyelidikan kejururawatan.


Carta Organisasi

Perkhidmatan

Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan diterajui oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat U48. Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan memberikan perkhidmatan sokongan kepada semua kawasan yang memerlukan khidmatnya. Ia terbahagi kepada 13 kawasan perawatan klinikal yang diketuai oleh Penyelia Jururawat U44/ Fleksi U44/U42/Fleksi U41/U36.

Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan Hospital Kuala Lumpur terdiri daripada 13 kawasan perawatan yang dijalankan seperti berikut :

  • Kawasan 1 – Perawatan Urologi dan Nefrologi
  • Kawasan 2 – Perawatan Ortopedik dan Traumatologi
  • Kawasan 3 – Perawatan Perubatan Am dan Dermatologi
  • Kawasan 4 – Perawatan Khas
  • Kawasan 5 - Perawatan Pembedahan, Endoskopi, Otorinolaringologi, Opthalmologi dan Radiologi
  • Kawasan 6 – Perawatan Perioperatif dan CSSU
  • Kawasan 7 – Perawatan Neurosains
  • Kawasan 8 – Perawatan Radioterapi dan Onkologi
  • Kawasan 9 – Perawatan Paediatrik dan Neonatologi Hospital Tunku Azizah
  • Kawasan 10 – Perawatan Obstetrik dan Ginekologi
  • Kawasan 11 – Pusat Sumber Transplan Nasional
  • Kawasan 12 – Perawatan Kecemasan dan Trauma
  • Kawasan 13 – Unit Kualiti Kejururawatan dan Pasukan Transfusi Darah,

          -Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,

-Unit Pendidikan Berterusan,

-Bed Management Unit,

-Unit Kawalan Infeksi.

Piagam Pelanggan

Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan Hopital Kuala Lumpur, beriltizam memberikan perkhidmatan perawatan dan penjagaan kesihatan yang profesional, selamat dan berkualiti berlandaskan ciri-ciri Berpasukan, Penyayang dan Profesionalisme. Kami berjanji akan memastikan matlamat tersebut tercapai dan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kejururawatan mengikut ketetapan berikut;

1. Sijil Pengamalan Tahunan (Annual Practicing Certificate / APC) :

  • 100% Jururawat telah mempunya APC untuk tahun semasa dan menerima APC untuk tahun berikutnya, selewat-lewatnya sebelum 31 Disember tahun semasa.

2. Program Orientasi :

  • 90% jururawat yang melapor diri ke Unit Kejururawatan akan diberikan oreintasi dalam tempoh 1 bulan selepas lapor diri.

3. Program Pementoran :

  • 100% jururawat lantikan baru (menti) akan lulus program pementoran dan kompeten dalam menjalankan perkhidmatan perawatan kejururawatan.

4. Latihan dalam perkhidmatan :

  • 100% jururawat akan menjalani latihan dalam perkhidmatan dan memperolehi sekurang-kurang 20 mata kredit dalam Continuous Professional Development (CPD) setiap tahun.

5. Credentialing and Privileging :

  • 100% jururawat yang bertugas 6 bulan di unit/jabatan khas di privilege untuk prosedur utama selepas tamat program pementoran
  • 100% jururawat yang bertugas di sub kepakaran di Credentialing mengikut ketetapan yang ditentukan.

6. Memberikan rawatan dalam pesekitaran yang selamat dengan mencapai piawaian kualiti kejururawatan yang telah ditetapkan :

  • Pemberian ubat :

- Mencapai 100% tiada kesilapan dalam pemberian ubatan

  • Thrombophlebitis :

- Insiden Thombophlebitis ≤0.5% dalam perawatan pemberian terapi intravena

  • Transfusi darah/komponen darah :

- 100% tiada kesilapan dalam transfusi darah/komponen darah

  • Pressure injury :

- Insiden pressure injury <2.1% dikalangan pesakit nonambulatory

  • Pesakit Jatuh :

- Kadar insiden jatuh dikalangan pesakit dalam wad adalah ≤4 per 1000 katil pesakit sehari

7. 80% Jururawat Terlatih yang mempunyai kursus pos basik ditempatkan disub-kepakaran yang berkaitan.

8. Kajian kepuasan pelanggan :

  •  >90% pelanggan berpuashati dengan perkhidmatan kejururawatan

9. Aduan pelanggan:

  • 100% aduan biasa yang diterima dari pelanggan berkaitan kejururawatan akan diselesaikan dalam tempoh 15 hari berkerja.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.