call my faq my feedback my sitemap my

Penyeliaan Hospital

Pengenalan

Bahagian Penyeliaan Hospital (BPH) merupakan salah satu komponen dibawah Pengurusan Hospital. Bahagian ini berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap, berkualiti dan cemerlang dalam perkhidmatan rawatan, keselamatan dan keselesaan pesakit oleh warga kerja terlatih, kompeten, komited dan profesional yang mengutamakan pelanggan oleh anggota dibawah jagaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

Latar Belakang

Bahagian Penyeliaan Hospital (BPH) merupakan sebuah organisasi yang merangkumi perkhidmatan porter dan pengurusan. BPH berfungsi untuk menyelaras, mengurus dan mengawalselia mutu perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Kuala Lumpur.

Visi

Menjana pasukan sokongan perubatan yang kompeten dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.

Misi

Menyediakan Perkhidmatan Penyeliaan Klinikal yang kompeten dan berdedikasi kepada Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) agar setiap aktiviti perkhidmatan yang diberikan adalah secara profesional, berdedikasi, komited, berhemah tinggi dan efektif yang memenuhi keperluan pelanggan seterusnya menyumbang terhadap peningkatan taraf kesihatan kesihatan rakyat di Malaysia.

Objektif dan Fungsi Jabatan

  1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.
  2. Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di suatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
  3. Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek atau panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota dibawah seliaan.

Carta Organisasi

Carta Penyeliaan

Perkhidmatan

BPH akan menyediakan perkhidmatan berkualiti melalui :-

  • Membantu dalam pemberian perkhidmatan kesihatan melalui warga kerja terlatih, kompeten, efisyen dan profesional
  • Meningkatkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan selesa
  • Menyediakan perkhidmatan porteryang teratur dan cekap dari warga kerja yang terlatih dan prihatin

Piagam Pelanggan

  1. Menjalankan Program Orientasi kepada anggota (PPP dan PPK) lantikan baharu dan pindah masuk dalam tempoh 1 minggu sebelum penempatan anggota.
  2. Anggota ditempatkan di Jabatan/Unit/Wad mengikut latihan kinikal yang ada dan mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan.
  3. Menyelaras Latihan Peningkatan Pembantu Perawatan Kesihatan (LPPPK) Tahap 1 dan 2.
  4. Menyelaras permohonan pembaharuan tahunan Sijil Perakuan Pendaftaran dalam kalangan Penolong Pegawai Perubatan.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.