call my faq my feedback my sitemap my

Komunikasi Korporat

Pengenalan

Unit Komunikasi Korporat (UKK) merupakan unit barisan hadapan yang mengurus perkhidmatan pelanggan dan aduan awam di Hospital Kuala Lumpur.  Aktiviti yang dikendalikan adalah perhubungan awam, urus setia aduan, pengurusan semua saluran dan komponen media,  penyelaras isu-isu media cetak dan elektronik, pengurusan acara rasmi dan protokol, pengurusan lawatan, pengurusan pesakit warga asing, menyediakan kandungan portal bagi website dan facebook rasmi, penyelaras aktiviti tanggungjawab sosial korporat serta  perkhidmatan kaunter pertanyaan dan penerangan. 

Pembentukan unit ini adalah selaras dengan objektif untuk memelihara dan meningkatkan imej Hospital Kuala Lumpur melalui strategi perhubungan awam yang teratur dan berkesan.

Misi    

Penyelaras utama komunikasi dan perhubungan pelanggan dalaman dan luaran.

Visi                  

Memastikan pelanggan-pelanggan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapat maklumat dan informasi terkini melalui pelbagai medium saluran komunikasi serta semua pertanyaan dan maklumbalas pelanggan diberi keutamaan dan layanan yang sepatutnya.

Objektif    

(i)    Memastikan segala aduan awam dapat dilaksanakan/ diproses dengan kadar segera;

(ii)   Memastikan maklumat mengenai dasar, program dan aktiviti HKL dapat disalurkan kepada orang ramai dan media massa;

(iii)  Memastikan program dan aktiviti Jabatan di HKL mendapat publisiti yang meluas dan mendapat liputan media;

(iv)  Meningkatkan jaringan perhubungan awam dalaman dan luaran di Kementerian, Jabatan/Agensi Kerajaan, Korporat & orang awam samada dalam dan luar negara;

(v)  Memastikan majlis-majlis anjuran HKL teratur dari segi protokol dan pengacaraan; dan

(vi)  Memastikan segala isu mengenai HKL dapat dipantau dan ditangani dengan cepat, pantas dan berkesan.

Carta Organisasi

Carta UKK

Perkhidmatan

Piagam Pelanggan

Iltizam kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik melalui :-

URUSETIA ADUAN 

(i)      Mengurus aduan dari pelbagai saluran seperti surat, e-mel, telefon borang aduan/cadangan dalam peti cadangan, surat khabar, bersemuka, Biro Pengaduan Awam, 1MOCC ke dalam SISPAA. 

(ii)     Mengeluarkan Surat Akuan Terima (SAT) dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi setiap aduan yang diterima.

(iii)     Mengeluarkan Surat Maklum Balas (SMBP) bagi kategori Aduan Biasa sebaik sahaja penyelesaian aduan diperoleh dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja.

(iv)    Mengeluarkan Surat Maklum Balas (SMBP) bagi kategori Aduan Kompleks kepada Surat Maklum Balas Pengadu (SMBP) mesti dikemukakan kepada pengadu dalam tempoh 15 hari bekerja, sementara tindakan siasatan dan penyelesaian aduan dilaksanakan. 

(v)     Mengeluarkan maklumbalas kepada pihak media dalam tempoh 24 jam bekerja berkenaan aduan dalam media (sekiranya perlu).

HUBUNGAN MEDIA

(i)      Mengeluarkan Nota Kepada Editor (NE) tiga (3) hari sebelum tarikh majlis berlangsung.

(ii)     Mengurus Liputan Media dan Sidang Media untuk sebarang acara/ majlis/aktiviti/wawancara.

PERHUBUNGAN & PENGURUSAN PELANGGAN

(i)      Memastikan pengoperasian PABX dan panggilan keluar masuk telefon diurus selia dengan baik dan teratur.

(ii)     Memastikan perkhidmatan kaunter-kaunter utama diurus selia oleh Pegawai Khidmat Pelanggan dengan mesra dan berkesan. 

(iii)     Menjadi “Focal Point” pelanggan dalaman dan luaran.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.