call my faq my feedback my sitemap my

Kesihatan Awam

Pengenalan

Unit Kesihatan Awam ditubuhkan bagi membantu Pejabat Kesihatan Daerah dalam isu kesihatan awam seperti pengurusan notifikasi penyakit berjangkit, pengurusan kawalan vektor, pemantauan tembakau serta pemantauan kebersihan premis makanan.

1.1  Penubuhan

Unit Kesihatan Awam, Hospital Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1996. Pada masa penubuhan, unit ini mempunyai seramai 5 orang kakitangan terdiri daripada seorang Inspektor Kesihatan U8, 2 orang Pembantu Kesihatan Awam U14, seorang Atendan Kesihatan dan seorang Pembantu Am Rendah. Jawatan Inspektor Kesihatan dan Pembantu Kesihatan Awam dipinjamkan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

1.2   Masa Kini

Sehingga kini, skop perkhidmatan telah diperluaskan kepada 5 tugas yang teras iaitu Kawalan Penyakit Berjangkit , Kawalan Vektor , Keselamatan dan Kualiti Makanan , Kesihatan Pekerjaan dan Kebersihan Alam Sekeliling serta Penguatkuasaan Undang-Undang Awam . Bersesuaian dengan pertambahan skop kerja, kakitangan Unit Kesihatan Awam adalah seramai 19 orang terdiri dari Pegawai Perubatan Pentadbiran UD54 (1), Pegawai Perubatan UD52 (1), Pegawai Perubatan UD48 (3),  Pegawai Kesihatan Persekitaran U44 dan U41 (2), Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U36 (1), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan U32 (1), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 (5), Pembantu Kesihatan Awam U24 dan U19 (2), Pembantu Tadbir P/O N19 (1) dan Pembantu Perawatan Kesihatan U14 dan U11 (2).

Visi

Unit Kesihatan Awam HKL, akan menjadi pusat kecemerlangan    dalam   aktiviti kesihatan awam.

Misi

Melaksanakan aktiviti kesihatan awam di hospital dengan    memastikan perkhidmatan yang diberi berkualiti serta menekankan semangat kerjasama dengan penglibatan warga kerja, pesakit dan orang awam

Objektif

- Memastikan pengendalian notifikasi semua kes-kes penyakit berjangkit di Hospital Kuala Lumpur adalah melalui sistem e-notifikasi.

- Memastikan aktiviti kawalan vektor dilaksanakan di seluruh kawasan persekitaran Hospital Kuala Lumpur.

- Memastikan seluruh kawasan persekitaran Hospital Kuala Lumpur bebas daripada asap rokok melalui penguatkuasaan undang-undang Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

- Memastikan tahap premis makanan di Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan sanitari sepanjang masa.

Carta Organisasi

Carta UKA

Perkhidmatan

- Pengendalian notifikasi kes penyakit berjangkit .

- Pengendalian pemeriksaan kajian aedes melalui Fasiliti Bebas Denggi bagi Kemudahan Kesihatan.

- Pemeriksaan premis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

- Pengendalian penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di dalam kawasan hospital.

Piagam Pelanggan

Kami warga kerja Unit Kesihatan Awam, Hospital Kuala Lumpur akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan.

Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji :

- Kelewatan notifikasi adalah tidak melebihi 3% daripada jumlah notifikasi yang diterima.

- Memastikan semua notifikasi yang diterima, dimasukkan dalam e-notifikasi tanpa kelengahan.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.