call my faq my feedback my sitemap my

Pembangunan & Penswastaan

Pengenalan

Cawangan Pembangunan dan Penswastaan merupakan salah satu cawangan di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Lokasi kami adalah di Aras Tiga (3) Blok Pentadbiran dan Kewangan. Cawangan ini bertanggungjawab untuk :-

  • Merancang, melaksana, mengurus dan memantau projek pembangunan serta kerja-kerja pembaikan, ubah suai dan naik taraf di Hospital Kuala Lumpur secara efektif, telus, nilai faedah yang terbaik, saingan terbuka, adil dan saksama.
  • Merancang, melaksana, mengurus dan memantau perkhidmatan penswastaan (outsourcing) tempat letak kereta di HKL mengikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
  • Merancang, melaksana, mengurus dan memantau sistem rekod cawangan, urusan pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia bagi cawangan ini mengikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

     

Visi

Menjadikan HKL sebagai sebuah institusi perkhidmatan perawatan kesihatan dengan kemudahan prasarana yang lengkap, berkualiti dan kondusif.

Misi

Membangunkan prasarana HKL bagi tujuan:

  • Keselesaan tempat rawatan serta perkhidmatan kepada pesakit, pelawat dan anggota kesihatan.
  • Kemudahan dan perkhidmatan sokongan hospital yang mudah diperolehi di dalam memberi dan meningkatkan rawatan.

Objektif dan Fungsi Jabatan

a) Objektif cawangan:

  • Merancang, melaksana dan memantau projek pembangunan serta kerja pembaikan, ubah suai dan naik taraf di HKL.
  • Memastikan projek pembangunan serta kerja pembaikan, ubahsuai dan naiktaraf di HKL diurus secara efektif, telus, nilai faedah yang terbaik, saingan terbuka, adil dan saksama.
  • Memastikan perkhidmtan penswastaan (outsourcing) tempat letak kereta di HKL dilaksanakan dengan mengikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

b) Fungsi Cawangan terbahagi kepada tiga (3) unit: 

CFungsi Pembangunan my

Carta Organisasi

Carta Pembangunan

Perkhidmatan

1. Merancang, menyedia, melaksanakan dan memantau semua projek pembangunan serta kerja pembaikan, ubah suai dan naik taraf di HKL

2. Memastikan semua projek pembangunan serta kerja pembaikan, ubah suai dan naik taraf di HKL dilaksanakan dengan telus serta mematuhi arahan dan pekeliling ditetapkan

3. Menyelaras, mengurus dan memastikan dokumentasi, surat menyurat, sistem fail rekod cawangan, pembangunan sumber manusia serta hal-hal pentadbiran dan perkhidmatan dipatuhi mengikut arahan dan pekeliling ditetapkan

Piagam Pelanggan

1. Memastikan Mesyuarat Pembangunan HKL diadakan pada setiap bulan.

2. Memastikan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan, ubah suai dan naik taraf HKL dibelanjakan sekurang-kurangnya 98% pada setiap tahun.

3. Memastikan Surat Peringatan Siap Kerja (SPSK) bagi kerja-kerja pembaikan, ubah suai dan naik taraf dengan tempoh siap kerja melebihi empat (4) minggu, dikeluarkan dua (2) minggu sebelum tarikh siap kerja asal.

4. Memastikan Surat Peringatan Pembayaran Sewa dan Bil Utiliti dikeluarkan kepada syarikat pengurusan parkir dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh yang ditetapkan dalam kontrak perjanjian.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.