call my faq my feedback my sitemap my

Kejuruteraan

Pengenalan

Pada 04 November 2010 Perbendaharaan Malaysia telah bersetuju meluluskan penubuhan Unit Kawalselia Khidmat Sokongan Hospital di hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Asas penubuhan ini adalah sebagai inisiatif Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM dalam mengambilalih tugas dan peranan Syarikat Sistem Hospital Awasan Taraf (SIHAT) yang pada waktu tersebut ditugaskan memantau implementasi Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. SIHAT telah tamat perkhidmatannya secara rasmi pada 31 Oktober 2011.

Unit Kejuruteraan (Operasi), Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mula beroperasi pada Disember 2009 yang mana pada ketika itu Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pengarah Kanan.

Tujuan unit ditubuhkan adalah untuk mengawal selia enam (6) bahagian Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) yang disediakan oleh syarikat konsesi yang dilantik, memberi khidmat nasihat teknikal, memantau projek pembangunan dan perolehan bekalan serta menjalankan proses pendaftaran aset tak alih di HKL.

     

Visi

1. Bertanggungjawab mengawalselia Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dalam 6 perkhidmatan utama iaitu Facility Management Service (FMS), Facility Engineering Maintenance Services (FEMS), Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS), Cleansing Services (CLS), Linen and Laundry Services (LLS), dan Healthcare Waste Management Services (HWMS) bagi menjamin kesejahteraan dan pembangunan institusi kesihatan kerajaan berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif.

2. Menjadi badan pengurusan aset tak alih (Unit Pengurusan Fasiliti) dalam memastikan pengurusan aset tak alih di Hospital Kuala Lumpur diuruskan dengan teratur, efisyen dan sempurna.

Misi

Misi kami ialah untuk memastikan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dan Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) dipantau dan dilaksana dengan berkesan melalui:

  1. Pematuhan kepada Project Operational Guidelines (POG) dan panduan-panduan semasa bagi Facility Management Services (FMS) di hospital.
  2. Pematuhan kepada Project Operational Guidelines (POG) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan sistem dan peralatan Facility Engineering Maintenance Service (FEMS) di hospital selamat digunakan.
  3. Pematuhan kepada Project Operational Guidelines (POG) termasuk MS IEC 60601 bagi kesemua peralatan Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS) serta pematuhan kepada MS 838 bagi peralatan radiologi.
  4. Pematuhan kepada Project Operational Guidelines (POG) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan Cleansing Services (CLS) berjalan secara teratur dan selamat.
  5. Pematuhan kepada Project Operational Guidelines (POG) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan Linen and Laundry (LLS) berjalan secara teratur dan selamat.
  6. Pematuhan kepada Project Operational Guidelines (POG) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan Healthcare Waste Management Services (HWMS) berjalan secara teratur dan selamat dari aspek keselamatan.
  7. Memastikan pendaftaran dan pengurusan aset tak alih di HKL mengikut Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan, yang terkini.

Objektif

  1. Memantau pelaksanaan penswastaan enam (6) perkhidmatan sokongan hospital bagi Facility Management Services (FMS), Facility Engineering Maintenance Services (FEMS), Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS), Cleansing Services (CLS), Linen and Laundry Services (LLS) dan Healthcare Waste Management Services (HWMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dan keperluan seperti yang termaktub di dalam perjanjian konsesi.
  2. Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna HKL dengan memastikan kehendak dan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipatuhi.
  3. Memastikan perkhidmatan sokongan hospital yang diberikan oleh syarikat konsesi adalah cekap dan selamat.
  4. Memastikan pengurusan aset tak alih (Unit Pengurusan Fasiliti) di peringkat HKL diurus dengan lebih efisyen, lancar dan sempurna.

Carta Organisasi

Carta UKN

Perkhidmatan

1. Kawalseliaan Perkhidmatan Sokongan Hospital

a. Mengurus dan menjalankan pemeriksaan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak konsesi berteraskan panduan-panduan yang telah ditetapkan.

b. Menyemak dan mengesahkan yuran fi bulanan syarikat konsesi melalui Mesyuarat Jawatankuasa Validasi (VCM).

c. Memastikan keenam-enam perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat konsesi adalah mematuhi dokumen perjanjian dan garis panduan yang telah ditetapkan.

