call my faq my feedback my sitemap my

Kewangan

Pengenalan

Cawangan Kewangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan salah satu cawangan di bawah bidang pengurusan dan bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan serta Timbalan Pengarah (Pengurusan). Cawangan ini berfungsi menguruskan belanjawan Hospital, peruntukan tahunan, perolehan, bayaran, emolumen, terimaan, amanah, deposit dan aset mengikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

Berdasarkan fungsi di atas, Cawangan Kewangan HKL dibahagikan kepada 7 Unit iaitu:

  1. Unit Vot
  2. Unit Gaji
  3. Unit Perolehan
  4. Unit Aset dan Saraan
  5. Unit Bayaran dan Akaun
  6. Unit Hasil, Amanah dan Deposit
  7. Unit Tadbiran Kewangan

Misi 

Cawangan Kewangan bertekad untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dan perundingan kewangan kepada jabatan Hospital Kuala Lumpur

Visi 

Menjadi sebuah cawangan unggul yang bertanggungjawab mengenai pengurusan dan perundingan kewangan hkl melalui penekanan terhadap kualiti kerja yang maksimum dan berterusan

Objektif 

Memberikan perkhidmatan kewangan yang cekap dan berkesan kepada jabatan / aktiviti mengikut piawaian dan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang diberikan oleh Cawangan Kewangan HKL adalah seperti berikut :

  • Khidmat nasihat berkenaan belanjawan Hospital, peruntukan tahunan, perolehan, bayaran, emolumen, terimaan, amanah, deposit dan aset dari 7 unit di bawah Cawangan Kewangan HKL.
  • Pengurusan sumber manusia bagi Cawangan Kewangan.

Piagam Pelanggan

Cawangan Kewangan berjanji akan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan :-

  1. Bayaran gaji akan dibuat pada minggu terakhir pada setiap bulan.
  2. Setiap pembayaran akan diproses dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Pesanan Kerajaan akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari permohonan lengkap diterima dari Jabatan.
  4. Pendaftaran kemasukan pesakit ke wad akan diproses dalam tempoh 3 minit mulai dari pesakit datang ke kaunter.
  5. Setiap pembayaran bil hospital akan segera dikeluarkan resit.
  6. Pelupusan rekod kewangan akan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan KKM diterima.

Waktu Operasi Kaunter Hasil

LOKASI

HARI

WAKTU PERKHIDMATAN

JENIS PERKHIDMATAN

Kaunter Utama Hasil

Bangunan Dermatologi

Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi – 4.30 petang

  • Bayaran bil hospital
  • Discaj pesakit dalam
  • Bayaran balik deposit
  • Lain-lain bayaran

Kaunter Daftar Masuk Wad

Blok Utama

Isnin-Jumaat

4.30 petang – 7.30 pagi

  • Bayaran bil hospital
  • Discaj pesakit dalam

Isnin-Ahad

24 jam

  • Pendaftaran masuk ke wad
  • Bayaran bil hospital
  • Discaj pesakit dalam
  • Deposit kemasukan ke wad
HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.