call my faq my feedback my sitemap my

Dermatologi

Pengenalan

Klinik Dermatologi di Hospital Kuala Lumpur memulakan operasi pada tahun 1969. Seiring dengan perkembangan semasa, sub-kepakaran dalam perkhidmatan dermatologi diwujudkan pada tahun 1989 dan terus berkembang, merangkumi bidang Fototerapi, Penyakit Berjangkit (termasuk penyakit kelamin), Pembedahan Dermatologi, Allergy & Contact Dermatitis, Dermatologi Pediatrik dan kanser kulit.

Sejak tahun 1989, rawatan penyakit Hansen (kusta) terletak di bawah perkhidmatan Jabatan Dermatologi di Malaysia. Seterusnya, pada tahun 1995, Klinik Penyakit Kelamin diletakkan di bawah kelolaan Jabatan Dermatologi yang kemudiannya dinamakan semula sebagai Klinik Dermatologi dan Perubatan Genito-Urinari (PGU). Di HKL, Klinik Dermatologi terletak di Aras 6, Kompleks Pakar & Rawatan Harian.

Visi

Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat, di mana penyakit kulit tidak menjadi masalah kesihatan kerana masyarakat  berpengetahuan dan berkongsi usaha ke arah kesihatan melalui perkhidmatan dermatologi yang mempunyai taraf yang tinggi, mudah diakses dan mampu dinikmati semua.

Misi

Bekerjasama dengan masyarakat untuk meningkatkan dan seterusnya memastikan kesihatan amnya dan kesihatan kulit khususnya melalui langkah-langkah promosi penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rehabilitasi. Berusaha untuk mengurangkan stigma  melalui pendidikan, kesedaran, dan memupuk masyarakat yang lebih empati dan inklusif, yang peduli tentang cabaran yang dihadapi oleh mereka yang menghidap penyakit kulit.

Objektif

  1. Memberikan rawatan menyeluruh untuk semua penyakit kulit, perubatan genito-urinari dan Hansen (kusta) untuk mengurangkan morbiditi fizikal, sosial dan kosmetik di samping meningkatkan status kesihatan diri.
  2. Meningkatkan penglibatan dan penyertaan pesakit dalam pengurusan penyakit mereka melalui pendidikan dan kaunseling kesihatan.
  3. Melatih, meningkatkan pengetahuan dan kepakaran pelajar, paramedik, pegawai perubatan dan pakar dalam penyakit kulit, perubatan genito-urinari dan Hansen (kusta).
  4. Menyediakan pusat rujukan yang mementingkan pelanggan dan menawarkan rawatan holistik bagi penjagaan pesakit kulit.

Carta Organisasi

Carta Dermatologi

Perkhidmatan

Jabatan Dermatologi menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk khidmat rundingan pesakit luar dan pesakit dalam, rawatan harian dan kaunseling.

1. Klinik Pesakit Luar Dermatologi

a) Klinik Am Dermatologi

b) Klinik Penjagaan Khas

c) Klinik Hansen (Kusta)

d) Klinik Alergi

e) Klinik Perubatan Genitourinari

f) Klinik Kanser Kulit

g) Kaunseling berkumpulan dan individu bagi:

i) Psoriasis

ii) Ekzema atopik

iii) Perubatan Genitourinari

iv) Penyakit Hansen (Kusta)

v) Contact Dermatitis

2. Klinik Rawatan Harian Dermatologi

a) Kontak dan Kesihatan Pekerjaan

b) Fototerapi

c) Pembedahan Dermatologi

d) Prosedur Laser

e) Topical Immunotherapy

f) Iontophoresis

3. Pesakit Dalaman (Wad Dermatologi)

Wad Dermatologi terdiri daripada Wad Lelaki dan Wad Perempuan yang terletak di Aras 2, Blok Pentadbiran, HKL. Terdapat sebanyak 12 katil keseluruhannya. Pesakit yang memerlukan rawatan pesakit dalaman,  kebanyakannya adalah kes penyakit kulit yang teruk dan memerlukan  rawatan multidisiplin bagi memastikan penjagaan yang optimum untuk pesakit.

4. Perubatan Genitourinari

Klinik Perubatan Genitourinari adalah klinik berasingan yang terletak di Kompleks Pakar & Rawatan Harian di sebelah Klinik Dermatologi. Ini membolehkan pesakit mendapatkan rawatan di persekitaran yang lebih selesa dan lebih privasi. Klinik ini dikendalikan oleh Pegawai Perubatan Kanan yang berpengalaman dan semua siasatan yang berkaitan dapat dilakukan di tempat yang sama. Rundingan dengan Pakar Dermatologi boleh diperoleh dengan mudah untuk kes yang bermasalah.

Jadual Klinik

 

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

PAGI

Biopsi Kulit

Klinik Am

Klinik Am

Biopsi Kulit

Klinik Am

Prosedur  Laser

Prosedur  Laser

Prosedur Dithranol

Prosedur  Laser

Prosedur Dithranol

Klinik Alergi

 

Klinik Alergi

Klinik Kusta

Klinik Alergi

   

Klinik Khas

 

Klinik Penyakit Kelamin (STI)

Fototerapi

 

REHAT 1-2 PM (ISNIN-KHAMIS)

12:15 – 2:45 (JUMAAT)

PETANG

Klnik Am

Suntikan Kenacort

Klinik Multidisiplin

Cryotherapy

Klinik Am

 

Cryotherapy

Kelab Jurnal

Suntikan Kenacort

 
 

Iontophoresis

Konferens Klinikal-Patologi

Kaunseling:

Psoriasis

Ekzema

Hansen

 

Klinik Penyakit Kelamin (STI)

Fototerapi

Piagam Pelanggan

Kami akan memberikan perkhidmatan kepada pesakit dengan cepat, sopan dan prihatin.

Kami berusaha untuk mencapai:

1. Masa menunggu untuk pendaftaran ≤ 10 minit.

2. Masa menunggu untuk dilihat oleh doktor ≤ 90 minit (dari waktu temujanji).

3. Masa menunggu untuk temujanji baru untuk kes-kes bukan kecemasan ≤ 14 hari bekerja.

4. Kami akan memberikan perkhidmatan dalam persekitaran yang selesa dan mesra pelanggan untuk pesakit dalaman dan luaran kami.

5. Kami akan mengamalkan nilai budaya korporat yang prihatin, kerja berpasukan dan profesional dalam semua proses kerja kami.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.