call my faq my feedback my sitemap my

Perpustakaan Perubatan

Pengenalan

Perpustakaan Hospital Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 1973, di sebuah bilik seluas 1,000 kaki persegi di Bangunan Utama, Aras 1 dan perkhidmatan hanya dibuka kepada para doktor sahaja.

Pada 25 April 1991, Perpustakaan mula memperluaskan perkhidmatannya kepada semua kakitangan apabila ia berpindah dari Bangunan Utama, ke bangunan Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman (IKTAR) di Aras 4 dengan keluasan 3,000 kaki persegi.

Pada tahun 1996, Perpustakaan atau dikenali sebagai Perpustakaan HKL, sekali lagi berpindah semula ke Bangunan Utama, Aras 1 dan Pada 18 Mac 1996, ia telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu YBhg Dato’ Ismail bin Mansor.

Dengan keluasan 9,000 kaki persegi atau 667.01 meter serta laluan yang strategik dan menjadi lokasi pilihan Pengarah HKL, YBhg Dato’ Dr Hajjah Azizan Aiyob Ghazali, Perpustakaan Hospital Kuala Lumpur kini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada semua kakitangan HKL termasuk pengguna dan penyelidik luar. Premis baru ini diusahakan oleh YBhg. Datin Suraiya Hani Tun Hussein, Ketua Jabatan Dermatologi selaku Pengerusi Jawatankuasa Perpustakaan HKL yang telah ditubuhkan pada 1995.

     

Visi

Menjadikan Perpustakaan sebuah pusat rujukan dan perujukan dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang bagi kakitangan Hospital Kuala Lumpur sebagai hospital yang mengamalkan pembudayaan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat

Misi

Membantu organisasi induk dengan menyediakan pelbagai sumber koleksi rujukan maklumat khusus dalam bidang perawatan dan perubatan serta lain-lain bidang yang berkaitan melalui pekhidmatan maklumat yang cepat, cekap dan efisien bagi memenuhi keperluan kakitangan Hospital Kuala Lumpur dan matlamat organisasi

Objektif

I. Pemilihan bahan-bahan rujukan yang sesuai dan terkini selaras dengan kehendak dan keperluan pengguna professional dan separa profesional perubatan;

II.  Bahan-bahan rujukan yang disediakan dapat diakses dan digunakan pada tahap yang paling optimum dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan tentang perawatan pesakit dan pengetahuan umum;

III. Menghubungkan pengguna perpustakaan kepada dunia secara global melalui proses perkongsian maklumat antara perpustakaan dalam dan luar negara menerusi rangkaian dan jaringan perpustakaan;

IV. Melahirkan warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia yang celik minda melalui galakan dan dorongan membudayakan pembacaan dalam kehidupan.

Carta Organisasi

Carta library

Perkhidmatan

Perkhidmatan disediakan:

  • Pendaftaran keahlian

- Kakitangan HKL perlu mendaftar sebagai ahli perpustakaan sebelum dapat menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Keahlian perpustakaan terbuka kepada semua kakitangan.

  • Perkhidmatan Sirkulasi

- Pinjaman

- Pemulangan

- Pembaharuan

  • Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (Interlibrary loan)

-Permohonan boleh dilakukan dengan datang ke kaunter perpustakaan atau boleh emel kepada pegawai perpustakaan melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Perkhidmatan Pencarian Artikel Jurnal

- Permohonan boleh dilakukan dengan datang ke kaunter perpustakaan atau boleh emel kepada pegawai  perpustakaan melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Perkhidmatan Pangkalan Data

- Virtual Library Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan portal yang menggabungkan pelbagai kandungan digital dan semua maklumat daripada koleksi perpustakaan KKM merangkumi maklumat perubatan dan kesihatan global yang boleh diakses dengan lebih berkesan, lebih mudah dan pantas kepada semua kakitangan di KKM

Pautan: ( https://vlib.ovidds.com/authentication/login?returnUrl=%2Fpages%2F6643%3FsourceIsRoot%3DTrue)

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan

Isnin- Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Tutup

Piagam Pelanggan

  1. Berusaha mendapatkan bahan bacaan/maklumat yang diperlukan dengan seberapa segera mengikut batas kemampuan kami;
  2. Segala pertanyaan rujukan akan diberi maklumbalas dalam tempoh satu hari bekerja;
  3. Berusaha memberi perkhidmatan kaunter pinjaman yang mesra dan sopan, cepat dan cekap;
  4. Berjanji berkhidmat dengan cemerlang.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.