2. Fungsi Nasihat Teknikal Dan Kejuruteraan

a. Menyediakan laporan nasihat teknikal yang betul dan tepat kepada pengguna berkenaan sesuatu sistem atau peralatan.

b. Memastikan nasihat teknikal yang disampaikan dipatuhi oleh pengguna bagi menjamin keselamatan pesakit dan kakitangan khususnya.

c. Menyediakan laporan nasihat teknikal bagi keperluan melibatkan naiktaraf, ubahsuai dan penggantian melibatkan sistem kejuruteraan, bangunan dan infrastruktur.

3. Pelaksana Dan Pemantau Projek Pembangunan Dan Perolehan Bekalan

a. Menyediakan, menyemak dan memuktamadkan spesifikasi kerja sebelum dikemukakan kepada Urus Setia Perolehan Kerja iaitu Cawangan Pembangunan & Penswastaan.

b. Menyemak spesifikasi perolehan bekalan peralatan perubatan dan bukan perubatan sebelum dikemukakan kepada Urus Setia Perolehan Bekalan iaitu Unit Perolehan, Cawangan Kewangan.

c. Menjalankan penilaian teknikal bagi perolehan kerja dan bekalan ke atas dokumen-dokumen tender/sebut harga.

d. Bekerjasama dengan badan-badan teknikal lain dan agensi luar dalam memberikan maklumat dan pandangan bagi memastikan projek yang dilaksanakan mematuhi dan memenuhi kehendak pengguna di hospital.

4. Tugas Dan Tanggungjawab Unit Pengurusan Fasiliti

a. Mengurus semua aset tak alih kerajaan di peringkat Hospital Kuala Lumpur di bawah kawalannya iaitu:

  1. Penerimaan Dan Pendaftaran Aset
  2. Operasi Dan Penyenggaraan Aset
  3. Penilaian Keadaan / Prestasi Aset
  4. Pemulihan / Ubah suai/Naik taraf Aset
  5. Pelupusan Aset
  6. Kehilangan dan Hapus Kira

b. Mengurus pelantikan ahli Unit Pengurusan Fasiliti, ahli Lembaga Pelupusan Aset Tak Alih, ahli Jawatankuasa Penyiasat (Kehilangan dan Hapus Kira), panel penilaian teknikal dan pihak pelaksana (sekiranya aktiviti dilaksanakan secara luaran).

c. Memantau, mengawal dan menilai pencapaian pelan pelaksanaan aktiviti setiap fasa dalam kitaran hayat aset tak alih.

d. Menguruskan permohonan anggaran belanjawan mengurus (ABM) bagi pengurusan aset tak alih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dikemukakan ke Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan mengikut Pekeliling Perbendaharaan berkaitan.

e. Mengurus keperluan sumber, latihan kompetensi, audit dalaman dan rekod-rekod yang berkaitan dengan pengurusan aset tak alih.

f. Mengendali mesyuarat penyelarasan pengurusan aset tak alih.

g. Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan JKPAK (Fasiliti) dan mesyuarat kajian semula di peringkat Hospital Kuala Lumpur.

Piagam Pelanggan

1. Memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan perkhidmatan sokongan hospital yang diberikan di HKL adalah yang terbaik.

2. Memberi keutamaan kepada peralatan atau sistem kritikal bagi mengurangkan gangguan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit.

3. Melaksana pemantauan berkesan terhadap aduan-aduan yang dikemukakan oleh pihak pengguna sekiranya aduan tersebut tidak dapat ditangani oleh syarikat konsesi.

4. Memastikan 6 perkhidmatan sokongan hospital berjalan secara teratur dan lancar mengikut prosedur yang ditetapkan.

5. Memastikan aset tak alih didaftarkan agar dapat di selenggara dengan baik dan efisyen mengikut tatacara yang ditetapkan.


HUBUNGI KAMI

Alamat
Hospital Kuala Lumpur
50586 Jalan Pahang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No. Tel : 03-26155555 
E-mel : pro.hkl[at]moh.gov.my

Image
WAKTU MELAWAT

Isnin hingga Jumaat
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

Cuti Mingguan dan Kelepasan Am
12.30 tengahari - 2.00 petang
4.30 petang - 6.30 petang

AGENSI
MAKLUMAT UMUM
Hakcipta Terpelihara © 2024 - Hospital Kuala Lumpur.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Google Chrome / Mozilla Firefox / Microsoft Edge versi terkini dengan resolusi minima 1600px x 900px 
Tarikh Kemaskini: Friday 12 July 2024.